Bonzer Sinar Harian, awas anda kalu bersalah.

Jangan masuk sebarangan, mereka ini ada dalam Sinar Harian

Jangan masuk sebarangan, mereka ini ada dalam Sinar Harian

Let`s makan.
Let`s makan.
Advertisements

Ucapan Raya kepada yang diperbatasan

PRO Mindef

PRO Mindef

 Kami warga Cawangan Perhubungan Awam (CPA), Kementerian Pertahanan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang bertugas di sepanjang musim perayaan.

Geng PRO Bukit Aman
Geng PRO Bukit Aman

Kami dari Cawangan Perhubungan Awan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Isteri, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Isteri serta semua pegawai dan anggota polis yang bertugas sepanjang musim perayaan dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.

 

Salam Lebaran,…

Selamat menyambut hari kebesaran umat Islam, moga kepulangan kita ke kampung halaman bukanlah ditangisi tetapi dihargai.
Dikesempatan ini saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zaihir dan Batin.

Dari kiri, emak, adik, abang, abah dan aku.

Dari kiri, emak, adik, abang, abah dan aku.

Sempena hari yang muliaa ini …

Terimalah  beberapa rangkap pantun mengikut negeri iniii….

 

Kelantan

…Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu.. .

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung suke

Pahang

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor…

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Negeri Sembilan

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur. ..

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

 

Petronas yang terus mendahului

Pengeluar minyak tunggal negara

Pengeluar minyak tunggal negara

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Petronas sering mendahului segala iklan di TV negara kita.

Tak kira berkenaan ulang tahun kemerdekaan, sambut hari raya, deepavali dan tahun baru cina.

Setiap yang dipertontonkan kepada khalayak cukup menikam jiwa tak kira terhadap seorang anak mahupun kedua ibu bapa.

Paling menyentuh, pengorbanan seorang ibu tunggal yang membesarkan anaknya. Dimusim perayaaan si ibu meminta anaknya membelikan daging, paru dan limpa.

Tetapi si anak gagal memenuhi permintaan si ibu, jelas sekali kekecewaan terpancar pada wajah suci ibu hinggakan anak-anaknya berasa bersalah.

Setelah beberapa pasar dikunjungi mereka adik beradik gagal menemui apa yang diminta si ibu, bagaimanapun bagi memenuhi permintaan si ibu, mereka membawa pulang seekor lembu hidup dimana lengkap kesemua apa yang diminta si ibu.

Punya terharu si ibu terhadap pengorbanan si anaknya itu.. Tapi itu kisah raya beberapa tahun lalu, tahun ini tak tahu apa pula kejutan yang akan dilakukan oleh PETRONAS.

Dalam pada itu, sempena kemerdekaan tahun ini PETRONAS pula memaparkan kisah pengorbanan seorang bapa membesarkan seorang anak tanpa memberikan sebarang kemewahan.

Di mana si Bapa juga telah mengorbankan motosikal idamannya demi masa depan si anak dengan menjual buah-buahan dusun.

Berkat pengorbanan mereka semua, si anak diberikan kewangan yang cukup untuk menyambung pelajaran.


Merdeka 2008


Raya, Ibu tunggal anak tujuh