Teori RAHMAN,..

Benarkah peralihan Perdana Menteri dikaikan dengan teori RAHMAN iaitu sempena nama PM Malaysia yang pertama.
Rahman ataupun Tunku Abdul Rahman dikaitkan dengan teori ini selepas beberapa PM sebelum ini menunjukkan kebenaran mahupun kebetulan.
Tapi melihat kembali teori berkenaan memang tepat dengan urutan PM, Rahman, Abdul Razak, Hussien Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib bakal dilantik minggu depan.
Lepas teori RAHMAN habis, adakah benar teori seterusnya adalah NAJIB, berikutan beliau PM terakhir bagi teori RAHMAN.
Jika ramalam aku teori NAJIB itu menjadi maka ‘A’ itu dimaksudkan Anwar la, tetapi sama ada dibawah Pakatan Rakyat (PR) ataupun BN sukar dipastikan.
Sekiranya BN tak berubah, maybe benar ramalan pak nujum mengatakan ‘A’ Anwar dan dibawah pentadbiran PR di tampuk kerajaan pusat.

Advertisements

Tun Mahathir bila lagi akan kembali kepada UMNO.

Kembalilah Tun kepada parti keramat melayu ini.

Kembalilah Tun kepada parti keramat melayu ini.

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau akan kembali menyertai Umno.

Katanya, beliau akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai ‘selepas beberapa perkembangan’.

“Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian. Saya sedang menunggu beberapa perkembangan,” katanya kepada pemberita selepas hadir mengikuti hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pada 19 Mei tahun lepas, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Star mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

Dr Mahathir dilihat memasuki Dewan Merdeka bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada pukul 12.30 tengah hari sewaktu ucapan penggulungan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kehadiran beliau disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan yang turut berdiri untuk memberikan penghormatan.

Dr Mahathir juga kelihatan menganggukkan kepala bagaikan bersetuju apabila Muhyiddin meluahkan harapan untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali menyertai Umno secara rasmi.

Muhyiddin juga berkata kedatangan Dr Mahathir seolah-olah mengiktiraf barisan kepimpinan Umno yang baru dengan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Dr Mahathir kemudian turun ke pentas utama dan bersalam-salaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kemudian menjulang tangan bersama-sama Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr Mahathir berkata pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya bahawa perubahan yang diharapkan akan berlaku.

“Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meyakinkan saya ada perubahan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru Umno memberi gambaran baik bahawa parti itu akan berubah ke tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini.

“Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan,” katanya.

Dr Mahathir menerusi laman blognya, CheDet.com, sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2008 kerana berpendapat bahawa Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

“Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah,” katanya di dalam blog itu.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata Umno harus berjuang untuk rakyat dan bukannya untuk orang tertentu di dalam parti jika ia mahu kembali kukuh dan diterima semula.

“Tanpa rakyat, Umno tidak boleh menang. Pengukuhan Umno serta penerimaannya oleh rakyat terpulang kepada perjalanan masa hadapannya. Apakah ia betul-betul berjuang untuk rakyat atau untuk orang tertentu,” katanya.

Dr Mahathir turut bersetuju dengan saranan supaya sistem kuota dihapuskan bagi pemilihan Umno dan digantikan dengan sistem satu anggota.

Namun, katanya, apa yang lebih penting adalah supaya anggota-anggota Umno tidak mengamalkan politik wang.

“Kalau boleh diadakan di mana semua pihak boleh membuat pilihan, itu memang baik. Tapi apa sistem yang kita buat, kalau tukar 10 kali pun, kalau ahli-ahli Umno lebih utamakan wang untuk diri sendiri, Umno akan hancur,” katanya.

Ditanya mengenai peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib, Dr Mahathir berkata: “Peralihan ini berkaitan Presiden Umno, yang lagi satu (peralihan) berkenaan dengan Perdana Menteri. Itu saya harap akan dilakukan.”

Dr Mahathir juga menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai penasihat kerajaan bagi menghadapi cabaran mendatang.

“Kalau tanya pendapat, bolehlah. Macam Pak Lah jugak, dia kata dia boleh beri pendapat, saya pun boleh beri pendapat saja,” katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan barisan kepimpinan Umno yang baru, Mahathir berkata: “Ada yang tak menyenangkan hati juga….”

Sementara itu, anak lelaki ketiga Dr Mahathir, Datuk Mukhriz berharap bapanya akan kembali semula menyertai Umno secepat mungkin setelah meninggalkan parti itu sejak Mei tahun lepas.

“Itu yang kita nanti-nantikan. Memang ayah saya sebelum ini telah berjanji bahawa pada hari Datuk Seri Najib mengambil alih presiden parti, maka beliau akan menyerah borang untuk menjadi ahli.

