Pertemuan, perpisahan dan alam baru, Dilla

Dilla

Dilla

Garis lurus bermula dengan satu titik dan akan berakhir dengan titik juga, begitu lah dengan kehidupan.

Kehidupan disambut dengan apabila kelahiran seorang bayi tatkala lelaki mahupun perempuan, pasti telinganya akan ditiup dengan seruan azan, dan apabila mati, solat menjadi penutup kehidupan.

Jadi antara kedua itu, begitu singkat sekali, rugilah sesiapa yang mengsiasiakannya.

Begitu juga dengan pertemuan titik akhirnya adalah perpisahan.

Minggu depan seorang teman aku akan berada dalam alam baru iaitu akan didedahkan dengan latihan mendidik anak bangsa di SMK Durian Tunggal, Melaka.

Tiga tahun berada di UPM dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu akan berakhir, semalam dia memberitahu aku bahawa hatinya terlalu berat untuk meninggalkan UPM.

Perkara yang sama aku rasai dua tahun lalu, tetapi hidup ini putaran dan kita perlu teruskanan walaupun langkah yang menyusur itu pahit ditelan.

Tetapkanlah masa yang perlu diambil untuk melupakan semua yang berlalu dan jangan terlalu lama jika tidak akan merosakkan perjalanan hidup mendatang.

Walau tiada dimata, tapi dihati disemat rapi, sesekali dilepaskan jangan kerana dirimu dicorakkan disitu.

Ketika di tempat baru, apa y penting nanti tatatusila perlu dijaga kerana akan sentiasa diperhatikan oleh cikgu-cikgu senior. Pergaulan juga penting agar sentiasa di senangi.

Agar tidak menjadi bualan yang tidak disenangi, jika sebaliknya syukurlah.

Jaga diri sebaik mungkin, jangan hilangkan tittle ‘CIKGU’ kerana dia akan mencorakkan anak bangsa, cabaran perguruan kini bukanlah seperti dulu, anak murid agak mencabar jadi bersedialah.

Setiap ‘tinta’ yang dikeluarkan, balasan akhirat sentiasa menanti sekiranya kejujuran dan keikhlasan dijadikan sandaran sepanjang mencurahkan Ilmu yang berguna.

MFZA: Jgnlah mengsiasiakan anak bangsa hari ini demi langkah mereka masa depan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s