Bermaafan sebelum bermulanya Ramadhan

pohon kerahmatan
pohon kerahmatan

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih
ada).
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasulullah dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat.

Blog sebagai pengganti Diri …..

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat
kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahu pun yang di sengajakan, semoga
kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah
S.W.T, Insya Allah.

 
 
 

 

Selamat Merdeka Malaysia ke 51

Sampai bila kita akan mampu melihat bendera negara ini...
Sampai bilakah kita mampu melihat bendera ini terus berkibar

Negara kita akan menyambut hari kebangsaan yang ke 51 dalam empat hari lagi, tetapi sedarkah kita sepanjang ogos ini bendera masih lagi belum berkibar dihadapan rumah kita.

Selepas 51 tahun merasai nikmat kebebasan, kita semakin lupa akan kemakmuran yang kita peroleh hari ini dengan perjuangan orang terdahulu.

Betapa kecewanya orang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Leftenan Adnan dan Rentap yang memperjuangkan diri sendiri menentang penjajah demi tanahair tercinta.

Cuma kini, Kanang anak Langkau yang masih hidup ketika melihat teman seperjuangan mereka gugur pada masa itu semestinya akan berasa kecewa apabila melihat rakyat kita kini.

Apabila parti politik menjulangkan manifesto masing-masing, sebahagian daripada kita marah kononnya ada sebahagian mereka sanggup menjual negara, tetapi yang mengatakan sedemikian adalah sebaliknya jika melayan erti kemerdekaan tahun ini.

Penulis yang baru setahun jagung melihat dunia ini meresa amat kecewa dengan anak bangsa yang semakin lupa akan nikmat kemerdekaan.

Jelas sekali sudah 51 tahun kita merdeka, rakyat semakin lupa dengan sejarah.

Tidak mustahil selepas ini, anak-anak kita sukar sekali melihat bendera negara yang dikenali Jalur Gemilang itu dikibarkan bebas..

Satu kebanggaan buat anak muda ini...
Anak Merdeka, satu penghargaan wajar diberikan

Makan durian,.

Sempena ulang tahun sinar harian ke dua,
kami semua dijamu dengan Kenduri Durian

31 Julai 2006 Sinar Harian telah dilahirkan
oleh Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB)

Sebelah aku tu abg sani dia edito SH edisi Melaka & N9, yang belakang tu SamsulSaid The Photographer The Best.
Sebelah aku tu abg sani dia edito SH edisi Melaka & N9, yang belakang tu SamsulSaid The Photographer.

Akhirnya, ke Mahkamah juga dia nie.

Gambar ini dirakamkan oleh SamsulSaid/SinarHarian

Gambar ini dirakamkan oleh SamsulSaid/SinarHarian

Selepas hampir dua bulan laporan terhadapnya dilakukan oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, akhirnya Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi menghadapi pertuduhan kes liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Kehadiran Anwar disambut oleh hampir 1000 penyokongnya.

Sebelum mahkamah membuat sebarang keputusan, kita tidaklah sama sekali dibenarkan membuat kesimpulan mengenai perkara ini.

Hal ini menyentuh banyak pihak…