Kuasa Pengundi Muda,..

Slug: Pengundi Muda – agus
Headline:
Oleh: MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

Prof Dr Agus Yusof

Prof Dr Agus Yusof

SHAH ALAM – Usaha menarik sokongan dan kepercayaan pengundi muda dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 depan bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ia memerlukan strategi yang perlu dirangka parti politik agar keyakinan golongan ini beralih kepada mereka.
Kepincangan yang berlaku terhadap PRU ke-12 baru-baru ini jelas menunjukkan undi protes golongan muda ataupun sekadar melepaskan geram terhadap sistem demokrasi negara.
Golongan muda hari ini dijangka akan mewarnakan sistem politik negara masa hadapan berharap perubahan dapat dilaksanakan bagi mengembalikan keyakinan mereka.
Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Agus Yusof berpendapat, parti-parti perlu mengembalikan maruah sesama manusia dan tidak merendahkan intelek seseorang.
“Perkara ini amat sekali sensitif di kalangan warga muda antaranya pemimpin jangan sesekali mengeluarkan kenyataan yang menindas sesama sendiri.
“Mengapa perlu ada ‘double standard’ antara masyarakat hingga menampakkan kepincangan menyebabkan hilang kepercayaan,” jelasnya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Jelasnya, pemimpin parti berkenaan perlu mengembalikan keyakinan dan jaminan kepada masyarakat terutamanya golongan muda tentang peluang kehidupan, pekerjaan dalam menghadapi masalah ekonomi negara kini.
“Sekiranya semua ini meyakinkan, saya tidak menolak kemungkinan kepercayaan golongan muda akan beralih kepada sesebuah parti itu.
“Sepatutnya, sesebuah parti itu bijak mengeksploitasikan penggunaan modal insan dan kekayaan alam sekitar bagi menjanakan semula kekuatan ekonomi,” ujarnya.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa dua juta orang golongan muda yang berumur bawah 21 tahun berpotensi tersenarai dalam daftar pemilih menjelang pilihan raya ke-13.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras dalam usaha menarik golongan pengundi muda termasuk dua juta pengundi baru menjelang pilihan raya ke-13 depan.
Melihat keputusan pilihan raya umum baru-baru ini, sememangnya undi golongan muda akan memberi kesan yang besar, jadi kerajaan BN perlu bekerja keras dan mengambil iktibar daripada pilihan raya umum lalu.
Sementara itu, ditanya mengenai keberkesanan kempen melalui laman sesawang mahupun blog, beliau memberitahu kaedah berkenaan masih belum sesuai pada masa sekarang untuk dipraktikkan di negara kita.
“Saya percaya hanya 40 peratus sahaja masyarakat mengetahui berkaitan Internet sebagai medium berkempen kerana ia hanya dipelopori golongan muda dan ‘urban’ sahaja.
“Jadi negara masih memerlukan kaedah konvensional iaitu menggunakan kempen secara poster manakala cyeber sebagai pertambahan,” ujarnya.
Perbezaan jurang digital antara masyarakat masih meluas dan kekurangan bahan juga menjadi sandaran pengurangan maklumat jika digunakan blog untuk berkempen dalam sebarang proses pilihan raya.
“Saya juga menolak pandangan mengatakan penggunaan poster adalah sebagai satu pembaziran, sebaliknya inilah masa untuk rakyat merayakannya pilihan raya tersebut.
“Dengan berkempen sebegini, semangat pilihan raya lebih terserlah di kalangan pengundi untuk memilih sebarang parti dalam proses pembuangan undi,” jelasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s