Kecewa dalam ‘BANGGA’

Tun Dr Mahathir

Tun Abdul Razak

Tun Hussien Onn

 Ramai yang kecewa dengan tindakan Tun Dr. Mahathir dengan tindakan nekadnya keluar daripada UMNO sebagai ahli seumur hidup, malahan didalam itu mesti ada juga segelintirnya bersuka ria dengan tindakannya.

Penulis tidak mengatakan sesiapa, tetapi mereka yang dulunya mencium tangan dia tetapi sekarang sudah berani menidakkan apa yang dilakukan terdahulu. Ksesian dengan Tun yang tidak mendapat pembelaan sepenuhnya dengan baka yang dilahirkannya.

Memang benar kenyataan yang dilakukan oleh Tun Musa Hitam mendakwa sekarang “sudah timbul duri dalam daging”. Apa yang boleh dikatakan kini, berapa banyak yang telah diberikan kepadanya yang kini sanggup mengutuk keras.

Jika dahulu dia dipecat daripada jawatannya kerana cuba melawan Tun pada masa yang tidak sesuai, kita telah mengkritik Tun dengan empat TPM tetapi kini lihatlah apa yang dihasilkan oleh Tun.

Memang berbaloi pengorbanan yang dilakukannya selama 22 tahun menerajui negara kita MALAYSIA.

Dulu, pernah kita menyalahkan Tun kerana memecat TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang wajar tindakannya dipenjarakan tetapi kini apabila dibebaskan dia kembali naik kepala.

Pergi keluar negara mencari dana dan menjatuhkan maruah negara dimata dunia, adakah ini pemimpin yang perlu sokong. Selepas keluarnya Tun dari UMNO bersama umat melayu fikir perjuangan bangsa kita, apa yang harus dilakukan lagi.

Sokong kepada pemimpin yang anda rasa suka, Tun Mahathir atau Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Leave a comment