Fairus Letak Jawatan ADUN Penanti

Apa sudah jadi dengan PKR hari ini, cakap nak memerintah negara tapi partinya sudah goyah dengan pelbagai isu.
Semalam dapat berita gembira hari ini duka, tetapi mungkn ada juga yang suka.
Dulu di Perak dua lompat masuk PKR, kemudian suka punya pasal, tiga lompat balik menyatakan sokongan kepada BN.
Semalam pulak, MB dan Exco Selangor tawarkan kekal jawatan EXCO dan ADUN pada Elizabeth Wong yang mal bersembunyi selama dua bulan.
Petang kemudiannya menerima semula jawatan walaupun pernah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebelum ini.
Apa jenis wayang yang dimainkan oleh mereka PKR.
Semalam juga Lim Guan Eng kesal dengan DSAI selepas gagal menamakan calon TKM1 Pulau Mutiara, bagi menggantikan Fairus, bagaimanapun hari ini Fairus pula melepaskan jawatannya sebagai ADUN PENANTI.
Sebelum ini pelbagai ‘psikolog war’ digunakan bosnya untuk penyingkiran.
Antaranya dilucutkan jawatan dalam PKR negeri, Exco kerajaan Pulau Pinang dan terakhir TKM.
Hari ini muktamadlah apa yang dimahukan PKR.

Berikut adalah kenyataan penuh Fairuz;
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.
Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.
Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.
Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.
Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato’ Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

Advertisements

2 thoughts on “Fairus Letak Jawatan ADUN Penanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s