Pak Ngah pun dah ada blog,.

Tadi aku ada menghubungi seorang cikgu aku dalam bidang wartawan nie, nama dia Ishak Abd Hamid bagi follow up satu isu berkaitan Cetusan Minda Sinar Harian.

Bukan apa saja la nak mendapatkan komen dia, ya la banyak ilmu aku dia yang bagi, so nie masa dia pula. Bila interview phone call nie, mula la susah nak cari gambar. Aku paln nak ambik kat website fakulti ja, tp bila aku explore, size dia kecik la plak.

So aku ambik keputusan call la dia dengan panggilan mesra Pak Ngah, kemudian dia suruh aku ambil dalam blog dia. selidik punya selidik dia baru saja berkecimpung dalam bidang ini.

Klu ada kwn2 yang minta nak tgk blog pak ngah nie try la surve pada http://visualvivid.blogspot.com/ semua ada kat dalam tu.

Slug: Cetusan Minda perlu bagi ketelusan
Headline:
Oleh: MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

Pak Ngah awat tgk tempat lain nie.

Pak Ngah awat tgk tempat lain nie.

SHAH ALAM – Cetusan Minda secara terbuka wajar dilakukan kerana ia akan melambang ketelusan di samping jelas mampu membuka mata masyarakat dalam membuat keputusan memilih pemimpin.
Kemenangan atau kekalahan seseorang calon pemilihan Mac tahun hadapan terletak di tangan pemilih yang akan membuat keputusan.
Perunding Komunikasi, Ishak Abd Hamid berkata, idealogi pemimpin dapat dilihat dengan pendebatan ini dan ia lebih meyakinkan berbanding dengan cara lama yang dijalankan sebelum ini.
“Ini merupakan satu idea yang sangat bagus dan wajar dijadikan platform untuk UMNO berubah dalam proses meremajakannya kembali.
“Jika masih berada dengan cara dan pendekatan yang lama, bagaimanakah ia akan kembali gemilang seperti dulu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Ujar Ishak, UMNO kini perlukan pelbagai peringkat umur dalam pentadbirannya bagi menampakkan seperti satu keluarga Melayu bukannya hanya dikongkong oleh satu lapisan umur sahaja yang sudah pasti sukar untuk bergerak.
“Sekiranya ini berjaya dilaksanakan, saya pasti ia akan mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada parti.
“Pemimpin harus ingat dan tahu mereka diperlukan dengan harapan memberikan khidmat kepada negara dan masyarakat khasnya, bukanlah dengan mencari kekayaan ketika dalam parti,” jelasnya.
Tambahnya, dengan cara ini ramai lagi orang akan membuka mata ketika melakukan pemilihan selain akan membunuh politik wang yang dipercayai banyak dilakukan oleh UMNO sendiri.
“Pemimpin harus ingat dan faham, apabila berapa di arena politik, itu bukanlah satu pentas untuk mencari kesenangan mahupun pelaburan, sebaliknya sebagai medium khidmat kepada rakyat.
“Bagi saya, politik wang dan wang politik adalah satu perkara yang sama di mana keduanya melibatkan wang,” ujarnya.
Ishak menambah, pentafsiran wang itu adalah subjektif di kalangan pemimpin sendiri sambil melahirkan rasa kelainan perkara seumpama ini langsung tidak wujud dan didengari di dalam parti lain.
“Yang ada dan didengari hanyalah UMNO,” tegasnya.

Advertisements

One thought on “Pak Ngah pun dah ada blog,.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s