Hobi Abah

Sejak kami sekeluarga pindah ke rumah yang dibina mak ngan abah di kampung nie, abah dah mula mengaktifkan kembali hobi lamanya secara besar-besaran.
Aku yang selalunya tak sependapat dengan abah (bukan anak derhaka) sememangnya akan mambangkang apa yang abah buat.
Abah memang seorang pemikat burung, dulu masa aku kecik-kecik dia selalu bawak aku masuk hutan memukat burung, mungkin aktiviti petang aku terganggu sebab tu aku tak suka dengan hobi abah.
Yela, paling aku tak suka adalah masa kelauarkan burung dari pada pukat, dah la kena patukan burung aku boleh tahan, tapi yang aku tak tahan burung tu busuk.
Boleh muntah aku dibuatnya, eee weak,.
Antara burung yang abah suka memikat adalah burung ruak-ruak (aku panggil burung wak-wak), burung ayam-ayam dan apa saja yang menjadi mangsa abah.
Sekarang, sejak empat bulan dirumah sendiri yang kawasannya agak besar tiga padang futsal, abah dh mulakan balik hobi dia tu,.
Geram aku bila balik kampung, ye la sapa tak marah, masa aku nak ambik motosikal dalam setor, kepala aku tersangkut dengan sangkar burung abah. Kalau sangkar kosong ok, ini tak ada air, dedak paling sakit sekali tahi. Habis baju aku basah, kalau ikutkan hati alamat burung tu bebas terbang la berikutan sangkarnya pecah dibaling aku, tapi disebabkan abah agak2 garang, aku cuak jugak, hehee.
Kot aku campakkan sangkarnya, malam2 bag baju aku pulak kena campak keluar. hehee,..
Kesian kat abah, hobi dia yang ini aku tak dapat bantu, biarlah burung itu kelaparan, cuma mungkin abah berbangga sebab abang aku adalah perwaris hobinya.
Kalau balik kampung, abang akan bawak balik burung untuk dihadiahkan pada abah. Aku suka bagi abah pokok buah ataupun baju.
Baru-baru ini, aku balik kampung geram pulak tengaok seorang lagi sepupu aku yang dik support abah, siap tolong buatkan abah sangkar burung yang boleh dimuatkan lebih 30 ekor burung spesis kecik terbang bebas.
Aku cakap kat mak, lepas emak ngan abah pencen nanti, kita buka mini taman burung la ya mak, sebab abah dah mula membuat pelbagai agenda mengenai hobinya itu, ini tak termasuk dalam perancangan lagi.
Sebenarnya aku cuba merisik kenapa abah memulakan kembali hobinya itu, dia memberitahu keadaan rumah yang luas dan jauh itu membuatkan dia sunyi dan bosan , jadi dia buat la benda tu bagi mengisi masa lapangnya.
Yela aku faham, kami sekeluarga hidup dalam masyarakat keluarga polis, semestinya hampir separuh usia abah berada dalam persekitaran berek polis yang rapat2, jadi ini perubahan yang abah terpaksa melalui sebelum bersara.
Aku tumpang gembira apabila ramai anak angkat abah selalu dok p rumah aku dan ada juga yang tinggalkan anak depa tidur disitu. Kira abah dah ada cucu la, tp cucu angkat, hehee.
Bila agaknya abah leh dapat cucu sendiri ya, opss soalan ini kena tanya abang dulu la, Bagi aku masih teralu awal la,. Kerja2 dulu.
rumput yang aku tanam tak panjang-panjang

rumput yang aku tanam tak panjang-panjang

sangkar yang sepupu aku buat

sangkar yang sepupu aku buat

burung merbah jambul abah

burung merbah jambul abah

isi kandunga sangkar yang dibuat oleh abg long

isi kandunga sangkar yang dibuat oleh abg long

boleh memancing dibelakang rumah

boleh memancing dibelakang rumah

Kalau tak salah aku dalam nie burung merbok dan terkukur.

Kalau tak salah aku dalam nie burung merbok dan terkukur.

ini burung apa ntah,.. aku lupa plak

ini burung apa ntah,.. aku lupa plak

abah cuba bodek emak dengan menyediakan tempat pokok orkid agar aktiviti nya tidak diganggu

abah cuba bodek emak dengan menyediakan tempat pokok orkid agar aktiviti nya tidak diganggu

Advertisements

12 thoughts on “Hobi Abah

  1. Huwaa…. akak rindu nak balik kampung bila tengok gambar-gambar ni…! Hari tu dah hilang rindu dapat pekasam lampam… sedapnya hingga menjilat jari!

  2. tu la akak, saya tgk jauh manapun kita mengembara, suatu hari nanti pasti akan pulang ke kampung jugakkan. Baru tiga bulan tak blk kg dh rindu.
    Pekasam tu antara yang terbaik, sebab difahamkan semasa Syed Sirajuddin jd agong, setiap bulan dia akan arahkan org istana belikan untuknya dijadikan santapan di istana.

  3. tengok gambar ni teringat kampung aku.dok kampung mcm mcm aktiviti boleh buat.terutama mcm aku ni minat ngan binatang peliharaan.(Burung)la ni aku dok bandar,rumah flat plat 2.nak bela apa.takat 2,3 ekor burung tu bolehla.nak bela banyak nanti org komplen plak.nak balik dok kampung bini plak tak mau.aku mendoakan suatu hr nanti bila dah berumur skt dapat gak lah dok kampung.inshaallah

  4. Pali, katna umah hang sebenaqnya ni. err, dalam kurungan, bila nak ajak geng geng pi kenduri hang, tutup kurungan. hahahaha

  5. memang aman hidup dikg..mmg jadi impain klu ble tinggal dirumah yg ada kwsan halaman yg luas sbb hobi sy seperti ayh saudara juga hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s