Dia yang bernama Karam Singh Walia

Karam Singh Walia

Karam Singh Walia


Petang tadi aku diberi kepercayaan oleh SH untuk mengikuti kursus penulisan berita secara Nerative yang dikendalikan oleh seorang pensyarah dari Universiti Washington Prof Madya Dr Janet.
Sepanjang kursus berkenaan, aku menemui pelbagai lapisan orang lama media, antaranya Karam SW.
Memulakan perbincangan aku mendapati Karam bukanlah seperti wartawan penyiaran lain. Baru je keluar tv dah belagak.
Tp jelas karam tidak begitu.
Menceritakan pengalamannya sepanjang menjadi perjuang alam sekitar, beliau jelas dikecam oleh pelbagai pihak, termasuk juga orang BN.
Kalau diserang gangster adalah perkara biasa, saya pernah melarikan diri ke India selama seminggu apabila dicari gengster dari negara jiran akibat usahanya menyelamatkan masyarakat Islam daripada menjadi mangsa 81 ladang babi haram.
Hasil pendedahannya itu, 73 daripadanya ditutup dan selebihnya masih lagi beroperasi secara haram.
Ironinya, Karam lebih mementingkan ISLAM daripada pemimpin ISLAM negeri itu gara-gara isu babi.
Lebih menarik beliau pernah ditawarkan penggunaan istol bagi menyelamatkannya, tetapi enggan menggunakan ‘benda’ tu ekoran susah mengawalnya.
Beliau pernah disenarai pendek pengurniaan gelaran ‘DaATUK’ dari sebuah negeri, tetapi dipotong saat akhir berikutan ketidakpuasan hati seorang lelaki bergelar MB apabila si Karam mendedahkan penyelewengannya.
Terbaru Karam sekali lagi mendedahkan satu laporan mengejut berkenaan Cameron Highlands yang mengatakan satu2nya saluran air bumi yang digunakan penduduk terjejas teruk ekoran sikap tidak bertanggung jawab PBT, dan org yang ada kuasa.
Sekali lagi karam dipanggil MB Pahang ekoran pendedahnnya termasuk juga pihak Istana.
Itulah karam yang aku kenali selama lapan jam, diakhir katanya, saya tidak mengharapkan gelaran datuk, sebaliknya cukuplah dengan Jaksa Pendamai dengan kerja murninya ini.
Selepas itu, aku ada berborak dengan Shahrilfudin dari Utusan Malaysia menceritakan sepanjang di di Sabah ada satu kisah menarik berkenaan penduduk dan Karam dipendalaman.
Katanya, penduduk berkenaan mengalami masalah, berpuluh laporan dikemukakan namun ternyata tidak selesai tanpa campur tangan media.
Penduduk kampung sanggup mengumpul duit bagi membiayai kos penerbangan Karam ke kawasan tersebut dalam usaha mendapattkan suaranya bagi diketengahkan.
Penduduk juga ada menghubungi TV3, tetapi tidak mahu bercakap dengan orang lain melainkan Karam untuk melaporkan perkara itu.
MFZA: Beruntunglah jika Karam akhirnya bertukar menjadi Karim Abdullah. Ganjaran akhirat yang akan dinikmatinya.

Advertisements

One thought on “Dia yang bernama Karam Singh Walia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s