Tiada lagi, pelacur, shoting case, ops narkotik, kelab malam

rasanya baru saja lagi, tetapi semuanya dah berakhir, bukan aku meninggalkan gejala tak bermoral itu, sebaliknya aku bukan lagi wartawan meja jenayah yang selalu terlibat dengan kegiatan berkenaan.
jika dulu sering bau darah penjenayah ditembak, kemalangan dan hangit peluh, tetapi esok tidak lagi.
aku kena pakai long sleave kerana aku menjadi wartawan news.
tiga tahun menuntut ilmu kewartawanan di FBMK UPM, masih rasa seoalh2 semalam, inikan pula bekerja.
lanjutan itu, tiga bulan praktikal di Utusan Malaysia membuatkan aku mengenali siapa itu Khalid Mohd, Aziz Ishak, En Mohamad, Zin MAhmud, ZB, ZJ, ZH, Kak Dini dan Abg Syahril.
Kemudiannya hampir tiga tahun di Crime Desk SINAR HARIAN hidup aku diwarnai dunia penjenayahan.
Kak Dini dan Abg Syahril jugalah cikgu aku dipermulaan kerjaya aku. tk.
esk bermulalah episod baru aku sebagai wartawan yang mementingkan penampilan kerana mendapingi orang kenamaan.
mampukah aku melakukannya, sedangkan dunia aku selama tiga tahun adalah berjaga malam mencari berita.
kepada pengurusan SINAR HARIAN yang memberikan aku kepercayaan insayaallah akan ku laksanakan sebaik mungkin.
bagi memenuhi gelodak jiwa yang berkocak, aku perlu melakukan sesuatu bagi memuaskan hati.
apa aku aku perlukan masa ini adalah kepercayaan dan tunjuk ajar berterusan.
kalau ikutkan hati, masih belum puas di crime desk, tapi memandangkan tidak boleh terlalu lama di zon selesa, aku sedar perlu berubah.
MFZA: berubah untuk kebaikan dan kemajuan tak salahkan,…

Advertisements

AlFatihah, Bersemadilah engkau dengan tenang disana.

Selepas enam bulan, baru aku tahu dia telah tiada bersama XX buat selamanya.
XX sebenarnya adalah kawan baik aku sepanjang study di UPM dulu. Antara kawan paling rapat ngan aku di UPM adalah Hasif, Nazirin, Zailani, Zairie, Kamarul dan Saad.
Mereka saling bercinta dan menyukai antara satu sama lain.
Boleh dikatakan mereka telah bercinta selama lapan tahun.
Kini XX terpaksa membina laluan sendiri apabila teman wanita dijemput Ilahi ogos lalu.
Pertemuan dan perpisahan mereka telah diatur sebegini.
AKu tidak mahu mengulas panjang tentang mereka dan hanya aku mampu sedekahkan alfatihah.
Difahamkan arwah menghidap ketumbuhan pada rahim yang dikesan sejak berumur 22 ahun, bagaimanapun arwah enggan melakukan pembedahan…

Disebalik bunga ros, tersimpan….

disebalik kuntumannya terselit pelbagai cerita

Mycerita@here

Semalam aku meluangkan masa hampir satu hari di PICC menghadiri majlis konvokesyen kolej twintech bagi meraikan Dzofeer Basir.

Sebenarnya aku di sana membantu mengambil gambar dia yang juga sahabat baik aku.

Sebagai kawan aku terpanggil bukan untuk mengambil gambar, sebaliknya menghargai persahabatan kami selama 26 tahun.

Hubungan aku dan famili dia pun dah macam keluarga sendiri.

Sepanjang di sana aku melihat terlalu banyak gerai jualan bunga antara harga RM20 ke RM30 bagi 5 ke 6 kuntum bunga.

Ramai yang berebut bagi memberikan kepada sang pengikat hati dan kepada kakak, abang adik dsbnya.

Bagi aku di sebalik kuntuman bunga ros yang indah pelbagai variasi dijual itu terselit kisah yang aku tidak mungkin aku lupakan dan juga tidak pernah diceritakan.

Mengimbas konvokesyen aku di UPM, 28 Ogos 2008, aku telah memusnahkan penghargaan yang cuba diberikan seseorang.

Seorang gadis pernah cuba sampaikan kuntuman bunga ros yang dibelinya kepada aku.

