Bunuh di Klang…

 

 

mayat mangsa

mayat mangsa

 

 

 

 

Oleh: MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

KLANG – Kejam! Seorang pengedar gas ditetak dengan lebih sepuluh tetakan dipercayai angkara dendam oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali dalam satu kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi.

 

Dalam kejadian berkenaan, mangsa G. Morgan, 27, dipercayai menghantar teman wanitanya di sebuah rumah kedai tiga tingkat sebelum diserang kumpulan berkenaan.

Akibat serangan tersebut, mangsa cuba melarikan diri ke bahagian belakang bangunan berkenaan, bagaimanapun tindakan tersebut gagal melepaskan dirinya daripada cengkaman kumpulan terbabit dan mengakibatkan mangsa maut.

Mangsa yang diserang bertubi-tubi dipercayai menggunakan senjata panjang dan tajam hinggakan beberapa bahagian badan dan mukanya mengalami kecederaan teruk dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Kominsioner Mohamad Mat Yusuf berkata, kejadian berkenaan dipercayai bermotifkan dendam.

“Kita percaya pasangan berkenaan diekori oleh beberapa lelaki sebelum diserang di hadapan rumah sewa teman wanitanya.

“Siasatan awal polis, melihat kepada kecederaan di tangan dipercayai mangsa cuba menyelamatkan diri dengan menahan serangan tersebut, bagaimanapun tindakan nekad kumpulan berkenaan menyebabkan usaha mangsa gagal,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, di sini semalam.

Tambahnya, polis tidak menolak kemungkinan kejadian ini disebabkan oleh dendam dan akan menyiasat dari pelbagai sudut.

“Polis tidak menemui sebarang senjata yang ditinggalkan di tempat kejadian, bagaimanapun kita percaya mereka menggunakan senjata tajam daripada kesan kecederaan mangsa.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian agar menghubungi balai polis terdekat atau talian Rakan Cop di talian 03 2052 9999.

 

 

 

-end-

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s