Kali kedua di Penjara Sungai Buloh

 

 

Hari ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke Penjara Sungai Buloh, untuk kali yang kedua ini bukanlah atas kesalahan yang disabitkan terhadap aku tetapi bagi tujuan membuat liputan kehadiran Menteri Dalam Negeri.

Kalau dulu semasa aku manjalani latihan praktikal di Utusan Melayu membuat interview bersama wartawan senior Umavathi terhadap penghuni penjara rakyat malaysia terlama iaitu 30 tahun selepas didapati bersalah melakukan samun senjata api.

Tetapi hari ini sebagai wartawan Sinar Harian aku membuat liputan terhadap Syed Hamid berikutan lawatannya kepenjara selepas dua kejadian jenayah berlaku di sana dua hari berturut-turut.

Dalam kejadian pertama seorang lelaki mati selepas dipukul akibat pergaduhan bagi mencari pengaruh didalam penjara terbabait.

Pada hari berikutnya juga seorang lelaki menggangtung diri menggunakan kain selimut selepas berasa bersalah kerana membunuh dan menghadapi hukuman mati.

Retetan itu, Datuk Menteri meluangkan masanya melawat sel berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, pihak media diberi peluang memasuki kawasan penjara tetapi dihalang mengambil gambar sesuka hati, biasalah kami faham itu adalah prosuder mereka kerana itu merupakan pusat pengumpulan segala penjenayah negara.

Dengan menghadapi 1500 pengunjung setiap hari, pegawai berkenaan sentiasa tersenyum dengan pelbagai karenah yang hadir, Tahniah Penjara Sungai Buloh.

Memang terkejut penulis apabila sel yang dikatakan terlibat dengan tragedi membunuh diri adalah bersebelahan dua sel dengan bilik Azilah dan Sirul iaitu suspek yang disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya…

Apatah lagi seorang UTK yang menjadi pengawal peribadi kepada Syed Hamid melihat rakannya sendiri didalam bilik sel yang hanya mampu melihat di luar melalui celah pintu.

Mereka sempat bersalaman dibawah pintu, penulis melihat dengan mata sendiri dia begitu sedih melihat rakannya dilakukan sedmikian, siapa salah wallahhualam.

Difahamkan mereka ini adalah rakan semasa menjalani latihan Polis dahulu.

Seperti kita manusia biasa apabila melihat seorang rakan dihukum didepan mata, apakah perasaan anda ketika itu antara perasaan seorang kawan dan tugas…

Advertisements

8 thoughts on “Kali kedua di Penjara Sungai Buloh

  1. bestnya dpt buat liputan kat penjara..hope ada iktibar yang boleh diambil bila kaki selangkah ke luar dari tirai besi tu…

  2. diharap apa yang anda dpt ketika masuk melawat di dalam penjara tidak dimanipulasikan seperti yang dilakukan oleh segelintir wartawan…kalau nak tahu kehidupan di dalam penjara boleh bergelar ‘kakitangan’ atau ‘ banduan ‘…

      • Tiada apa yg seronok jadi kakitangan yg bertugas di Penjara Sungai Buloh.. Ada baik dan ada buruk bertugas sebagai kakitangan penjara… Keseronokan bekerja tiada langsung…. sentiasa dalam tekanan…

      • benar, saya bersetuju dengan pendapat saudara/i berkenaan itu.
        kerja dgn pelbagai pe`i begitulah rupanya.
        hope saudara/i dapat berhadapan dengan situasi yang menyenangkan.
        anda juga penjawat awan yang bekerja dipenjarakah?

  3. Penjara Bukan Sahaja Sebagai tempat menahan/memenjara semata2,tetapi ia juga berperanan sebagai Institusi bagi melahirkan individu yang telah benar2 insaf atas perbuatan yang silam.Fungsi penjara juga telah berubah mengikut peredaran zaman di mana tiada lagi konsep penderaan dalam sepanjang tempoh tahanan,tetapi konsep Penahanan dan Pemulihan di praktikkan.Dalam erti kata sepanjang masa di tahan mereka-mereka ini juga akan di pulihkan sebelum di bebaskan untuk berhadapan masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s