Razak lepas, Polis jadi apa pula nasibnya,..

Hari ini mahkamah mengumumkan pihak pendakwaan gagal mengemukakan prima facie terhadap tertuduh ketiga Abdul Razak Baginda, bagaimanapun dua orang suruhannya (dipercayai) terpaksa terus meringkuk ke dalam penjara akibat perbuatan membunuh dengan kejam wanita warga monggolia dengan bahan letupan C4.

Dua polis ini terpaksa berdepan dengan pembelaan diri selepas mereka berdua didapati bersalah membunuh.

Seorang berpangkat Cif Inspektor, manakala seorang lagi adalah Koperal. Nak kata mereka mangsa keadaan atau tidak adalah bukan kuasa kita yang tidak tahu perkara sebenar.

Hanya mereka dan Allah saja yang tahu perkara ini. Bagaimanapun mereka perlu bersabar dengan hukuman yang diterima ini, bagi aku ini adalah ujian disebabkan kesalahan kita terdahulu.

Razak, melahirkan rasa syukur,..

Razak, melahirkan rasa syukur,..

 Apapun bagi kita yang masih berpijak pada dunia yang nyata ini hendaklah sentiasa berwaspasa agar tidak berlaku pada kita.

Mungkin yang terakhir untuk Syawal tahun ini.

Ptg tadi aku bersama Penerbit Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaccob dan Boss PR, Abg Hashim sempat menjamu selera di IPD Shah Alam bagi memenuhi undangan seorang kenalan. Adakah ini majlis openhouse raya yang terakhir buat kami sebagai wartawan tahun ini. Disepanjang majlis berkenaan, berjumpa la aku dengan beberapa pegawai yang boleh dijadikan contact, tp sayangnya aku tlupa mengambil number la pulak…

Arghhhh…., siot tension aku..

Sempat lagi tu...

Sempat lagi tu...Klu bawak abg hashim, mesti ada group photokan

Orag atas biasa tapi yang bawah tidak.

Pelik aku melihat segelintir masyarakat yang begitu taksub dengan dakwah politik masing-masing. Aku pernah melihat beberapa ahli politik ini bergaduh di dalam dewan Parlimen, tetapi sebaik saja keluar dewan semua ok. Ada yang minum sekali di cafe dan juga hiasap rokok sekali.

Baru-baru ini ketika membuat liputan disitu, aku melihat YB Mahfuz dan Datuk Seri Azmi Khalid bersalaman dan bermaafan sempena syawal ini.

Begitu juga di DUN selangor, Datuk Rahman Palil boleh makan sekali dengan pembangkang apabila selesai dewan bersidang.

Lebih mengejutkan lagi sebelum ini semasa ke majlis rumah terbuka Pengurusi Tetap UMNO Malaysia, TAn Sri Onn Ismail, aku melihat sekutu rapat politiknya mengunjungi rumah terbuka berkenaan. Yang dimaksudkan ialah Persuruhanjaya PAS Selangor DAtuk Dr Hassan Ali.

Begitu mesra aku melihat mereka berdua, ini merupakan satu tauladan yang baik buat kedua pemimpin ini mengamalkan sikap kunjung-mengunjungiseperti yang di ajar dlam agama tanpa memikirkan politik.

Tetapi apa yang mengecewakan adalah peringkat bawahan yang terlalu taksub dengn parti hinggakan bergaduh sesama sendiri iaitu bangsa melayu.

Tan Onn dan Hassan Ali

Tan Sri Onn dan Hassan Ali

Cetusan Minda SH

Slug: Pemimpin perlukan ketelusan
Oleh: MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

Prof Agus

Prof Agus

SHAH ALAM – Calon yang tidak berani menghadapi Cetusan Minda anjuran akhbar Sinar Harian secara terbuka wajar dilabelkan sebagai pengecut dalam situasi UMNO yang kini mahukan cetusan idea daripada golongan muda.
Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam ada mencadangkan pendebatan berkenaan dilakukan terbuka kerana ia dijangka mampu merawat penyakit tua yang ada dalam UMNO.
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Agus Yusof berpendapat, sepatutnya golongan muda yang mencalonkan diri bertanding pada pemilihan Mac tahun depan mengeluarkan pendapat.
“Pemilihan mengadakan perbincangan terbuka jelas akan memberikan impak yang besar kepada rakyat untuk memilih calon mereka nanti.
“Dari situ barulah kita dapat mengetahui sejauh mana idea-idea bernas dapat dilontarkan oleh pemimpin muda dalam memastikan UMNO kembali mendapat keyakinan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Jelasnya, dengan mengadakan cetusan minda terbuka ini semua peringkat masyarakat dan akar umbi dapat melihat sejauh mana kebenaran seseorang pemimpin itu.
“Jika sebagai pemimpin Melayu mereka seharusnya mengemukakan agenda yang akan diketengahkan agar dapat menggerakkan bangsa melalui UMNO.
“Sekiranya takut untuk berdepan, bagaimana pula hendak menjadi pemimpin rakyat kelak yang akan mendapat tekanan yang belum pasti lagi,” ujarnya.
Menurut Agus, beliau merasakan sekiranya pemimpin yang bakal merebut jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO tidak perlu takut untuk melibatkan diri kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri sekiranya selalu berada di peringkat akar umbi.
Sementara itu, ketika diminta mengulas politik wang, Agus lebih sukakan ia disebut sebagai wang politik di mana ia digunakan untuk menggerakkan parti ketika persidangan mana-mana bahagian.
“Jika tidak ada wang, bagaimana mereka ini hendak melakukan kerja di peringkat bawahan dan bagaimana pula dengan nasib mereka serta keluarga.
“Perkara ini tidak seharusnya menjadi satu isu besar mahupun dibesarkan oleh pihak tertentu dengan agenda tersendiri,” jelasnya.
Sinar Harian mengambil pendekatan menganjurkan cetusan minda ini sebagai salah satu langkah kempen yang telah diamalkan di Amerika Syarikat.
Pada peringkat awal kita melihat debat terbuka yang selalunya sengit antara Barack Obama dan Hillary Clinton, kedua duanya dari parti Demokrat, untuk menentukan siapa yang akan mewakili parti dalam pemilihan Presiden awal bulan depan.
Kini debat yang sama adalah antara Obama dengan calon Republican, John McCain. Menerusi idea dan wawasan yang dilontarkan dalam debat-debat seperti itu pengundi boleh membuat penentuan siapakah yang paling layak untuk dimenangkan.
Musa mencadangkan apa yang diamalkan di AS itu untuk pemilihan parti Mac depan. Sebagai bekas Timbalan Presiden parti, juga bekas Timbalan Perdana Menteri, beliau merasa proses pemilihan yang diamalkan selama ini tidak sesuai lagi.
Sudah sampai masanya ahli-ahli parti, juga rakyat secara keseluruhan, menerima dan mengamalkan sikap terbuka.
-end-

