TV Indonesia kurang hajar..

Ingat kita orang Malaysia suka sangat ka dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tu,

Tindakannya menyusahkan banyak pihak…

TV Indon nie plak buat news langsung x ballance

Advertisements

Ingatkan Musa ini serius, tapi rupanya

sorry tan sri

sorry tan sri

Tadi selepas mewawancarakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sempena 50 tahun pegurniaan Diraja kepada PDRM kami sempat la bersembang dengan beliau di pejabatnya.

Pada awal sangkaan, sebagai seorang yang memegang jawatan penting dan tertinggi dalam PDRM semestinya tegas.

Bagaimanapun apabila bersemuka, beliau adalah sebaliknya.

Jadi apa lagi kami sebagai reporter mengambil peluang keemasani inilah untuk mempotretkan kenangan.

Tapi lucu gak apabila photographer jugak tak melepaskan peluang keemasan ini bergambar bersama.

Susahnya memimpin…

Apabila berada dibawah kita hanya mudah membuat sebarang komen,
Jika berada dikedudukan itu barulah kita tahu bagaimana mengendalikannya.

Bukan senang hendak bagi semua orang senang dengan keputusan yang dilakukan,
Sudah difikirkan yang terbaik, tapi masih menjadi persoalan.

Ditanya, dikatakan mengarah,
Disuruh bukanlah cara aku.

Memang berat, macam mana Pak Lah mengendalikan negara,
Malaysia yang duhuni kira-kira 22 juta orang.

Semalam, setahun…

Ini pejabat aku la, tapi pinjam tempat untuk posing jap.

Ini pejabat aku la, tapi pinjam tempat untuk posing jap.


Semalam genaplah setahun aku bekerja sebagai Wartawan Jenayah Sinar Harian,.
Alhamdulillah…
Semalam jugalah Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis atas sebab laporan meliwat bekas pegawainya, Mohd Saiful Bukhari Azlan buat kali kedua selepas 10 tahun lalu, kejadian yang sama menimpanya.
Disini adakah benar apa yang dilakukan oleh DSAI itu, Siapalah yang dapat membongkarkan kisahnya.

Bermalam di UPM, nostagia lama kembali lagi

Hari ini aku off fay, so ada la masa nak berjumpa member2 lama yang aku study dulu.

Mula sampai malam tadi, rasa kekok la jugak, almaklum la dh lama tinggalkan tempat aku bergelumang selama tiga tahun dulu.

Tengok junior (ewah), rasa cam aku ni tua sgt la. Jalan punya control time kat cafe kolej 12, pada hal tu la tempat yang dok ngorat x dpt2 sampai sekarang. Ingat balik malu la plak.

Sampai ja, mulanya nak wat suprise kat member2, tp dok tak dok aku yang kena suprise sebab call semua x ada. Cuak aku.

Pastu aku call ready, rupanya dia ada kat ada kat CC.

So apa lagi, tumpang mein internet free la, tapi x sempat la nk update blog nie.

Pastu aku pegi la ke blok penginapan aku, lalu terjumpa lah Aizat, sembang punya sembang dia cakap sekarang lh online kt blok, so apa tunggu lagi.

Ambik kesempatan la ku menulis blog nie. Aku nie pantang jumpa internet.

Aizat nia sambung master, aku tak tau la bila lagi.

Bila guna internet hotspot free nie teringat la ku kepada manifesto Zailani (member office),masa bertanding MPP UPM dl punya la dok berceramah mahukan semua blok di upm disediakan hotspot, tp selepas tiga tahun tak jadi MPP br la benda ini berjaya.

Tp alhamdulilah la dia dapat memanfaatkan juga, sekurang2nya dapat pahala gak idea dia nie.

Happy Birthday Tun Dr Mahathir

Bersama nina jureen

Bersama nina jureen

Kenai x, tu CEO media prima la.

Kenai x, tu Datuk Datuk Ahmad A Talib la.

Tun tengah potong kek
Tun tengah potong kek
Sempat berposing

Sempat berposing

 

Bangga aku kerana antara yang dijemput menghadiri majlis ulang tahun Tun Dr Mahathir yang ke 83. Tak sampai 100 orang yang dijemput dalam majlis tersebut. Bestla dapat kenalan dengan blogger Rocky Bru.

Paling lucu sekali Tun memberitahu dia berasa pelik kenapa orang suka mencium tangan dia semasa bersalam, adakah kerana berbau sesuatu.

Alamak kena la aku, sebab tergolong dengan golongan tersebut.

Hahaa..

Dalam majlis tu sempat la aku berposing dengan Nina Jureen, Datuk Mutalib dan bro Rocky.