Pulih sepenuhnya dari demam

Alhamdulillah, aku telah pulih sepenuhnya daripada demam panas minggu lalu. Syukur Ya Allah.
Sepanjang minggu lalu, aku lalu amat perit selepas hampir 3 tahun aku tidak diserang demam.
Punya takut aku diserang laksana denggi, alhamdulillah aku tidak terkena penyakit tersebut.
1. Terima Kasih kepada emak dan abah yang sentiasa berikan perhatian kepada aku dari jauh.
2. Terima KAsih Paksu dan Maksu yang tak jemu2 melayan karenah aku yang terperosyok atas katil selama 5 hari termasuk menyediakan makanan hinggakan aku tak mampu menyunyah.
3. Terima Kasih aku ucapkan kapada sahabat opis yang sentiada bertanyakan khabar dan bad yang terpaksa membatalkan hasrat bercuti gara-gara aku yang tak bermaya.
4. Terima Kasih kepada doktor yang merawat aku.

Aku, Syahril Kadir dan Datuk Zaman Khan


Petang tadi kebetulan aku ke satu assmnt Datuk Zaman Khan, bertemu dengan bekas bos dan juga cikgu aku, Syahril Kadir klik
Selepas majlis, sempat aku berbual dengan Datuk Zaman, beliau merupakan bekas pengarah CID Bukit Aman yang amat tegas dengan anak buahnya.
Kira banyak jugaklah peribincangan kisah lampau dengannya, paling menarik beliau pernah dihubungi oleh penjenayah paling dikehendaki dan diugut bunuh.
Akhirnya, pada tahun 1993 kalimuthu mati dengan butiran peluru polis di bentong.

Hospital itu ke?

Hari ini, tampil Metro Matenity Hospital atau dalam bahasa melayunya Hospital Bersalin Metro, Klang menafikan pihaknya terlibat dalam sindiket penjualan bayi.

Tiga lokasi penangkapan polis dibuat di Klang, Banting dan Kajang yang menahan 13 orang suspek termasuk pembeli.

Difahamkan kegiatan berkenaan didalangi oleh wanita tua dikenali untie lingkungan 50an. Dalang sindiket itu ditahan polis dan tiga daripada mereka dituduh dimahkamah baru-baru ini.

Menarik, pihak hospital yang juga mempunyai cawangan diBanting dan Klang itu menafikan sekeras-kerasnya kepada media.

ketika sidang akhbar


barisan staff  hospital

Tentang SKYPE, aku pelik

Pelik aku apabila semua aku menolak cadangan aku install SKYPE. Depa cakap FB ngan YM dah tak terlayan. Jadi semua malas nak install. Mungkin kerana juga tak tau cam aku kot, sebab tu tak mau. Tapi sekurang-kurangnya aku nak belajar.

Tadi aku terbaca blog abg syahril klik sini mengatakan SKYPE lah yang digunakan MP Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis menggunakan benda alah tu bagi merasmikan satu majlis di kampungnya secara maya.

Klu korang semua nak tau, dia gunakan benda tu semasa berada di Washington US, kerana menjadi Duta Malaysia di US.

SKYPE sebenarnya seakan-akan fungsi YM tp ia sedikit laju, penggunaannya percuma tanpa had.

Senarai Anggota Lembaga Dan Panel Pencegahan Rasuah

SPRM wujud mulai 1 Jan tahun ini bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Tujuan utamanya adalah untuk membasmi semua bentuk rasuah, salah guna kuasa dan dan penyelewengan.

Berikut ialah senarai penuh pelantikan yang diumum hari ini:

LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH

1. Tun Abdul Hamid Mohamad (Bekas Ketua Hakim Negara)
2. Tan Sri Hamid Bugo (Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)
3. Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan (UIAM)
4. Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan (Pengerusi ISIS Malaysia)
5. Tan Sri Simon Sipaun (Pesuruhjaya Suhakam)
6. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas (Presiden, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia)
7. Puan Sri Zaiton Zawiyah Puteh (Bekas peguam cara, pejabat Peguam Negara)
8. Datuk Rashpal Singh A/L Jeswant Singh
9. Tan Sri Yong Poh Kon (Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn Bhd)
10. Datuk Anwar Fazal (Pengarah, Right Livelihood College, USM)
11. Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (UM)
12. R.Chelvarajah (Peguam dengan Sault & Co, Melaka)

PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH

1. Datuk Seri Azman Ujang (Pengerusi Institut Akhbar Malaysia)
2. Tan Sri Ramon Navaratnam (Presiden Transparency International Malaysia)
3. Prof Datuk Dr Abdul Rahman Embong (IKMAS)
4. Dr Zainal Abidin Abdul Majid (Business Ethics Institute of Malaysia)
5. Datuk David Chua (Pengarah Urusan DC&A Group Sdn Bhd)
6. Datuk Seri Wong Chun Wai (Ketua Pengarang Star Publication)
7. Datuk Kamaruddin Zakaria
8. Tan Sri Nordin Kardi (Naib Canselor UUM)
9. Datuk Prof Dr Ishak Tambi Kechik (Bekas Naib Canselor USM)
10. Anis Yusal Yusoff (Fellow Utama KITA,UKM)
11. Tan Sri Robert Phang Miow Sin (Exco, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia)

PANEL PENILAIAN OPERASI

1. Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil (Pengerusi Takaful Malaysia Berhad)
2. Datuk Cecil Abraham (Konsultan di Zul Rafique & Partners)
3. Nik Mohd Hasyudeen Yusoff (Presiden Malaysian Institute of Accountants)
4. Walter Sandosam (Presiden The Institute of Internal Auditors Malaysia)
5. Datin Aminah Pit Abdul Raman (Amanah Raya Berhad)
6. Datuk Md Hamzah Md Kassim (CEO IA Group)
7. Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad (UiTM)

JAWATANKUASA ADUAN

1. Datuk Mohd Nor Abdullah (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan)
2. Datuk Muhammad Mohd Noor (Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri)
3. Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah (Bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam)
4. Chooi Mun Sau (Peguam bela & Peguam cara)
5. Ravindran V.Muthu (Peguam bela & Peguam cara)

JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH

1. Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Anggota Parlimen Kangar)
2. Datuk Razali Ibrahim (Anggota Parlimen Muar)
3. Datuk Abdul Rahman Dahlan (Anggota Parlimen Kota Belud)
4. Dr Tan Seng Giaw (Anggota Parlimen Kepong)
5. Salahuddin Ayub (Anggota Parlimen Kubang Kerian)
6. Senator Zamri Yusuf (Kedah)
7. Senator Datuk Armani Mahirudin (Sabah)

— BERNAMA