Pak Ngah pun dah ada blog,.

Tadi aku ada menghubungi seorang cikgu aku dalam bidang wartawan nie, nama dia Ishak Abd Hamid bagi follow up satu isu berkaitan Cetusan Minda Sinar Harian.

Bukan apa saja la nak mendapatkan komen dia, ya la banyak ilmu aku dia yang bagi, so nie masa dia pula. Bila interview phone call nie, mula la susah nak cari gambar. Aku paln nak ambik kat website fakulti ja, tp bila aku explore, size dia kecik la plak.

So aku ambik keputusan call la dia dengan panggilan mesra Pak Ngah, kemudian dia suruh aku ambil dalam blog dia. selidik punya selidik dia baru saja berkecimpung dalam bidang ini.

Klu ada kwn2 yang minta nak tgk blog pak ngah nie try la surve pada http://visualvivid.blogspot.com/ semua ada kat dalam tu.

Slug: Cetusan Minda perlu bagi ketelusan
Headline:
Oleh: MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

Pak Ngah awat tgk tempat lain nie.

Pak Ngah awat tgk tempat lain nie.

SHAH ALAM – Cetusan Minda secara terbuka wajar dilakukan kerana ia akan melambang ketelusan di samping jelas mampu membuka mata masyarakat dalam membuat keputusan memilih pemimpin.
Kemenangan atau kekalahan seseorang calon pemilihan Mac tahun hadapan terletak di tangan pemilih yang akan membuat keputusan.
Perunding Komunikasi, Ishak Abd Hamid berkata, idealogi pemimpin dapat dilihat dengan pendebatan ini dan ia lebih meyakinkan berbanding dengan cara lama yang dijalankan sebelum ini.
“Ini merupakan satu idea yang sangat bagus dan wajar dijadikan platform untuk UMNO berubah dalam proses meremajakannya kembali.
“Jika masih berada dengan cara dan pendekatan yang lama, bagaimanakah ia akan kembali gemilang seperti dulu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Ujar Ishak, UMNO kini perlukan pelbagai peringkat umur dalam pentadbirannya bagi menampakkan seperti satu keluarga Melayu bukannya hanya dikongkong oleh satu lapisan umur sahaja yang sudah pasti sukar untuk bergerak.
“Sekiranya ini berjaya dilaksanakan, saya pasti ia akan mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada parti.
“Pemimpin harus ingat dan tahu mereka diperlukan dengan harapan memberikan khidmat kepada negara dan masyarakat khasnya, bukanlah dengan mencari kekayaan ketika dalam parti,” jelasnya.
Tambahnya, dengan cara ini ramai lagi orang akan membuka mata ketika melakukan pemilihan selain akan membunuh politik wang yang dipercayai banyak dilakukan oleh UMNO sendiri.
“Pemimpin harus ingat dan faham, apabila berapa di arena politik, itu bukanlah satu pentas untuk mencari kesenangan mahupun pelaburan, sebaliknya sebagai medium khidmat kepada rakyat.
“Bagi saya, politik wang dan wang politik adalah satu perkara yang sama di mana keduanya melibatkan wang,” ujarnya.
Ishak menambah, pentafsiran wang itu adalah subjektif di kalangan pemimpin sendiri sambil melahirkan rasa kelainan perkara seumpama ini langsung tidak wujud dan didengari di dalam parti lain.
“Yang ada dan didengari hanyalah UMNO,” tegasnya.

Jamuan Raya Edisi Nasional Sinar Harian

Baru-baru ini, Team kerja Sinar Harian Edisi Nasional mengadakan jamuan Raya tersendiri,..

Sebenarnya ini bukanlah jamuan edisi, tetapi penyediaan makanan sahaja melibatkan edisi nasional, time makan tu kami jemput semua yang ada di office malam tersebut. Nak jadikan cerita malam tu memang penuh la cafe KKSB.

Aku rasa menghampiri 80 orang gak la, mulanya cuak jugak takut makanan tak cukup, tp bila dah kumpulkan mengikut meja dan sub editor, maka penuh la jugak. Ada yang siap tapau la katanya.

Semua boss ada turun malam tu, jadik rancak la, cuma tak ada karaoke ja,.

Apapun tak lupa aku mengucapkan tq

kpd photographer yang setia iaitu abg Lat.,.

Team nasional bersama Editornya

Team nasional bersama Editornya

 

happinya depa

happinya depa

 

Tgk apa tu beb..

Tgk apa tu beb..

Control Macho nampak.

Control Macho nampak.Buat rajin keja plak depa nie.