Merdeka Day @ Opis

pose kat opis saja lah.

pose kat opis saja lah.

Merdeka, Merdeka, Merdeka

Merdeka, Merdeka, Merdeka

Mereka yang bekerja/pix Nurul Riduan

Mereka yang bekerja/pix Nurul Riduan

Tahun nie aku sambut merdeka di opis sahaja, tapi cam la setiap tahun aku celebrate.
Cuma apa yang boleh dibanggakan aku sering tidak melepaskan peluang tengok perbarisan di TV.
Pagi tadi sebelum ke opis sempat aku tengok sekejap TV1 membuat ‘live telecast’ dari Parlimen.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

Malaysia Tanah Airku

Malaysia Tanah Airku

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan ke 52 oh MALAYSIA Tanah Airku.
Selepas lebih 130 tahun kita dijajah British, Union Jack diturunkan di padang Kelab Selangor 52 tahun dan digantikan dengan Malayan Union.
Puas org terdahulu berhempas pulas mendapatkan kemerdekaan daripada British cengan meja rundingan, jadi janganlah kita memunahkannya.
Selepas 50 tahun mengecapinya kenikmatan kemerdekaan, kita diuji dengan pelbagai tomahan.
Sebagai rakyat, harus menjadi tanggungjawab bersama kita memelihara MALAYSIA.
1Malaysia, berpegang kepada satu perlembagaan negara.

PTU dan TPTU kontroversi

Tan Sri Azizan Ariffin

Tan Sri Azizan Ariffin

Pelik, tetapi inilah yang berlaku apabila peralihan kuasa, ada yang suka bagi bagi berubah kearah kebaikan dan bagaimana pula jika sebaliknya.

Semalam, Menteri Pertahanan mengumumkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dilantik Panglima Angkatan Tentera daripada Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkuat kuasa 1 September ini.

Beliau mencatatkan sejarah kedua ATM Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pertama dilantik ke jawatan tersebut.

Azizan juga merupakan individu kedua yang bukan daripada kalangan Panglima Tentera Darat dilantik ke jawatan itu selepas Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Itulah yang dinamakan rezekinya, tetapi bagaimana pula dengan nasib kepada timbalannya sebelum ini, Leftenan Jeneral Datuk Seri Bashir Abu Bakar. Beliau seolah-oleh dijatuhkan jawatan dan juga mencatatkan sejarah ATM tersendiri.

Itulah lumrah apabila namanya disebut, tetapi kenapa saat akhir begitu pula berlaku.

Berikutan perlantikan tersebut, beberapa jawatan utama TUDM berubah apabila Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Rodzali Daud dilantik menggantikan Azizan sementara Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Shahron Ibrahim dilantik ke jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara dan Bashir dilantik mengisi jawatan yang kini disandang Rodzali.

Walaupun perkhidmatan Azizan dijadual berakhir tahun hadapan, pelantikan beliau tetap dibuat kerana sebarang keputusan bergantung kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sahabat Buaya

