Ubah jam elak dikesan operasi lebih masa.

Kecewa la jugak aku bila pegi satu-satu operasi dengan pihak polis. Boleh kata mesti ada sahaja umat aku di tempat haram itu. Ada yang pakai seksi tu merupakan perkara biasa la memang nak masuk situ tak boleh pakai baju yang berkurung, mesti baju yang berbuka. Lepas tu aku tgk budak aku juga yang yang mabuk dan khayal. Tu apa yang aku nampak secara bedepan, dah mabuk faham-faham ja la. Kecewa la tengok ada yang bercouple dengan orang cina yang tidak tahu halal haram langsung. Aku pun bukan la baik sangat tapi belum sampai la tahap cam tu. Apa yang aku harapkan jangan la terlepas ketahap itu. Jom la kita sama bangunkan orang sebangsa dengan kita.Dah la nie politik orang melayu semakin hilang kepercayaan, inikan pulan pegangan diri kita.

Oleh: MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

KUALA LUMPUR – Tindakan mengubah masa dua jam lebih lewat di kaunter pembayaran yang kononnya bagi mengelakkan dikesan menjalankan operasi lebih masa oleh pihak berkuasa gagal apabila sebuah premis pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini diserbu awal pagi ini.

Kononnya dengan tindakan tersebut aktivitinya akan ‘selamat’ daripada dikesan pihak berkuasa apabila melihat catatan resit yang dicetak daripada pengunjung, bagaimanapun perbuatan itu gagal sama sekali.

Polis yang lebih awal menjejaki perbuatan menjadikan jam pada mesin tersebut kira-kira 2 pagi walhal pada masa sebenar menunjukkan 4 pagi, tidak sama sekali mudah terpedaya dengan perbuatan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah berkata, pihaknya telah banyak kali mengesan perbuatan seumpama ini dalam serbuan lain, namun mereka tidak mudah terpedaya dengan penipuan itu.

“Mereka mengambil tindakan sebegini kononnya apabila polis mengemukakan barangan yang dirampas kepada pihak pendakwaan dengan catatan masa itu, perbuatan mereka akan terlepas.

“Namun silap sama sekali, kerana dalam tahun ini sudah dua kali pusat ini ditahan di bawah kesalahan yang sama,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas operasi berkenaan semalam.

Dalam operasi selama tiga jam itu, polis menjalankan ujian saringan air kencing kepada pengunjung bagi mengesan penyalahgunaan dadah di kalangan mereka.

“Seramai 28 orang ditahan selepas ujian air kencing yang dilakukan menunjukkan positif pelbagai jenis dadah, manakala 50 lagi dibebaskan,” jelasnya.

Sementara itu, menurut Chin Wah, pusat hiburan berkenaan telah dua kali diserbu polis kerana kesalahan yang sama iaitu beroperasi melebihi waktu yang dibenarkan mengikut peruntukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Manakala bagi kesalahan ini polis memandang berat ke atas pemiliknya kerana gagal mematuhi undang-undang.

Sinar Harian difahamkan sebelum ini PBT telah menaikkan kadar deposit yang dicagarkan dan pernah juga merampas wang berkenaan kerana kegagalan tersebut.

Bagi kesalahan kali ini pemiliknya akan disiasat mengikut akta PBT.

MFZA: Ada yang cuba sogok polis dengan duit sebab positif dadah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s