“Alhamdullilah itu (Najib menjadi presiden) telah menjadi kenyataan. Jadi kita rasa begitu senang hati dengan perkembangan terbaru ini.(Bagaimanapun) saya tidak pengaruhi ayah saya untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya perhimpunan agung Umno 2008 di sini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula menyifatkan kehadiran Dr Mahathir pada hari terakhir perhimpunan itu sebagai satu kelebihan dan keterbukaan Umno yang tidak ada pada parti pembangkang.

“Saya rasa begitu terharu kerana Umno ada caranya sendiri dan hari ini jelas dari segi keramatnya Umno, dengan izin Allah, merapatkan barisan kita, bukan sahaja barisan-barisan baru tetapi dari segi kehadiran Tun Mahathir sendiri yang tergerak untuk bersama-sama dengan kita hari ini.

“Inilah kelebihan yang ada pada Umno dan saya sebagai Naib Presiden baru dilantik, saya tengok asas-asasnya telah pun dibina.

Sekarang ini terserah kepada pemimpin-pemimpin yang telah diamanahkan ini untuk menjalankan tugas,” katanya.

— BERNAMA

Perhimpunan Agung UMNO 2008

Alhamdulliah aku dianugerahkan satu team yang amat baik bekerjasama, mahupun dari segi penghantaran gambar mahupun berita.
Buat Arthur, Atiqah, Fairus, Nurkhairi, Riswandi, Siti Azila, Kemalia dan Nora, tahniah dan tq. Tidak lupakan juga samsul dan bad yang menjadi jurgambar dan abg hashim yang tak lepas lepas melawat kami dan bertanyakan permasalahan.
Kerjasama kalian amatlah aku sanjungi dan tidak akan di sia-siakan, amanah y diberikan tanpa mengira dan merungut, apa yang lahir hanyalah kegembiraan.
Aku percaya kalian adalah benih yang baik dan dimanapun pulau dicampakkan pasti berbuah jua dengan hasil yang berkat.
Bertuah ibu mengandung, jangan sesekali siakan kepercayaan yang diberikan kepada kalian di masa mendatang.
Tiada ucapan lebih manis yang aku dapat simpulkan melainkan melahirkan penghargaan kepada semua.

Team SH merakamkan kenangan semasa Pak Lah dan Isteri melawat balai berita SH.

Team SH merakamkan kenangan semasa Pak Lah dan Isteri melawat balai berita SH.

SH bersama KJ,. tawa dalam duka dibuatnya

SH bersama KJ,. tawa dalam duka dibuatnya

Kak Jat bersungguh nak bergambar dengan kami

Kak Jat bersungguh nak bergambar dengan kami

MB Terngganu tak melepaskan peluang melawat bilik berita SH

MB Terngganu tak melepaskan peluang melawat bilik berita SH

Ketua Puteri pun melawat, tahniah datuk Rosnah

Ketua Puteri pun melawat, tahniah datuk Rosnah

Datuk Tiger, sebelum nie kenal dalam blog, semalam dia melawat SH ngan boss dia, Sabbery Chek.

Datuk Tiger, sebelum nie kenal dalam blog, semalam dia melawat SH ngan boss dia, Sabbery Chek.

Kami-kami

Kami-kami

Sebahagian dari kami juga.

Sebahagian dari kami juga.

Khairy senyum, ahli kecewa,..

Aku sebenarnya tak berapa minat sgt ttng politik nie, tp arahan bertugas maka terpaksa melakukan dengan terbaik sebagai amanah,.. Sepanjang aku membuat liputan semalam (sebab tulis lepas jam 12), keseronokan jelas terpancar dari sahabat pasukan aku. Syukur,..

Tp tu bukan cerita aku, aku sebenarnya nk share pengalaman pengumuman Pemuda UMNO semalam. Seorang yang didapti bersalah dan korupsi oleh LEmbaga Disiplin UMNO menang jawatan berkenaan.

Pelik, tapi inilah yang berlaku, memang susah nak percaya si KJ tu boleh menang tewaskan MUkriz dan Khir Toyo, pelik lagi sekali.

Menangis sebahagian ahli pemuda atas kemenangan itu, bukan kerana suka, tapi sebabkan sedih dan kecewa, terdengar aku orang muda menjerit mengatakan habislah UMNO ‘dia’ nie naik.

Akibat kemenangan itu, hampir berlakunya sedikit kekecohan hinggakan memaksa polis bertindak.

Ternyata ramai kecewa kemenangan si korup,..

Aku pun tak faham apa nk jadi dalam umno, apa yang aku percaya ahlinya kena bersiapkan batu nisan kerana parti itu akan ke kubur tidak lama lagi,…

Selamat Hari Polis

My Family

My Family

Surat anakanda kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi senantiasa.

Anakanda mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Polis kepada kedua ayahanda dan bonda yang membesarkan kami tiga beradik dengan wang daripada kerja polis.

1. Tahniah kedua ayahanda dan bonda dengan rekod kerja yang bersih sepanjang hampir 30 tahun mencurahkan perkhidmatan.

2. Terima Kasih kerana memberikan rezeki yang halal dalam usaha membesarkan kami sehingga hari ini. Jasa dan pengorbanan ayahanda dan bonda amatlah kami hargai.