image001
NAMANYA Gilberto Shedden, tetapi lebih dikenali sebagai Chito. Dia hanya seorang nelayan sehinggalah mencipta nama sebagai lelaki luar biasa apabila menjalin persahabatan dengan satu daripada reptilia paling berbahaya di dunia — buaya.
Di kawasan kolam di bandar Sarapiqui, Costa Rica, Chito sering menghabiskan masa bermesra dan mendakap Pocho.
Katanya, Pocho sahabat terbaik pernah ada dalam hidupnya. “Memanglah ia berbahaya, tetapi kami menjalin hubungan akrab dan dia tidak pernah menyerang saya,” katanya.
Justeru, Chito tidak pernah membenarkan sesiapa mendekati Pocho seperti dilakukannya. “Aksi ini hanya untuk saya dan dia,” katanya.
Jalinan persahabatan Chito — Pocho bermula kira-kira 20 tahun lalu di sebatang sungai di daerah Parismina. Chito menemui buaya itu dalam keadaan nazak kerana kecederaan parah akibat ditembak penternak lembu di mata kirinya.
Dengan bantuan beberapa rakan, Chito membawa buaya itu menaiki botnya untuk dibawa pulang ke rumahnya.
“Ketika itu dia sangat kurus dan beratnya cuma 68 kilogram. Saya memberinya makan ayam dan ikan, selain ubat-ubatan selama enam bulan sehingga dia benar-benar pulih,” katanya.
Sepanjang tempoh pemulihan itu, kata Chito, dia menghabiskan banyak masa dengan buaya berkenaan. Ketika malam, misalnya, dia menemani Pocho tidur supaya reptilia itu tahu ada seseorang menyayanginya.
Lebih penting, kata Chito, dia mahu Pocho tahu bahawa bukan semua manusia mahu membunuh buaya. “Ia pengorbanan besar,” katanya.
Mengakui menyayangi semua haiwan, Chito berkata, dia lebih simpati jika ada haiwan yang menderita akibat kecederaan.
Pada satu ketika, Chito membiarkan Pocho dalam sebuah tasik berhampiran rumahnya supaya haiwan itu boleh bebas ke mana saja.
Bagaimanapun, katanya, ketika dia berjalan pulang, Pocho merangkak keluar dari air dan mengekorinya ke rumah.
Selepas beberapa tahun, persefahaman dan persahabatan Chito — Pocho semakin utuh hinggakan kedua-dua mereka mampu bermesra tanpa sebarang rasa curiga. Kata Chito, selepas sedekad, dia mula akrab dengan Pocho.
“Mula-mula proses itu agak perlahan, tetapi lama-kelamaan kami saling memahami. Jika saya memanggil namanya, dia akan datang,” katanya.
Mengenai ahli keluarganya, Chito mengaku pada peringkat awal mereka gerun melihat dia bermesra dengan Pocho. Untuk mengatasi masalah itu, Chito hanya bermain-main dengan Pocho ketika semua ahli keluarganya tidur.
Empat tahun lalu, Chito menunjukkan kemesraannya dengan Pocho kepada beberapa rakan, termasuk ketaatan reptilia itu mengikut arahan.
Ia memberi idea kepada mereka supaya kelebihan itu dipamerkan kepada umum. Kini, pasangan istimewa itu menjadi tarikan utama pelancong di Costa Rica.
Buaya Amerika yang hidup di utara, tengah dan selatan benua itu boleh hidup sehingga 70 tahun. Dianggarkan, usia Pocho baru 50 tahun — lebih kurang usia Chito.
Haiwan jenis itu juga kurang agresif berbanding reptilia di Nil atau Australia. Chito mengaku dia tidak pernah berniat melayan Pocho sebagai hamba atau mengeksploitasinya. “Saya gembira kerana menyelamatkan Pocho dan memenuhi keperluannya,” katanya.

Pengadil bertaraf FIFA, Kapten Halim, pergi tak kembali

Kapten Abdul Halim Abdul Hamid merupakan pengadil bola sepak tempatan pertama bertaraf dunia akibat masalah jantung di Hospital Kangar, Perlis malam semalam.
Halim, 47, yang dikenali kerana diberi penghormatan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjadi pembantu pengadil pada Piala Dunia 1998 di Perancis, meninggal dunia pada pukul 9.20 malam.
Halim meninggal dunia di sisi isterinya Wan Manirah Wan Mustafa dan empat anaknya Nur Alya Haifa, Mohd. Shah Iskandar, Nurul Aisya dan Hani Hilmi.
Berita kematian Halim mengusul beberapa bulan selepas seorang lagi pengadil tempatan bertaraf antarabangsa, Mohd. Nazri Abdullah meninggal dunia.
Sebelum ini setiap kali cuti musim perayaan sama ada aidilfitri mahupun aidiladha, beliau akan beraksi di Stadium Utama Kangar bagi perlawanan bola sepak antara anak Perlis di perantauan dengan anak jati di negeri, turut menyertai pelawanan tersebut, Irfan Bakti, Cikgu Jan dan pelbagai nama tersohor mencorakkan arena bola sepak.

Prof Ismail Md Salleh, pergi tak kembali

Ismail

Ismail

NEGARA kehilangan seorang lagi tokoh ekonimis dan pendidikan terkenal dan komited apabila Prof Ismail Md Salleh,61 telah meninggal dunia hari. Menurut laporan agensi berita rasmi Kerajaan beliau mati awal pagi ini di Singapura sebaik tiba ke negara itu dalam penerbangan dari China.
Allahyarham berasal dari Salor seberang Pasir Pas, Kelantan dianggap sebagai seorang insan yang gigih tanpa mempedulikan keadaan fizikalnya. Beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU)(buta) yang pertama di negara ini dilantik menjadi anggota Dewan Negara.
Selain itu Allahyarham juga merupakan orang buta pertama mendapat anugerah Doktor Falsafah. Pernah menjadi pensyarah. Beliau juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).
Pada masa ini beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech sebuah institusi pengajian tinggi swasta miliknya.
SOS-MSO