Aku yang ketika itu tidak tahu menghargainya menyebabkan sekuntum hati hancur dek perbuatan aku itu.

Difahamkan melalui seorang rakan, dia setia menanti aku di luar dewan dengan senyuman dan kuntuman bunga di tangan, namun hasratnya murninya itu tidak tercapai hingga habis convo aku.

Tidak mahu mengalah dengan perasaan, dia memberikan bunga berkenaan kepada seorang rakan agar dapat diberikan kepada aku.

Selepas beberapa hari barulah aku terfikir erti persahabatan cuba dia sampaikan kepada aku.

Cuma aku yang memikirkan sesuatu yang agak keterlaluan. Kepadanya, aku minta maaf banyak2 berkenaan kejadian itu.

Alhamdulillah, kamu telah menemui jodoh dengan pilihan hati, moga kebahagiaan milik mu abadi hingga hujung nyawa.

Setiap kali aku melihat bunga di majlis konvokesyen, aku pasti teringatkan agar kisah ini,..

Sekian, wassalam…

Dua staff Utusan Malaysia meninggal dunia dalam seminggu

Dalam masa terdekat ini, dua keluarga Utusan Malaysia kembali dijemput ilahi.
Kedua-dua mereka aku kenali secara peribadi, walaupun aku sendiri tidak dikenali oleh mereka.
Tetapi itu tidak penting, cuma aku nak sampaikan mereka kembali dijemput pencipta.
Al-Fatihah buat Kak Faridah dan Abg Nazudeen
MFZA: Sebenarnya aku ngan Utusan Malaysia nie ada kisah juga dimana tempat pertama aku didedahkan dengan dunia kewartawanan. So kenal lah dorg semua nie..

Jurugambar Utusan, Nazudeen Mahmud meninggal

Nazudem
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Nazudeen Mahmud meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.
Allahyarham dikejarkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi selepas mengadu sesak nafas ketika di pejabat.
Selepas dimandi dan dikafankan, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah keluarganya di Desa Perwira, Ipoh untuk dikebumikan selepas solat asar – Utusan

Wartawan Utusan Malaysia meninggal dunia

Kak Faridah

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Penolong Pengarang Berita Utusan Online, Faridah Hashim (gambar), 49, meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air di kediamannya di Bandar Baru Bangi, dekat sini awal pagi ini.
Menurut suaminya yang juga Pengarang Prosesan Utusan Malaysia, Khalid Saad, Allahyarham yang mengadu sakit kepala dan ingin berehat di bilik tingkat atas rumahnya ditemui terjatuh dalam bilik air oleh anak perempuannya.
Sebelum itu, menurut Khalid, beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat di Jalan Chan Sow Lin di sini dimaklumkan oleh anaknya yang Allahyarham mengalami komplikasi kesihatan.
‘‘Sebaik saya sampai di rumah, Allahyarham masih boleh bercakap dan memberitahu sakit kepala dan ingin berehat di bilik. Bagaimanapun, dia terjatuh dalam bilik air,’’ katanya.
Khalid yang cuba memberi bantuan pernafasan kemudiannya membawa Allahyarham ke Hospital Serdang.
Bagaimanapun Allahyarham disahkan meninggal dunia sebaik sampai di Hospital Serdang kira-kira pukul 2.35 pagi.
Allahyarham memulakan karier wartawan di akhbar tabloid Bintang Timur dari 1979 sehingga tahun 1980-an.
Beliau kemudiannya menyertai Utusan Malaysia setelah penerbitan akhbar tabloid itu dihentikan operasinya.
Allahyarham memulakan karier kewartawanan di Utusan Malaysia sebagai pemberita di meja mahkamah pada 1984.
Antara berita penting yang pernah dilaporkan Allahyarham adalah kes UMNO diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988.
Allahyarham kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Berita, Penolong Pengarang Meja Luar Negara sebelum ditukarkan ke meja Utusan Online, unit suplemen dan unit prosesan Utusan Malaysia.
Allahyarham kemudiannya ditukarkan semula ke unit Utusan Online sebagai Penolong Pengarang Berita sejak Mei 2009.
Beliau meninggalkan dua anak lelaki dan dua perempuan berusia antara tujuh hingga 20 tahun. Jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Tangkas, Bangi selepas Asar petang ini.
Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Khalid Mohd.