Ah Long perlakukan mangsa seperti binatang

mangsa menunjukkan rantai lehernya
mangsa menunjukkan rantai lehernya/Foto; Farhana Abd Rahman

Celaka engkau along,.
Tahniah kepada polis berjaya membongkarkan lokap ah long. Ah long sekalang sudah besar kepala dengan mewujudkan lokap sendiri bagi mereka yang tak baayr hutang.
Usaha bersungguh polis memusnahkan kumpulan haram ini semakin jelas menunjukkan mrk ini keras kepala dan munggunakan kekerasan.
Sebelum ini, mrk sering mengganggu peminjam dengan mencurahkan cat merah dan mengurung mangsa.
Namun, dengan kebijaksanaan polis, mereka tewas jua.

Tumpas

Tumpas

Sebelum itu, polis dapat menembak mati seorang penjenayah bersenjata api yang melarikan skyline di Damansara. Dalam masa 20 minit suspek dapat dikesan.
Suspek melarikan kereta bersama pemandunya di temui di Subang Bestari.
Dengan menggerakkan pasukan D9 beserta MPV Elit, Mitsubishi Evo 10 jelas menunjukkan polis kita ternyata mampu melaksanakan tugas cemerlang.

Aku bencikan dia,..

Hari ini aku nak meluahkan perasaan aku,..
Sebenarnya aku bencikan dan sangat bencikan beberapa perkara,…

Aku benci pembaziran.
Aku benci penipu.
Aku benci penzinaan.
Aku benci kebusukan.
Aku benci kemusnahan.
Aku benci kerosakan.
Aku benci, Aku benci, Aku benci,..

Anwar mula menjelajah Asia

DSAI dok mintak orang berdamai

DSAI dok mintak orang berdamai

Baru-baru ini aku terbaca dalam Bangkok Post; DSAI mengatakan masyarakat Islam dan asing selatan Thai perlu ‘unite’ demi perpaduan negara itu.

Bagaimana ini boleh berlaku, seorang yang tidak terlibat dengan kerajaan boleh memberikan penerangan kepada negara lain. Kerajaan masih berlengah perkara itu, lihat bagaimanakah nanti bila dia dapat menjadi perdana menteri.

Strateginya telah dirangka lebih awal, sedangkan dia tiada apa-apa, Awaslah BN jika tidak mengambil berat perkara ini.

My Parents No 1…

Aku sangat bersyukur kepada Nya kerana meinjamkan aku, abg dan adik mengecapi kasih ke dua-dua parents hingga hari ini.
Sepanjang hari ibu lalu, aku membaca dan mendengar pelbagai komen dan penghargaan kpd ibu sama ada di blog, FB, FS dan mcm lagi.
Semua menghargai kehadiran mereka, cuma kita kadang kala lupa akan kewujudan mereka, sering mengabaikan tanggungjawab.
Cuma akan terasa apabila kehilangannya di depan mata.
Masa itu sudah tiada apa lagi yang boleh diberikan, ibu bapa tidak mahukan sebarang wang daripada kita, cuma mahukan sedikit perhatian dan kasih sayang dicurahkan.

Petikan:
Seorang sahabat opis aku, Atiqah belum merasai puas 11 tahun bersama ibunya disambut tetamu Allah.
Aku dan Lia pernah berbual didepannya mengatakan tak sabar nak balik kampung utk nikmati masakan emak, dia hanya tundukkan kepala.
Pendekkan cerita aku tahu segalanya ketika hari ibu lalu apabila dia menyuarakannya ‘Palie, ko balik kg boleh mkn masakan emak, tp aku bila blk kg kena mkn masakan sendiri dan msk apa yang bapa aku suka makan.
Patut la selama ini dia angsung tak pernah menyebut tentang ibunya.
Apapun dia bangga dgn bapaya yang tidak mencari teman hidup pengganti kepada ibunya, Bapanya membuktikan tanpa wanita dapat membesarkan kesemua anak dengan berjaya.
Im also proud with u, so strong. Satu lagi kisahnya mendapatkan rawatan di DEMC. Nice story,.

Manakala seorg lagi rkan aku, Jun, dipetik blognya,

abah..
tetiba aku duduk dalam gelap. aku renung laptop aku. laptop ini hadiah hari lahirku yang terakhir sebelum abah pergi. tiada lagi sms dan hadiah dari abah untuk aku. bercerita pasal abah, aku tau betapa susahnya menjadi ketua keluarga. nak didik anak seramai 7 orang. masing-masing ada peel sendiri. sudah aku aku ceritakan perasaan aku melalui hidup ini.
http://damsel85.blogspot.com/2009/05/abah.html

June, moga ko dapat mengantikan abah dan mak kepada adik2,..
Pengorbanan besar tu,..

Sorng lagi kalau tak salah, rini menerima nasib sama.

Mencari sesuatu.

Untuk beberapa hari aku tidak dapat updatekan blog ini sebab aku akan ke suatu tempat bag mencari idea dalam usaha menambahkan pengetahuan aku.
Jika ada sebarang persoalan dan apa2 tinggalkan pesan dan hubungi di talian 019 2808492 @ 012 3167454

Berakhirnya sebuah kuasa

Zamannya sudah berakhir

Zamannya sudah berakhir

GAmbar bersama pasukannya.

Semalam bermula sejarah baru bagi kerajaan Sri Lanka apabila berjaya memusnahkan kubu pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Bukan sahaja kubunya, malahan pemimpinnya, Velupillai Prabhakaran turut terbunuh dalam satu serangan hendap oleh pihak berkuasa negara berkenaan.
Dalam pertempuran semalam, lebih 250 pemberontak kandas dan korban sekaligus menamatkan drama sejak 1983 itu.
Sepanjang tempoh berkenaan, lebih 70,000 rakyat menjadi mangsa terkorban.
Dalam masa sama, Malaysia pernah terpalit juga lumpur mengatakan Velupillai Prabhakaran mencari perlindungan di sini.
Tetapi, penyelidikan dan risikan inteligent negara gagal menemui pertunjuk dan jelas dia tidak pernah menjejakkan kaki ke negara kita.