Hidup kalau tidak diduga memang tak best

Kehidupan ini memang unik, sekejap kita diatas sekejap dibawah. Apabila berada diatas janganlah lupa bagaimana berada dibawah dahulu. Kalau mudah lupa apabila diatas, nanti terimalah nasib apabila jatuh. (Berapa banyak apabila daaa….)

Advertisements

Akhirnya terjawab jua…

Pilihan tepat
Tepat pilihan ini.

Pelbagai cabaran dan dugaan dugaan aku hadapi minggu ini.

Mungkin ini merupakan reszeki ataupun dugaan atas segala kesalahan aku terdahulu, namun aku cuba untuk menyelesaikannya dengan memberikan keputusan terbaik untuk diri ini.

Apa yang aku harapkan ini merupakan pilihan terbaik bagi aku memajukan diri aku dalam bidang pernulisan.

Kembali kepada Islam, rujuk Ulama – Tun Mahathir

Tun Mahathir

GOMBAK – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam belajar daripada Ulama mengenai ajaran Islam yang sebenarnya. Kenyataan itu membuatkan hadirin memberi tepukan gemuruh kepada Penaung UIAM itu.

Semasa memberikan ucaptamanya di satu Program ‘Global Peace : Crisis In Islamic World’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pagi tadi, Dr Mahathir turut berkata, tanpa Ulama umat Islam sukar untuk memahami Islam yang sebenarnya.

Petikan Harakah Online.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12414&Itemid=28

Sukarnya membuat keputusan

Menuju Puncak

Keputusan amat sukar sekali dilakukan tambahan pula ianya melibatkan kehidupan dan masa depan. Salah satu langkah ianya akan menyusahkan seumur hidup kita dan segalanya.

Sebelum lakukan wajarlah berfikir dan tanyalah kepada orang yang lebih pengalaman.

Bagi aku sejak kecil lagi memang segala keputusan aku sendiri melakukannya dalam hidup aku, tetapi mengapa kali ini amat susah aku jelaskan dan membuatnya sendiri.

 Aku pun seolah-olah seperti layang-layang yang keputusan tali dan gagak kehilangan ibu, hanya menjerit mencari perlindungan.

Bagaimanakah hala tuju kita dimasa depan…