Mayat pelakon lagak ngeri ditemui terapung

Eddie Kong

Eddie Kong


Pelakon lagak ngeri yang dilaporkan lemas selepas melakonkan babak akhir sebuah filem Tamil di tasik The Mines berhampiran sebuah hotel di Seri Kembangan, petang Isnin lalu ditemui terapung kira-kira 200 meter daripada tempat mangsa didakwa lemas.
Jurucakap bomba berkata, mayat mangsa, Kong Chai Ming, 40,ditemui kira-kira jam 10.30 pagi semalam berhampiran sebuah menara di tasik berkenaan ketika Unit Skuba Bomba dan Penyelamat negeri Selangor melakukan rondaan pencarian.
“Selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat selama 48 jam sejak tempoh mangsa dilaporkan hilang di tasik itu kami membuat rondaan untuk melihat kemungkinan mangsa timbul di permukaan tasik itu.
“Ia selepas melakukan beberapa kali selaman oleh unit skuba untuk mencari mangsa yang dilaporkan lemas ke dalam satu bahagian tasik yang dianggarkan mempunyai paras kedalaman hampir 60 meter,” katanya.

Yasmin Ahmad pengsan

Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad masuk ke ICU pulak ketika mesyuarat bersama CEO Media Prima, Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza bagi menjayakan filem terbarunya.
Pengarah prolifik yang sentiasa panas dengan filem-filem kontroversinya, Yasmin Ahmad rebah ketika mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Berhad (MPB), Datuk Farid Ridzuan berserta Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Jiwa pada jam kira-kira 3.30 petang semalam. 
Menurut jurucakap bagi pihak keluarga Yasmin, Tan Kien Eng, Yasmin dipercayai terduduk ketika mesyuarat untuk satu projek terbaru yang diadakan di pejabat Datuk Farid di Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara. Pihak MPB segera memanggil doktor yang bertugas di klinik Sri Pentas untuk memberi rawatan kecemasan sebelum beliau di hantar ke Pusat Perubatan Pakar Damansara menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.  
Setibanya di hospital, Yasmin diberikan rawatan kecemasan sekali lagi sebelum disahkan koma dan dimasukkan ke wad ICU untuk rawatan lanjut. Sekitar jam 6.00 lebih, Yasmin dipindahkan ke wad pembedahan.
Yasmin sebelum ini terkenal dengan filem-filem arahan beliau yang pernah dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-18 dan ke-19, Sepet dan Gubra selain memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Selain itu, filem Mukhsin dan Talentime arahan beliau turut pernah memenangi anugerah luar negara seperti di Berlin, San Francisco, Singapore dan di Filem Festival Cannes.

Pegawai Polis Cina mengajar tentang JUJUR bekerja

Pagi tadi aku berkesempatan ke Sport Planet AMpang lwn futsal dengan beberapa pasukan PDRM.
Sebelum perlawanan aku sempat berbual dengan seorang pegawai kanan yang berbangsa CINA, walaupun mukanya iras MELAYU-CINA 65%-35%
Beliau yang bakal ditukarkan ke sebuah negeri di semenanjung tanah air dalam masa terdekat ini berbangga dengan apa yang dilakukan sepanjang dalam Derah Ampang Jaya.
Katanya, dia ditukarkan gara-gara tidak mahu mendengar wahyu2 kerajaan.
“Saya tak mahu menjawab tugasan yang dilakukan tidak mendapat keredaan, apa yang saya akan jawab di Padang Masyar nanti jika saya manipulasi kerja.
“Walau hari ini saya, ……….., mana tahu esk atau minggu depan saya MOHD ……..,” katanya.
Wah seorang CINA bijak berkata kata tentang ISLAM, kagum aku dibuatnya. Malahan dia lebih memberatkan penugasannya kepada orang ISLAM. Apa yang menarik katanya, setiap kali OKT ISLAM ditahan, soalan pertamanya apa yang anda lakukan untuk ISLAM.
Tak pernah lagi Pegawai Penyiasat menyebut tentang ISLAM kepada suspeknya, tetapi ini berlaku kepada AMPANG JAYA.
Manakala bekerja dengan parti politik tertentu, sama ada BN mahupun PR, dia memilih menggunakan perundangan yang termaktub, ini akan memudahkannya daripada mendengar wahyu mereka yang mahu menjaga periuk nasi dan kedudukannya.
Bagi saya tidak, semua sama rata, ini menyebabkan semua politician tak boleh melakukan apa2 sesuka hati di sana.
Namun sayang, belum lengkap penugasannya di daerah berkenaan, dia ditukarkan kerana tidak mendengar wahyu. (Itulah nasibseorang polis hari ini)
Perkara dan tindakannya diakui oleh seorang anak buahnya ketika itu turut bersama.
Sebelum memulakan perlawanan futsal, dia sempat berpesan kepada aku, sebagai wartawan janganlah sesekali membuat berita yang palsu, pegang satu petikan ayat alquran surah Al-Baqarah yang menyebut, sekiranya menyebarkan berita, janganlah sesekal kamu menyerbarkan yang palsu.
Saya tak marah kamu, cuma saya mendoakan kamu berubah.

MFZA: Kena sebiji bila dok buat story over goreng.