Benar gembira tidak akan kekal

Aku, mereka dan ….

Benar kehidupan ini unikkan, sekejap kita berada diatas sekejap berada dibawah…

Begitu juga dengan kegembiraan, sekejap ia hadir dan pergi dengan begitu mudah sekali tetapi setiap kali pemergian kegembiraan itu pastilah akan mengundang seribu kepayahan dan kesengsaraan.

Namun kehidupan hendaklah diteruskan walauapapun yang berlaku, antara cabaran aku selama bergelar wartawan jenawah di Sinar Harian, aku harus menghadapinya dengan tabah.

Datang dan pergi team wartawan ini benar-benar menguji kewibawaan aku dan sedikit sebanyak menjadikan kami semakin terkejar-kejar dari satu destinasi ke destinasi lain.

Mulanya aku digandingkan dengan Shanti, dengan kekuatan contact dan PRnya yang bagus aku mula dapat bertapak dan mencari sinar dalam bidang ini.

Seronok juga kiranya aku dapat mencari ilmu bersamanya yang penuh dengan pengalaman sebagai seorang wartawan RTM. Tapi itulah dikatakan kehidupan, kita memang tidak dapat menjangkakan apa akan berlaku.

Aku kembali menjadi solo selepas dua bulan kami bersama (just bidang wartawan ja tau, huhuu).

Namun kuasa Allah segalanya ditentukan,… aku diberi tenaga baru oleh boss, yang bestnya boss pn baru iaitu Syahril A. Kadir (bekas penolong ketua meja jenayah utusan).

Kehadiran tiga orang tenaga baru semakin menyerlah buat kami, Nik Sheila Erini, Hasniza dan Kak Nor semakin menyerlah.

Kemudian ditambah lagi dengan Rini, Adri dan Naz. Pelbagai cabaran dan dugaan kami sekumpulan dihadapi bersama.

Aku dan Sheila dikehendaki menjaga kawasan Kuala Lumpur, manakala naz dan adri area selangor, rini hujung KL dan Niza serta Kak Nor kawasan Selangor. Wah seronoknya kami ketika itu.

Setelah sekian lama dibuai kegembiraan rupanya team dibantai ombak sekali lagi, kali ini amat mencabar kesabaran dan dugaan dalam bekerja.

Adri dikhabarkan akan berhenti manakala naz akan bertukar ke majalah Travelrama.. Lebih parah Rini turut mengundurkan diri dalam bidang wartawan jenayah dan Sheila akan meneruskan perjuangan bersama Sinar Harian di Kelantan.

Huh sungguh besar dugaan kali ini, apakah DOSA lampau aku hinggakan diuji sebegini…

YA ALLAH AKU HANYA ADA ENGKAU YANG SATU SAJA

Walauapa pun yang bakal menjelma dengan dugaan aku akan tetap tabah dan setia bersama sinar harian…