Hanya di office

Sebenarnya kerja wartawan bukan sahaja mencabar dengan cabaran, malahan turut perlu menjadi muka tembok dimarah, keras hati mendapatkan sesuatu dan sentiasa diduga.
Jika nak glamour bolehlah bidang ini, jika nak kaya jangan sekali kerana gaji seorang wartawan hanyalah cukup makan.
Baik TV, paper melayu, cina, India dan BI, semua sama saja.
Sebenarnya tak cukup itu, wartawan juga perlu berkorban terutamanya hari kebesaran.
Buktinya, inilah kami karyawan SINAR HARIAN terpaksa beraya di opis sedangkan orang lain semua dah balik kampung.
Kuala Lumpur lengang, tetapi tidak bagi balai berita.

rayo-rayo

Syarat mayat Chin Peng dibawa pulang

Menarik huraian yang disampaikan Tan Melaka, dia difahamkan bekas Menteri Kanan yang pernah kalah dalam pilihanraya.

Oleh TAN MELAKA (Utusan Malaysia)

perlukah ibawa pulang

PEMBACA sebuah akhbar Inggeris baru-baru ini bertanya, kenapa mayat Noordin Mat Top seorang anggota Jemaah Islamiah telah dibenar dibawa pulang dan dimaafkan, kenapa tidak Chin Peng?

Pertanyaan ini sekali gus menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat negara ini dan juga anggapan tentang ketidakadilan Kerajaan Malaysia terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam, sedangkan hakikatnya ini adalah kes yang berbeza sama sekali.

Tubuh atau mayat Noordin telah dibawa pulang setelah dia dibunuh di Indonesia dan dikebumikan secara senyap tanpa sebarang upacara yang menampakkan simpati dan penghormatan terhadapnya. Suatu lagi yang boleh mengelirukan ialah kononnya dia telah diberikan kemaafan.

Siapa yang memberikan kemaafan, kerajaan Malaysia, orang ramai, keluarganya? Kenyataan seperti ini walaupun pendek tetapi sekali gus mengelirukan dan mengapi-apikan perasaan perkauman di kalangan rakyat yang tidak mempunyai pengetahuan latar belakang peristiwa Noordin itu, atau rakyat yang tidak dapat berfikir.

Noordin telah ditembak mati oleh tentera Indonesia setelah dia mengganas dan bukannya di Malaysia dan rakyat negara ini tidak mempunyai dendam terhadapnya seperti perasaan dendam dan marah rakyat terhadap Chin Peng.

Rakyat juga tidak pernah meminta supaya jika dia mati, mayatnya dibawa pulang ke Malaysia yang menampakkan dia sebagai seorang yang penting dan berjasa.

Penulis juga setuju jika Chin Peng dibawa pulang ke negara ini tetapi bukan ‘hidup-hidup’. Chin Peng boleh pulang dengan syarat dia hendaklah mati ditembak atau dibunuh terlebih dahulu seperti pulangnya mayat Noordin. Mayatnya hendaklah dikebumikan tanpa upacara besar-besaran dan bukan di sebelah bapanya seperti yang dimintanya kerana mungkin bapanya pun tidak mahu berada di sebelahnya.

Selain daripada itu, kerajaan janganlah membenarkan mana-mana pihak menjalankan kutipan derma bagi membangunkan Tugu Peringatan di atas kuburannya seperti yang dilakukan di Nilai terhadap perkuburan bekas-bekas pengganas komunis yang dikelirukan sebagai pejuang menentang Jepun. Hal yang sama juga berlaku di Sarawak.

Pendapat pembaca itu yang mempersoalkan mayat Noordin dibawa pulang, tanpa mempunyai nama penulisnya, maka itu dipercayai mungkin merupakan pandangan akhbar itu sendiri.

Walaupun pendek sekali surat itu, tetapi ia cukup berkesan untuk mengapi-apikan perasaan perkauman seolah-olah kerajaan pimpinan orang Melayu dan Islam di Malaysia memberikan layanan yang berbeza terhadap pengganas.

Harus diingatkan bahawa bekas pengganas komunis Melayu yang dibenarkan pulang ke tanah air dan mati di negara ini seperti Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) Musa Ahmad dan Samsiah Fakeh telah memberikan kerjasama kepada kerajaan Malaysia lama sebelum upacara menandatangani perjanjian perdamaian antara kerajaan Malaysia dan Thailand dengan PKM di Hatyai.

Esok raya Aidilahda

Esok nak raya haji.
Orang malaysia kalut dok pikiaq menu raya
Di Mekah dah mula wukuf di arafah.
Kita disunatkan berpuasa.
Tahun nie aku rasa sorang dirumah disebabkan kerja.
Aku akan ke pejabat.
Dah tiga kali aku tak dapat cium tangan parents dipagi raya.
Tahun lepas raya di tanah runtuh bukit antarabangsa.
Apa aku tulis pun tak tau.
Hari ini tak ada semangat.

Aku nak balik kampung

secara tetiba aku merasakan ketinggalan apa yang berlaku dikampung.
difahamkan beberapa perkara berlaku, adik dah mula kerja sambilan, abah dan membajak belakang rumah bagi tanaman mempelam harumanis.
cuti tahun masih berlambak, aku merasakan perlu pulang ke kampung seketika bagi menenangkan fikiran,.
banyak benar perkara aku tertinggal, aku perlu segera pulang untuk updatekan semua.
atuk pun semakin pulih dari pembedahan dan dah mula tak nak tinggal dengan emak disebabkan semakin pulih, maklumlah orang tua, susah nak tinggalkan rumahnya lelama.
paling latest info, abang pulak dikatakan nak menamatkan zaman bujang, alamak aku terlepas info nie,…
hehee