Awana Genting Golf & Resort: Bengkel Kewartawanan Kepenggunaan

Aku kini berada di Genting Highlands bagi mengikuti kursus selama tiga hari.
Selepas ini, akan bekerjaran ke Bagan Pinang bagi membuat liputan dari 1hb Okt hingga 12 Okt 2009:
Huh, lebam pulak rasanya nanti,..

Advertisements

Nordin Mat Top ditembak

Penjenayah paling dikehendaki Polis Indonesia yang berasal dari Malaysia, Nordin Mat Top menemui ajalnya semalam.
Sepasukan polis menyerbu persembunyiannya, maka berakhirlah sembilan tahun pemburuannya.
Sepanjang kisah hidup pakar buat bom yang juga bekas pensyarah UTM Skudai itu dikatakan terlibat dengan dua pengeboman berani mati yang meragut nyawa tidak bersalah.
Sesetengah pendapat mengatakkan Nordin pejuang Islam kerana rata2 membunuh mereka di pusat hiburan, namun bagi aku dia adalah pengecut kerana membunuh.
Tiada agama dalam dunia ini menghalalkan membunuh sesama manusia,..

Perang Kerabat Diraja

Semalam seorang jejaka yang mendakwa dirinya cucuanda kepada Almarhum Tuanku Jaafar dipukul oleh kerabat dari Johor.
Yang dari Johor juga difahamkan melibatkan seorang cucu Tuanku Raja sekarang..
Apa punca pergaduhan mereka nie pun tak tahu, apa yang pastinya memang sukar disiasat, jika tidak masakan polis mengambil masa sehingga satu tahun untuk kesan punca ataupun adakah ia dilindungi,..

1Malaysia dan Monsun Cup

Malaysia kini bakal mempunyai pasukan Formula 1 pertamanya selepas menghantar Alex Young beberapa tahun lalu dalam usaha megorak langkah ke arah F1.
Penghantaran berkenaan walaupun tidak mendatangkan hasil kepada pencapaian, bagaimana pun kerajaan bersungguh kearah itu.
Ini tidak termasuk dengan sumbangan Petronas sebelum ini bersama Redbull Sauber sebelum kini bersama BMW.
Dengan pelancaran “1Malaysia F1 Team” oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak selasa lalu jelas menunjukkan kerajaan komited.
Aku percaya tujuan Najib meletakkan pasukan Malaysia melalui jentera tempatan bukanlah bersandarkan kepada kemenangan, tetapi hanyalah promosi negara ini.
Bayangkan apabila kita menyertai F1, nama Malaysia akan disebut sepanjang pertandingan berkenaan di seluruh dunia.
Ini dinamakan ‘free publisiti’, kita tidak perlu mengeluarkan sesen pun bagi tujuan promosi negara.
Jika kemenangan kepada 1Malaysia F1 Team, ianya merupakan bonus kepada pasukan.
Bayangkan berapa kos yang perlu dibayar oleh kerajaan jika mahukan promosi negara, ini secara tidak langsung akan mempromosikan perlancongan negara dan pelbagai keuntungan lagi.
Sepertimana apa yang diperkatakan Bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh kepada aku semasa interview sebelum Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.
“Saya buat Monsun Cup adalah bertujuan mempromosikan Terengganu dan Malaysia, tapi orang cakap saya membazir.
“Tapi biarlah apa orang nak kata, yang penting saya tahu apa yang saya buat dan memberikan kebaikan,” katanya.
Jelasnya, cuba bayangkan sepanjang monsun cup brapa channel didunia ini akan membuat liputan dan menyebut Malaysia dan Terengganu,..
Begitulah kiranya akan berlaku kepada 1Malaysia F1 Team…
MFZA: Renung-renungkanlah,…

Ilmu dan Harta

“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan” ~ Saidina Ali bin Abi Talib