‘PROTES’ @ KLCC

Malaysia ku tercinta

Tak faham penulis apa sebenarnya yang mereka ini mahukan, suka sangat mencabar undang-undang negara.

Kalaulah benar mereka hendak memperjuangkan nasib masyarakat kenapa mereka tidak bertangding dalam pilihanraya, malah jika bertanding mengapa mereka masih belum berjaya memenangi pilhanraya.

Mari kita bersama berfikir sejenak: Sebagai penulis yang menyaksikan sendiri kejadian berkenaan menyedari bahawa sebarang kejadian yang dituduh keganasa dilakukan oleh pihak polis adalah tidak benar sama sekali.

Sebenarnya mereka ini yang berdegil, tetapi tidak sedar dan hanya menungding jari kepada orang lain.

Dalam kejadian di KLCC itu sendiri penulis melihat mereka sebenarnya mencabar kewibawaan dan kesabaran pihak polis.

Polis juga manusia biasa yang ada tahan kesabaran, oleh itu sebagai manusia biasa juga jgnlah dok memprovoke polis polis itu dengan tidakan bodoh sesetengah pihak itu.

Pernahkah kita memuji tindakan baik polis yang berjuta-juta itu, tetapi kita hanya nampak kesalahan polis yang sekecil kuman sahaja.

FRU

Advertisements

Orang lain punya pasal, orang lain terima akibat.

Bus yang menyebabkan dua penumpang maut.

Apabila menaiki bus berhati-hatilah, MFZA menyatakan disini bukanlah hendak menghukum mana-mana syarikat pengendali bus, tetapi perkara sebegini hendaklah diberikan perhatian.

Semalam MFZA dan beberapa rakan wartawan lain membuat laporan mengenai kemalangan sebuah bas ekspress Konsotium di Km 383.3 Lebuh Raya Utara Selatan, menuju ke Kuala Lumpur.

Dalam kemalangan tersebut dua penumpang maut, manakala tujuh daripadanya parah dan 19 yang lain mengalami cedera ringan.

Lebih malang lagi pemandu berkenaan hanya mengalami patah kaki, berbanding penumpangnya hilang nyawa.

Kalau tidak silap penulis daripada laporan polis yang diberi bas berkenaan memiliki 19 jenis saman dimana 12 daripadanya adalah saman memandu melebihi had laju.

Penulis merasakan perkara sebegini wajar diambil berat oleh pihak berkuasa dimana perlulah lebih memantau perjalanan bus sebegini.

Penulis juga merasakan pihak berkuasa hendaklah menyediakan kiosk yang dapat pengguna mengakses secara terus dengan menyemak kesalahan yang pernah dilakukan oleh sesebuah bas berkenaan.

Kerenah Wartawan

Wartawan Am/Politik

Suka merajuk kalau tak dapat souvenir, muka masam kalau PR tak sambut, suka amik rasuah, marah kalau tak dapat makan kat function, suka cedok story Bernama

Wartawan Jenayah

Suka tambah cerita, berlagak macam kenal ramai polis,  selekeh, perasan bagus, tidak ada disiplin, gengster

Wartawan Hiburan

Lebih berlagak dari artis, mudah ‘dibeli’, hipokrit, rasa macam dia baik macam Nabi (orang lain semua tak betul), sajer reka gosip nak bagi laku paper dan majalah

Wartawan sukan

Pemalas, selekeh, lemah pengetahuan am etc

Memang terbakar bila terbaca komen blogger ni, kita pun tak tahu camana dia boleh senang2 cakap macam tu, persoalannya, betul ke semua yang dia cakap tu salah?

Alahai Mat Rempit

Dh kena baru tau 

Mat rempit !!!

Apa sebenarnya yang dicari oleh golongan ini. Tinjauan MFZA sepanjang malam minggu di sekitar Ibu Kota melihat mereka ini kononnya mencari kepuasan apabila berjaya melepaskan diri daripada serbuan polis.

Paling menyedihkan, kebanyakkan mereka ini adalah saudara seagama dengan kita.

Apa sebenarnya anak melayu, Islam kita mahukan. Makin dilarang, makin menjadi mereka.

Bila dah cacat barulah menyesal.

 MFZA: Lumba kat litar lagi selamat.

Jangan spekulasi cerita – Musa

Musa Hassan
Musa Hassan

Samy Vellu
Samy Vellu

 

Oleh: MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan HASNIZA HUSSIAN
SUBANG JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu terlibat dengan kes pembunuhan Timbalan Pengerusi MIC Johor, Datuk S. Krishnasamy baru-baru ini.
Bagaimanapun beliau memberitahu akan memanggil Samy Vellu memberi keterangan berkaitan dakwaannya mendedahkan bahawa mendiang pernah menerima ugutan daripada pihak tertentu.
”Saya sendiri akan menghubungi beliau dan mengarahkan pegawai polis mengambil keterangan daripadanya berkenaan dakwaan beliau dalam masa terdekat.
”Buat masa ini kita masih belum memanggilnya bagi memberikan keterangan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawat pusat kawalan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini semalam.
Krishnasamy, 62, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh mati ditembak dalam lif bangunan MIC Johor di Jalan Segget, Johor Bahru ketika menuju ke tingkat dua bangunan itu bagi menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan MIC negeri.
Sementara itu, beliau juga turut melahirkan rasa kecewa kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu mengenai kehilangan kanak-kanak perempuan Sharlinie Mohd Nashar yang dipercayai diculik rabu lalu.
”Tindakan mereka ini akan mengganggu siasatan dan didakwa di mahkamah dengan tindakan tersebut,” jelasnya.

MFZA: Jangan serkap jarang.