PPSMI, orang bawahan dikudakan

Tadi aku ikut perarakan PPSMI, tapi bukanlah sebagai penyokong, sebaliknya membuat liputan sebagai reporter.

Apa yang aku lihat, insiden ini sebagai mengkudakan rakyat bawahan oleh mereka yang bijak mengambil kesempatan.

Sesungguhnya tindakan dilakukan PENA adalah suci, tetapi malangnya tah dilacurkan oleh mereka yang berhasrat simpati kononnya, mereka yang dimaksudkan adalah parti politik tertentu.

Sebelum perarakan pelbagai lapisan berucap mengatakan itu adalah suara rakyat yang sayangkan bahasa ibunda, bersungguh berucap pada veranda masjid negara, yang si rakyat ini dok kat bawah berhujan.

Bersungguh mengdengar ucapan, tapi bila tiba masa perarakan langsung tak nampak melainkan Pak Samad dan Dr Hassan yang masing-masing usianya sudah berada pada tahap senja berjalan kaki ke Istana Negara sejauh hampir 1km.

Sepanjang pengembaraan ke Istana Negara mereka disambut dengan gas pemedih mata oleh pihak polis, aku percaya bukan niat polis dihalakan gas berkenaan kepada si tua itu, tetapi terpaksa berikutan penyokong GMP yang taksub dibelakangnya.

Sebelum itu, polis telah menasihatkan situa bersama dengan 6 lagi rakan ke Istana dengan menaiki kenderaan tetapi gagal dek provokasi y dilakukan oleh penyokong.

Maka perlulah berjalan berjungkit-jungkit juga, memetik kata-katanya ketika bercakap kepada media selepas penyerahan, A Samad memberitahu rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.

“Saya berjalan, sepatutnya diiringi dengan motokar,” katanya.

Tambahnya, inilah “pengalaman pertama” matanya pedih dan mengalami keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.

“Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,” katanya. Begitulah nasib si tua ini.

Yang paling best aku tgk, pemimpin parti tertentu ini adanya tiba ketika keadaan sudah reda apabila jam menunjukkan 5 petang dengan keadaan berseri-seri bau parfume.

TETAPI rakyat dikudakan dengan kemuliaan yang dipaparkan mereka, sungguh kejam perbuatan ini.

Advertisements

3 thoughts on “PPSMI, orang bawahan dikudakan

  1. ada ker sesiapa yang perlu di respect di dlm cerita ini????kena kuda satu hal…yg terkedek2 mak aiii..kesian aku.tgk…..depan mata aku hari ni ada 4 org tua yg umurnya sepatutnya dh buat amal ibadat utk hari yg mendatang…rebah di depan mata aku disebakan sesak nafas..tapi semangat depa nak megajar kerajaan tu..yg buat mereka semua lupakan umur mereka……..

  2. yang sebenarnya si tua tu nak berniat baik just nak hantar memorandum jer.. aku pun ada kat situ buat liputan .. tapi malangnya, ahli-ahli perarakan yang tidak bertanggungjawab tu terlalu taksub dan terlalu obses sehingga menyebabkan gas pemedih mata dilepaskan .. itu baru kat istana.. aku buat liputan dari CM ke istana negara .. lagi sakit mata aku terkena gak . terpaksa lari jauh2.. aku akui sangat2 yang ahli perarakan PPSMI dah terlalu melampau .. mereka ni datang dari negeri lain antaranya yang dapat aku kenalpasti ialah dari penang, pahang, terengganu. Ini dah cukup membuktikan mereka ini datang kemari berjuang untuk kepentingan parti. bukan berjuang untuk kepentingan bahasa.. pendapat peribadi aku, mereka ni mengambil kesempatan.. ini mmg dah nyata.. aku nampak sendiri ahli2 parti berkenaan mengedarkan risalah perhimpunan 100 ribu orang di masjid jamek .. patut ke?? dasar politik kotor..

  3. Kesiankan, sepatutnya mereka membantu orang tua itu memudahkan kerjanya, bukan menyusahkan,..
    Ini tak, cari sokongan murahan kononnya sokong semua demontrasi jalanan, klu tak berdemo maka tak selesailah masalah dinegara ini,..
    Bangsa sendiri gak tergadai,..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s