Apalah manusia ini, sungguh kejam.

CHERAS – Seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui mati dalam kedaan mengaibkan apabila mayatnya di temui dalam tong sampah di mana tubuh hanya dibalut dengan plastik hitam sahaja di Flat Cheras Ria, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, bayi berkenaan ditemui oleh seorang pencari barangan kitar semula yang kebetulan menyelongkar tong sampah di kawasan tersebut.
Apabila mengangkat satu palstik, dia terkejut apabila melihat isi kandungannya mempunyai sekujur mayat bayi di mana tali pusatnya masih basah.
Turut ditemui dalam bungkusan tersebut, segumpal darah yang dipercayai uri ibunya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abd. Rahim Hamzah Othman berkata, polis percaya bayi berkenaan baru dilahirkan lingkungan masa dua ke tiga jam sebelum ia dibuang.
“Kita akan menyiasat bagaimana ia dibuang, sama ada ia masih hidup atau tidak.
“Polis tidak menolak kemungkinan ia juga mungkin dilakukan oleh orang luar kawasan berkenaan bagi mengelakkan perbuatannya dikesan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Jelasnya, mayat bayi berkenaan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.
Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi polis ditalian Rakan Cop di talian 03-21159999 atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32728.

Advertisements