Kak Nor dan Mawi,…

Mawi wat apa tu,..

Mawi wat apa tu,..

 

Hehee,..

Hehee,..

 Kak nor dok call mawi, pasti reporter terkejut,..
Sebenarnya dia kena follow up dgn mawi sebab PKR kulai claim di pernah pasang bendera PKR masa sblm dok bergelar artis.
Biasa la, siapa yang bayar lebih, mesti la kena tolong,..

Advertisements

Semak Kualiti Handphone ANDA,…

Cam na HP anda, ada brani cuba,..

Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5 tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??

Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakan dpt diambil dgn segera…

Langkah 1

Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.

Langkah 2

Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. …)

Langkah 3

Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td.

Perincian 1

Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.

Perincian 2

Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.

Perincian 3

Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.

Perincian 4

Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.

Perincian 5

Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.

Mat Rempit: Seremban @ KL, mana yang ganas,..

Malam minggu lalu aku berkesempatan meninjau bandar raya seremban, jam ditangan lebih kurang menunjukkan 2.45 pagi.

kereta yang dipandu aku mula menyelusuri bandar seremban, ini adalah pertama kali aku mengunjungi ketika waktu sebegitu.

apabila sampainya aku, suasana yang paling menarik sekali ialah mat rempit bermaharaja lela di kawasan jalan raya, seolah-olah mereka sahaja y dok bayar road tax, sedangkan sebahagian daripada mereka tak ada road tax.

yang paling sakit hati, aku terpaksa berhentikan kereta walaupun ketika itu, laluan aku trafik light sudah hijau. Pelik jugak dalam kerancakan itu aku langsung tidak nampak kelibat anggota polis berbanding di KL petrol car diletakkan merata tempat.

Mungkin ini adalah faktor utama mengapa banyak mat rempit di seremban berbanding KL, maybe line clear kot. Sepanjang permanduan aku juga, satu permandangan pelik tapi benar yang aku lihat, dua mat rempit dibesalah hampir 40 mat rempit dari kumpulan lain. apa kesudahan dan nasibnya hanyalah dia y tahu,..

Aku harap polis negeri sembilan lebih pro aktif menangani hal ini, kerana otai mat rempit adalah dari kalangan kita juga, iaitu melayu,..

Panjat Pagar: Takut @ Hormat

Baru-baru ini aku ada dok sembang dengan bos2 aku kat dalam opis. Kutuk punya kutuk, terkeluarlah satu kisah dimana salah seorang bos aku nie p mein badminton.

Dia main or tak aku tak tau la, sebab dalam penceritaan kami tu, dia memang tak main pun cuma hanya meramaikan orang sahaja,..

Tiba-tiba salah seorang bersuara, iyo la cam na nak main, dressing cam nk p mein golg ja, padahal nak main badminton, habis la dia kena kutuk,.

Malam tu bos aku tu balik umah difahamkan dihantar oleh seorang rakan badmintonnya, dari paper lain ke rumah. Aku rasa kereta dia tak bawak ari tu, elok dah sampai ja, baru dia tersedar yang kunci rumah tertinggal.

Jadi pagi tu apa lagi, jadi drama hindustan la dia kena panjat pagar rumah, nasib la kiranya rukun tertangga tak nampak, klu tak dah habis kena serang selepas disyaki cuba mencuri walaupun itu rumahnya.

Aku pun tak tau apa kisah disebalik panjat pagar tu, mungkin bos aku ni menghormati isteri dia yang enak dibuai mimpi bersama anaknya diatas katil. jika ini benar, aku bangga la dia respect isteri sampai cam tu walaupun dia berusaha susah  pawah neik pagar.

Ataupun dia takut kena marah sebab balik lambat,.. Opsss..

MFZA: Reporter kat Shah Alam nie memang mein badminton setiap malam Jumaat, tp aku tak pernah join lagi,..

Apakhabar bos @ mentor,..

Dalam dunia wartawan, aku ada dua cikgu yang menjadikan aku bersemangat dan mendapat pendedahan awal berhubung dunia kewartawanan.

Semua ini bermula apabila aku mendapatkan latihan industri @ magang (panggilan utk UPM) @ practicle di Utusan Malaysia selama tiga bulan.

Nak kata maki hamun tu tak la, cuma hanyalah teguran serta ajaran seorang bos dan anak buah.

Sehingga kini, aku sebenarnya masih berhubung dengan mereka dan menjadikan rujukan apabila perlu dan berbingcang. Mereka yang aku maksudkan ialah:

1. Ruhaidini Abd Kadir – Bekas Ketua Meja Jenayah UM, kini Setiausaha Akhbar Menteri Belia dan Sukan.
2. Syahril Abd Kadir – Bekas Penolong Ketua Meja Jenayah UM, kini biarlah rahsia, bagaimanapun abang Syahril saya dok tgh siasat nie. Jangan lari tau,..

