Jangan spekulasi cerita – Musa

Musa Hassan
Musa Hassan

Samy Vellu
Samy Vellu

 

Oleh: MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan HASNIZA HUSSIAN
SUBANG JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu terlibat dengan kes pembunuhan Timbalan Pengerusi MIC Johor, Datuk S. Krishnasamy baru-baru ini.
Bagaimanapun beliau memberitahu akan memanggil Samy Vellu memberi keterangan berkaitan dakwaannya mendedahkan bahawa mendiang pernah menerima ugutan daripada pihak tertentu.
”Saya sendiri akan menghubungi beliau dan mengarahkan pegawai polis mengambil keterangan daripadanya berkenaan dakwaan beliau dalam masa terdekat.
”Buat masa ini kita masih belum memanggilnya bagi memberikan keterangan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melawat pusat kawalan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini semalam.
Krishnasamy, 62, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh mati ditembak dalam lif bangunan MIC Johor di Jalan Segget, Johor Bahru ketika menuju ke tingkat dua bangunan itu bagi menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan MIC negeri.
Sementara itu, beliau juga turut melahirkan rasa kecewa kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu mengenai kehilangan kanak-kanak perempuan Sharlinie Mohd Nashar yang dipercayai diculik rabu lalu.
”Tindakan mereka ini akan mengganggu siasatan dan didakwa di mahkamah dengan tindakan tersebut,” jelasnya.

MFZA: Jangan serkap jarang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s