Nazri buat lawak semalaya,..

Isu pembayaran Ex-gratia memang lawak menampakkan kesamaran buat banyak pihak, sehinggakan terdapat percanggahan pendapat dipelbagai pemerintah tertinggi negara. Hinggakan mantan PM Tun Mahathir bersuara barulah perkara ini reda. Ikutti laporan ini:
 
Pembayaran pencen dibuat kepada enam hakim yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988 atas pemintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Abdul Aziz hari ini.

Katanya, beliau telah menemui surat dari baginda ketika itu yang menulis kepada Ketua Setiausaha Negara masa itu, meminta dibayar pencen kepada mereka walau dipecat

Sehubungan itu, kata Nazri, beliau kesal dengan kesilapannya semasa menjawab satu soalan mengenai pembayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain, di Parlimen baru-baru ini.

Katanya, kenyataan beliau mengenai kemungkinan kesemua hakim tersebut telah dipecat 20 tahun lalu adalah tidak benar.

Sebaliknya Salleh dan lima hakim kanan yang lain sememangnya dipecat, tetapi mereka masih menerima bayaran pencen atas dasar ganti rugi sejak itu, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Pada 6 November lalu, Nazri mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam orang bekas hakim, termasuk Salleh.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa daripada jumlah tersebut, RM5 juta telah dibayar kepada Salleh.
Lanjut layarilah: www.malaysiakini.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s