Aku teringat menulis entry ini sebab sejak dua hari ini, fikiran aku selalu dihantui dengan nama dua cikgu aku nie,.

Kenapa r sebenarnya, rupanya semalaman aku tak tidur, rutin aku yang bangun dari tidur kira-kira jam 8pg isnin lalu, sebelum tidur kira-kira jam 6.30 pagi selasa. Punya tak leh tidur aku pun keluar la KL pusing2 pastu jumpa la dengan Along RTM bersama cintanya yang baru.

Hampir jam 5 pagi aku pula lepak sorg2 di Dataran Merdeka, sebelum ke UPM kira2 30 minit lepas tu. Tengah aku dok syok tido aku dikejutkan dengan panggilan tel oleh kawan baik aku nurul memberitahu bahawa salah seorang cikgu aku tu dimasukkan ke Hospital kerana jari kakinya PUTUS.

“Palie hg  tau tak Kak Dini kat hospital, jari dia putus kena kaca, dah berapa kali dia call hg tak dapat kenapa.

“Hang call dia balik la nie jugak,” tegas Nurul masa tu lebih kurang jam 12 tgh la.

Masya`allah… Apa lagi dengan gigi yang tak gosok aku call dia la untuk dapatkan pengesahan, ya allah memang betoi la.

Apa lagi, aku mengatur langkah la bersama Nurul dan Nizam pergi melawatnya di Prince Court Hospital.

Mendengar cerita tragisnya itu, difahamkan dia terkena kaca yang pecah semasa meeting di Institut Sukan Negara. Kaca tu jatuh betoi2 atas kaki dia.

Nak jadikan cerita kena potong la jari tu sebab hancur dibahagian hujungnya.

Tp kak dini nie dikira bertuah la, semasa operation selama satu jam setengah itu, dia bukan sahaja mendapat sokongan keluarga, malahan bos dia Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri dan beberapa rakan terdekat setia menunggu sehingga selesai pembedahan tersebut.

MFZA: Mujur semua selamat, TQ Nizam n Nurul info aku.

Berbaloikah pengorbanan seorang anggota polis dengan pendapatannya.

Maklumat terbaru yang aku dapat tahu bahawa gunting yang digunakan mempunyai virus HIV, na`uzubillah jika benar ini berlaku. Bagaimana dengan perasaaan ahli keluarga mereka ini,..
Bergadai nyawa demi bangsa dan negara

Bergadai nyawa demi bangsa dan negara

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Dua anggota polis cedera termasuk seorang daripadanya parah di rusuk kiri akibat ditikam dengan gunting ketika bergelut dengan pengedar dadah di sebuah flat di kawasan Masjid India di sini semalam.

Mangsa yang parah ialah Lans Koperal Zuki Daud, 46, manakala rakannya, Sarjan Yusof Mohamad cedera ringan di bahagian perut.

Kejadian berlaku pada pukul 10.30 malam semasa mereka berdua cuba menahan suspek berusia 38 tahun di aras empat, flat berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, ketika itu suspek dipercayai sedang menjalankan urusan ‘jual beli’ dengan tiga penagih dadah.

Katanya, berlaku pergelutan ketika hendak menangkap suspek yang sempat mengambil gunting dari dalam poket seluarnya lalu menikam Zuki.

Tambahnya, suspek kemudian terlepas tetapi berjaya diberkas semula di aras satu oleh beberapa anggota polis lain yang sedia menunggu.

“Pemeriksaan pada suspek menemui 15 tiub heroin pada tangan kanannya dan gunting di tangan kirinya.

“Akibat tikaman itu, Zuki mengalami kecederaan serius dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama Yusof untuk mendapatkan rawatan,” kata Chez Chiang ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi yang dikenali Ops Tapis itu dijalankan oleh 10 anggota dan pegawai narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah dengan tujuh daripadanya berkaitan dadah.

Sementara itu, Zuki ketika ditemui di Wad 13, HKL di sini berkata, beliau tidak menyangka suspek mempunyai senjata tajam yang disimpan di dalam seluarnya.

Katanya, beliau juga tidak sakit akibat tikaman tersebut sebaliknya merasakan ia seperti ditumbuk.

“Selepas suspek ditangkap, saya lihat ada kesan darah di rusuk kiri dan baru menyedari telah ditikam.

“Saya bernasib baik memakai jaket, kalau tidak mungkin tikaman tersebut lebih dalam,” katanya yang telah berkhidmat lebih 20 tahun sebagai anggota polis.

– UTUSAN MALAYSIA