Kerana Dendam manusia sanggup berbunuh

Apalah menusia ini...

KLANG – Seorang Sukarelawan Polis (SP) maut di tetak lima bahagian dipercayai akibat dendam dalam satu kejadian di Lorong Songket 2, Taman Maznah di sini semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa Sandrakumar, 45, mati di tempat kejadian selepas diserang tiga lelaki bertopeng dipercayai menggunakan parang panjang.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang menghantar anaknya ke sebuah pusat tuisyen berdekatan sebelum diserang suspek.
”Suspek yang berjaya mengesan mangsa kemudian mengejarnya dan menetak mangsa di hadapan rumah penduduk taman terbabit.
”Terdapat dua orang saksi melihat kejadian bagaimanapun gagal mengenal pasti suspek kerana persekitaran gelap, bagaimanapun berdasarkan percakapan mereka dipercayai berketurunan India,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Jelasnya polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh akibat dendam kerana mangsa merupakan sukarelawan polis.
”Siasatan awal tidak menemui sebarang senjata yang digunakan menetak mangsa, bagaimanapun polis akan menyiasat dari pelbagai sudut bagi mengesan suspek.
”Sehubungan itu polis melancarkan satu gerakan memburu suspek dan menyeru orang ramai yang melihat kejadian memaklumkan kepada balai polis berdekatan,” ujarnya.
Tambahnya, mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Shah Alam tetapi tinggal di Kampung Jawa, Batu Empat di sini.