Siapa ganti Fairus?

Hari ini TKM Pulau Pinag melepaskan jawatannya selepas diasak dengan pelbagai kontroversi.

Selepas desas-desus sejak tiga hari lalu, Mohamad Fairus Khairuddin disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan ahli Exco negeri.

 

Keputusan itu berkuat kusa 8 April ini – sehari selepas tiga pilihan raya kecil serentak.

 

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng tengah hari tadi.

 

Fairus mengambil keputusan tersebut di sebalik siasatan berhubung isu rasuah berkaitan dengan aktiviti kuari di Pulau Pinang.

 

Fairus dilantik Timbalan Ketua Menteri selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu.

 

Sebenarnya desas-desus Fairus akan meletakkan jawatan itu sudah kedengaran sejak Disember lalu.

 

Sejak pertengahan minggu ini sudah kedengaran desas-desus Fairus sudah diarahkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar meletakkan jawatan itu dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

 

Bagaimanapun Fairus akan kekal sebagai ADUN Penanti dan juga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 

Lim mengesahkan bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan itu yang berkuat kuasa 8 April daripada Fairus melalui faksimile awal pagi ini.

 

“Kita menerima peletakan jawatan itu setelah mengadakan perbincangan dengan Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PKR negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim,” kata Lim kepada pemberita di sini hari ini.

 

Bagaimanapun, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP enggan mengulas mengenai sebab-sebab peletakan jawatan Fairus.

 

Beliau berkata, kerajaan negeri menerima peletakan jawatan Fairus sebagai EXCO kerajaan negeri iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.

 

“Saya percaya Fairus ada sebab sendiri untuk meletak jawatan tetapi beliau masih kekal dengan PKR dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti,” kata beliau.

 

Ditanya siapa yang sesuai untuk mengganti Fairus, Lim berkata: “kedudukan itu pada kini kosong sehingga 8 April sebelum surat peletakan jawatan itu berkuat kuasa.”

 

Beliau berkata, Fairus akan menghabiskan semua cuti tahunan sehingga 8 April sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa.

 

Penanti merupakan salah satu kerusi dalam bahagian Permatang Pauh yang Anwar merupakan Ahli Parlimennya.

 

Lim bagaimanapun enggan mendedahkan sebab Fairus meletakkan jawatan.

 

Semalam, Lim berkata, beliau meluluskan permohonan Fairus atas permintaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Sebelum itu, beliau menafikan desas-desus kononnya timbalannya itu telah dipecat dan menegaskan bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.

petikan: http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/3/21/mstar_mutakhir/20090321134349&sec=mstar_mutakhir

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s