3. Banyak lagi hasrat mu kami tak tertunaikan, terima kasih memberikan peluang kami memilih laluan sendiri walaupun pernah mengecewakan kerana tidak mengisi borang pekerjaan yang diberikan.

4. Bagaimanakah kami dapat membalas jasa ayahanda dan bonda.

5. Syukur masih ada abang yang memilih laluan yang sama iaitu berkhidmat didalam perkhidmatan polis, semoga abang juga bersih perkhidmatannya macam kedua bonda.

Sekian dari anakanda bertiga,

MOHD RIZAL ZAINUL ABIDIN
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
NORHANIZA ZAINUL ABIDIN

Yahaya Ismail jelaskan segalanya.

Siapa dia tu aku nak ugut.

Siapa dia tu aku nak ugut.

 Oleh: MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

KELANA JAYA – “Saya tidak mengugut Khairy Jamaludin, sesiapa pun saya tak pernah mengugut, logik tak dengan usia begini saya dituduh mengugut orang muda yang cergas sepertinya apatah lagi menantu Perdana Menteri, ini soal bisnes,” kata penulis buku ‘Tuah dan Sial, Khairy Jamaludin’, Yahaya Ismail ketika ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Jelasnya, benar beliau ada berjumpa dengan Khairy, tetapi bukan untuk mengugut menerbitkan buku berkenaan, sebaliknya bertujuan bagi beliau membaca manuskrip sebelum menjual serta memberikan hak cipta kepadanya jika bersetuju membeli dengan harga RM100,000 itu pun dengan bantuan pertemuan seorang rakan rapat kepada Khairy sendiri.

“Saya telah memberikan manuskrip kepada tiga orang lama dalam UMNO untuk membacakan manuskrip yang ditulis dengan harapan mereka dapat memberikan komen, bagaimanapun salah seorang mencadangkan ditunjukkan juga kepada Khairy, pertemuan itu diambil oleh pegawainya kerana saya tidak tahu ke pejabatnya.

“Saya mengambil keputusan meninggalkannya dan memberitahu akan mengambil kembali keesokannya, bagaimanapun kita malam keesokannya orang dia (Khairy) memberikan semula dan mengatakan Khairy tidak setuju dan tak ada duit,” jelasnya yang menulis buku politik bermula tahun 1977 lagi.

Sehingga kini, beliau telah menulis lebih daripada 40 buah buku politik yang sentiasa ‘menongkah arus kerajaan’ dan pada bulan ini sahaja beliau menerbitkan tiga buah buku serentak di mana yang termasuk bertajuk ‘Amaran Terakhir Bagi UMNO’, memaparkan muka Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah Yahaya, beliau sedia kerjasama polis kepada polis dalam menjalankan siasatan tanpa sebarang keraguan jika diminta berbuat demikian jika dipanggil memberikan keterangan berikutan laporan polis yang dibuat calon Ketua Pemuda UMNO kelmarin.

Ditanya mengenai pengedaran buku berkenaan, beliau menafikan terlibat dalam pengedarannya, sebaliknya hanya menjual dan tidak tahu angkara siapa perbuatan itu kerana beliau hanya menulis dan menjual, boleh dikatakan juga pembeli melakukannya.

“Tindakan saya melakukan ini semua kerana terlalu bencikan UMNO kini yang terlalu banyak politik wang, lupakan asal usul dan budaya tikam menikam di kalangan ahlinya.

“Bukan apa, saya terpanggil kerana memikirkan nasib anak dan cucu kita dimasa depan terutamanya Melayu jika dibiarkan hal ini berlarutan sudah pasti akan membinasakan dan memusnahkannya kita jua,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis sedang melakukan siasatan terperinci laporan yang dibuat serta akan memanggil penulis serta pengedar buku tersebut dalam masa terdekat.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Wartawan yang menjalankan tugas. hehee

Wartawan yang menjalankan tugas. hehee

Kanak-kanak Jantung Berlubang Perlukan Bantuan.

Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditemani ibubapanya Norhafiza Abd. Karim dan Khairon Wagiman melawat Nurul Nasuha  dan menyampaikan sumbangan di wad ICU Hospital Gleneagles. Turut hadir (Kanan) Datuk Muhd Khairun Aseh ahli jawatankuasa Umno Bahagian Putrajaya.

Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditemani ibubapanya Norhafiza Abd. Karim dan Khairon Wagiman melawat Nurul Nasuha dan menyampaikan sumbangan di wad ICU Hospital Gleneagles. Turut hadir (Kanan) Datuk Muhd Khairun Aseh ahli jawatankuasa Umno Bahagian Putrajaya.

Kepada yang bersimpati terhadap nasib Nurul Nasuha bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun Maybank ibunya, Norhafizah Abd Karim 1620-8544-9144.