MOga semua selamat sampai,..

Hari ini, semua family aku yang datang bercuti di KL nie bertolak balik ke Perlis kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Aku mendoakan agar perjalanan mereka selamat sampai.
Difahamkan depa akan singgah melawat atuk aku di Bertam dahulu sebelum balik perlis,.
Selagi tak sampai ke rumah, hati aku nie sentiasa tak tenteram saja,…

Apa cite kak nor,… Sorry Intan.

Seorang member aku, wajar aku panggil dia akak la sebab memang dari segi hakiki dia lebih tua daripada aku beberapa tahun, lagipun aku memang hormat dia seperti kakak.

Minggu lepas dia ambik cuti awal 1 week before cuti melahirkan anak ke dua,.

Difahamkan dia tak jadi balik kgnya di Terengganu kerana ditenggelami air banjir, maka terpaksa melaluinya dikota hiruk pikuk ini.

Minggu ini aku langsung tidak bertanyakan khabarnya lagi bagaimana keadaannya, tengok lah kalau berkesempatan esk aku call dia.

Sementara itu, seorang lagi member opis aku turut melahirkan baby yang dikenali sebagai iman empat minggu lalu, Intan sorry bukan sengaja tak pegi melawat, tapi kekangan waktu la, fahamkan kerja cam na.

Last-last week tanah runtuh pulak dah, lagi kelam kabut la jawabnya….

Aku cuti, Parents datang dari Perlis.

Sempena cuti krimas ini, aku terpaksa mengambil cuti secara kecemasan, tetapi bukan kerana kecemasan.
Pelik kan, nasib la team crime aku sedikit bagus, boleh berunding untuk memberikan aku cuti selama lima hari.
Sebenarnya aku terpaksa cuti disebabkan parents aku datang sini bercuti.
Perjalanan dengan menggunakan kereta turut dipandu best friends aku Dzofeer.
Pengorbanan yang dilakukan olehnya amatlah aku hargai,.
Moga persahabatan kami terus kekal abadi.
Family dah sampai jam 9 malam tadi, cuma aku masih memikirkan kemana destinasi yang bakal aku bawa,…