Benar ke Hanafi dihukum gantung?

HANAFI MAT HASSAN - gambar utusan online

HANAFI MAT HASSAN - gambar utusan

 Ingat kita kisah kejam lagi tragis nie, dengan kisah ini juga kerajaan serta merta melarang penggunaan cermin gelap pada semua jenis bas.

Semalam, aku mendapat khabar berita mengatakan Bekas pemandu bas Ekspres Kiara, Hanafi Mat Hassan ini bakal dikenakan hukuman gantung sampai mati akibat perbuatanya merogol dan membunuh jurutera komputer, Noor Suzaily Mukhtar di Klang enam tahun lalu.

Hukuman ini dilaksanakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya 12 Disember 2006 lalu.

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Abdul Hamid Mohamad bersidang bersama Datuk Alauddin Mohd. Sheriff, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Abdul Aziz Mohamed dan Datuk Azmel Maamor sebulat suara menolak rayuan Hanafi dan mengekalkan hukuman mati ke atasnya.

Selain itu, Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan 12 kali bagi sabitan kesalahan merogol yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Hanafi pada 26 April 2002.

Dengan keputusan tersebut, Hanafi perlu memohon kepada Lembaga Pengampunan Diraja sebagai jalan akhir untuknya melepaskan diri daripada hukuman gantung.

Hanafi, 38, yang pernah berkahwin sebanyak empat kali didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 8.50 pagi di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan pukul 9.15 pagi, 7 Oktober 2000 di sebatang jalan di kawasan projek pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

Dia yang berasal dari Bachok, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Hanafi mengemukakan lima alasan bagi rayuannya di Mahkamah Persekutuan, antaranya ialah Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila tidak mengambil kira peruntukan Seksyen 299, 300 dan 304 Kanun Keseksaan secara sepenuhnya sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Dia juga menyatakan alasan merayu iaitu Hakim Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila gagal mengambil kira kesemua perkara yang tidak diambil kira oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika membuat keputusan berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya.

Menurut sumber daripada Penjara Sungai Buloh, dia dijatuhkan hukuman mati selepas subuh pagi tadi dan jenazahnya telah dituntut oleh keluarganya.

Advertisements

3 thoughts on “Benar ke Hanafi dihukum gantung?

  1. serve him right….mmg patut pun dihukum gantung…yg pasal cermin glap smua bas tu..sy rs x ksemua bas crmin glap..
    …still ad lg yg crmin glap..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s