Misi mencari penyu di MA`DAERAH, Kemaman

Empat hari aku dan zailani bersama Jabatan Perikanan menjelajah bumi Darul Iman mencari penyu. Selepas beberapa ketika menanti, akhirnya sang penyu muncul jua. Penyu Agar akan kembali ke tempat ia dilahirkan selepas 20 tahun meninggalkan kawasan berkenaan. Program Jabatan Perikanan Bersama Media kali ini amat menarik sekali.

Terima Kasih kepada PR Jabatan Perikanan MoA jemput kami beserta dengan layanan mesra sekali.

Sempat juga update page ini di Intitut Perikanan Malaysia (IPM), natikan pelbagai kisah menarik bila aku balik opis nanti.

Advertisements

Adikku, tapi mak lain dan bapa lain

Diorang nie ada tiga beradik, tapi si kecik sekali x masuk dalam gambar. Aku rakamkan gambar nie masa balik bercuti  di kampung lima ari cuti tu. Depa bedua nie follow aku p hantar abg balik KL dekat stesen keretapi Padang Besar.

Aku klu balik ja kampung mesti p rumah depa, kipnap ke rumah aku. Tension ja bapak dia, tp dalam diam bapak dia suka gak sebab tak kena jaga anak2 ari tu. Ada nursery free (sorry abg zul gurau ja).

Aku kenal parents dorang nie masa bujang lagi, kira-kira 10 tahun dahulu. Lh kata cam abg dan kakak angkat la. Pastu depa kawin abah ngn mak aku yang uruskan. So hubungan kami rapat la sekarang ini.

Sebenarnya aku sukakan budak-budak, sebab adik aku y kecik pun dah tak kecik lagi sekranbg umur dia dah 18 belas, jd sunyi la rumah.

Bila ada dorang nie aku x la sunyi bila balik kampung.

Kembali bertugas

Dari kiri; Aku, Kamal RTM, Shanty BernamaTV, Fairus Bernama, Fadal NST, Azah Sinar Harian dan ??? aku lupa la nama mamat tu..

Selepas tiga hari usia aku bertambah, kerja semakin mencabar biasa la sebagai kuli kenalah bekerja kepada majikan. Bagaimanapun jumaat lalu, aku dikejarkan dengan satu assignment demontrasi haram.

Sakit gak kepala aku apabila kena assignment cam tu, yela bukan apa tp penat berjemur ditengah panas dan berjalan jauh. Yela dapat gak aku kembali bersenam semasa tugasan tersebut.

Berpeluh sakan la kiranya waktu tu, tp mujurlah ada gak member2 yang best.  Leh la dok bersembang dengan depa time cover.

Permantauan aku, rasa cam ok gak dorang nie wat benda cam tu yang memintak PAK LAH melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Yela mana ada yang rakyat tak marah dengan dia.

Sejak dia jadi PM bukan kata rakyat akan selesa, malahan lebih menderita bertambah lagi dengan kenaikan harga minyak sekarang.

Rakyat bukanlah marah sangat dekat dia tetapi dengan kenaikan ini, banyak rakyat kembali bangkit dan menyuarakan pendapatnya sahaja.

Jumaat lepas, kira-kira 5000 pemuda pakatan rakyat bangun menyuarakan hasrat mereka agar kerajaan menurunkan kembali harga minya selepas mencatat kenaikan yang amat kritikal sekali didalam sejarah negara.

Demontrasi yang bermula dari masjid kampung baru kemudiannya berakhir didepan Ibu Pejabat PAS Pusat membawa kami kumpulan media turut berjalan sejauh hampir 5 KM.

Usia aku semakin bertambah hari ini.

Hari ini genaplah usia aku 24 tahun. Alhamdulillah ALLAH mengurniakan aku rezeki yang berkat dan tubuh badan yang sihat.

Terima kasish juga kepada kedua ibu bapa aku yang telah memberikan ilmu kepada aku.

Jika tidak kerana rotan dan ketegasan anda, aku mungkin tidak begini.

Sekali lagi terima kasih emak dan abah, pasangan Zainul Abidin Darus dan Rohani Seman ini telah juga membesarkan abang aku, Mohd Rizal Zainul Abidin dan adik Norhaniza Zainul Abidin.

Kami tiga beradik akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan kalian selama ini.

MFZA: Terima kasih kepada yang memberikan ucapan kepada aku…

Karamnya seorang nakhoda UIAM

 

Penamatan khidmat Tan Sri Sanusi Junid amat mengecewakan pemimpin UMNO termasuklah Tun Dr Mahathir. 

Adakah semua jawatan tertinggi dalam negara memerlukan seseorang itu menjadi AHLI UMNO yeng semakin keramat itu.

Bagaimana pula dengan pengembeleng GLC yang lain dilakukan oleh bukan MELAYU…