Kembali bertugas

Dari kiri; Aku, Kamal RTM, Shanty BernamaTV, Fairus Bernama, Fadal NST, Azah Sinar Harian dan ??? aku lupa la nama mamat tu..

Selepas tiga hari usia aku bertambah, kerja semakin mencabar biasa la sebagai kuli kenalah bekerja kepada majikan. Bagaimanapun jumaat lalu, aku dikejarkan dengan satu assignment demontrasi haram.

Sakit gak kepala aku apabila kena assignment cam tu, yela bukan apa tp penat berjemur ditengah panas dan berjalan jauh. Yela dapat gak aku kembali bersenam semasa tugasan tersebut.

Berpeluh sakan la kiranya waktu tu, tp mujurlah ada gak member2 yang best.  Leh la dok bersembang dengan depa time cover.

Permantauan aku, rasa cam ok gak dorang nie wat benda cam tu yang memintak PAK LAH melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Yela mana ada yang rakyat tak marah dengan dia.

Sejak dia jadi PM bukan kata rakyat akan selesa, malahan lebih menderita bertambah lagi dengan kenaikan harga minyak sekarang.

Rakyat bukanlah marah sangat dekat dia tetapi dengan kenaikan ini, banyak rakyat kembali bangkit dan menyuarakan pendapatnya sahaja.

Jumaat lepas, kira-kira 5000 pemuda pakatan rakyat bangun menyuarakan hasrat mereka agar kerajaan menurunkan kembali harga minya selepas mencatat kenaikan yang amat kritikal sekali didalam sejarah negara.

Demontrasi yang bermula dari masjid kampung baru kemudiannya berakhir didepan Ibu Pejabat PAS Pusat membawa kami kumpulan media turut berjalan sejauh hampir 5 KM.

Advertisements