Bencinya aku orang ketiga.

Orang ketiga, wujudnya pelbagai boleh berlaku.

Kau boleh buat orang bergaduh,
Kau menyebabkan maksiat,
Kau sebenarnya celaka,
Cukuplah sekali, jangan buat lagi,
Kerana kau yang menjadikan orang sengsara.

Orang ketiga,
Berubah hari ini,
Tak elok rezeki dengki,
Tak elok ilmu curi,
Tak elok busuk hati,
Mulalah hari ini.

Ingatlah sahabat yang mengkuti, kita manusia sering melakukan kesilapan dan kesalahan, tapi janganlah sesekali melakukan kesalahan yang dicipta kita sendiri.

DIA Maha Pengampun, bagaimana dosa kita sesama manusia.

Lagi kes buang bayi.

Akibat seks bebas, lahirlah bayi yang tak berdosa

Akibat seks bebas, lahirlah bayi yang tak berdosa


Apalah yang diketahui oleh bayi malang ini, gara-gar sikap ibu dan bapanya dia yang terpaksa berdepan dengan benda yang dia sendiri tak pernah lakukan.
Laporan SH edisi Selangor;
Bayi yang masih bertali pusat, uri tidak dipotong dan ada kesan darah dibuang tidak sampai sepuluh hari dengan kejadian pertama di kawasan berdekatan.
Seorang bayi perempuan comel yang diletakkan dalam bakul di hadapan sebuah rumah.
Seorang ahli perniagaan yang pada mulanya menyangka sebuah bakul diletakkan di belakang rumahnya adalah ‘hadiah’ pemberian seseorang terkejut apabila mendapati terdapat seorang bayi di dalamnya.

Aku perlu bangun

Bulan adakalanya indah untuk dilihat, namun apabila ia dilindungi awan, sinarnya menuju kegelapan

Bulan adakalanya indah untuk dilihat, namun apabila ia dilindungi awan, sinarnya menuju kegelapan


Jika perpisahan sepahit hempedu,
lebih baik tiada pertemuan.
Jika adanya pertemuan,
pastilah perpisahan dihujungnya.
Segalanya telah tertulis,
bukan satu perancangan, tetapi adalah kebetulan.
DIA menguji kamu adalah kerana kamu mampu hadapinya.
DIA berikan ujian, demi kekuatan.
Kenapa terlalu sukar menerima perpisahan.

Bangun, bangun dan bangun

Minggu ini aku sedikit muram berikutan beberapa sahabat karib aku meninggalkan kerjayanya di SH.
Ada antaranya berhijrah ke media lain demi mencari pengalaman dan ada juga yang keluar bidang terus dan menjadi pendidik.
Apapun mereka diharap membuat pilihan terbaik.
Sebenarnya pemergian mereka aku punya prestasi sedikit tergugat kerana agak kesepian.
Yela dalam keadaan kami mencari resepi terbaik di SH, mereka meninggalkan. Bagaimanapun perjuangan ini tetap diteruskan.
Bagi mereka yang masih berada di samping SH, aku turut berbangga dan mengucapkan jutaan terima kasih.
Bersama kita menjayakan agenda rakyat.
Aku tidak boleh terlalu lama duduk kerana ini, aku pelu bangun, tetapkan diri yang mana aku akan bangun semula.
Insyaallah, perjuangan kita masih belum selesai.
Kepercayaan yang diberikan adalah sesuatu yang diberikan tidak harus disiasiakan.
Yang pergi tetap pergi, yang masih ada life must go on. Kita bantu sesama kita, ajar kejayaan lahir kelak.