Saya wartawan bangsa Malaysia, mengapa bezakan saya? — G. Manimaran

Mycerita@here
https://fazlizainul.wordpress.com

Secara peribadi aku memang mengenali penulis. Lebih empat tahun perhubungan. Penulis langsung tidak pernah menunjukkan sikap perkauman terhadapa aku. Sikap suka bertanya dan mengajar orang lain membuatkan aku mengangumi penulis yang berbangsa India. Penulis adalah BANGSA MALAYSIA. Pernah beberapa rakan mengatakan penulis seorang yang “(.i.)” kerana mahukan sesuatu yang diluar lingkungan. Tetapi itulah sikapnya yang sentiasa mahukan kelainan.

Ikuti luahannya sewaktu membuat liputan perhimpunan NGO

27 FEB — Buat pertama kali penulis melangkah ke Kelab Sultan Sulaiman yang terletak di tengah-tengah ibu negara. Ketika melangkah ke pekarangan premis, penulis dapat merasai udara semangat perjuangan orang-orang Melayu, lebih-lebih ia terletak dalam lingkungan Kampung Baru, penempatan milik kaum Melayu.

Kelab Sultan Sulaiman memikul detik-detik bersejarah yang membawa kepada penubuhan Umno, menguburkan usaha menubuhkan Malayan Union dan kemudian kemerdekaan negara.

Walaupun hari ini merupakan cuti mingguan, penulis memutuskan untuk membuat liputan pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang ditubuhkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Program ini menarik perhatian penulis lebih-lebih ekoran perubahan landskap politik yang disaksikan dua tahun lalu.

Tanggal 8 Mac ini merupakan genap dua tahun negara melalui tsunami politik.

Tsunami politik itu secara langsung dan secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai reaksi yang kita sedia mengetahui dan sedia maklum.

Sebagai penulis yang sudah dua dekad berkecimpung dalam dunia kewartawanan, pengalaman pagi ini cukup merimaskan, malah cukup membimbangkan.

Mengapa kita masih mahu melabelkan kita ini orang Melayu, orang Cina dan orang India? Mengapa tidak kita melihat sebagai satu bangsa Malaysia yang diilhamkan Wawasan 2020 dan kini slogan 1 Malaysia dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

LATAR BELAKANG

Penulis dibesarkan di sebuah ladang yang penduduknya terdiri daripada kalangan masyarakat pelbagai kaum. Penulis meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang rata-rata mengutamakan aspirasi nasional dengan bahasa kebangsaan. Penulis pernah berkhidmat di Kumpulan Utusan selama 16 tahun. Penulis pernah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di universiti-universiti awam yang pelajarnya pelbagai kaum. Penulis pernah terlibat dalam makmal 1 Malaysia akhir tahun untuk menghimpunkan input bagi menyemai perpaduan dan integrasi negara.

Ketua tempat saya bekerja, dari dulu hingga sekarang, adalah seorang Melayu. Mereka tidak pernah membezakan saya ini seorang keturunan India. Saya pernah menyelia staf bawahan saya. Saya tidak pernah melihat mereka mengikut warna kaum dan agama.

Banyak lagi yang boleh diketengahkan bahawa penulis adalah anak bangsa Malaysia.

Sepanjang dua dekad penglibatan dalam dunia kewartawan, penulis selaku wartawan yang bertanggungjawab dan beretika, jika tidak amalkan tapisan kendiri dan menyiarkan segala apa yang diperkatakan oleh sumber berita — sama ada dikeluarkan orang perseorangan, NGO atau ahli-ahli politik secara bulat-bulat, sudah tentu ia sudah lama menyumbangkan kepada kerumitan, kesulitan atau masalah-masalah yang tidak perlu.

Penulis pernah membaca dan menghasilkan tulisan yang bersangkut paut dengan insiden berbaur perkauman. Ini termasuklah insiden bekas ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dan bekas pegawai khas perdana menteri Datuk Nasir Safar baru-baru ini, sebagai antara contoh. Begitu juga tindakan seorang perwakilan pada mesyuarat agung tahunan MIC tahun lalu yang mahu mengenakan kalungan selipar.

Kami sebagai penulis mengecam tindakan-tindakan sedemikian.

Tetapi apabila ia dialami hari ini, ia sesuatu yang sungguh mengejutkan. Mengapa ia harus berlaku sedangkan penulis hanya menghadirkan diri pada pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) selaku Editor Bahasa Malaysia The Malaysian Insider demi menolong masyarakat Melayu dengan mengetengahkan luahan dan suara mereka untuk tatapan kaum-kaum lain, juga kepada pihak berkuasa.

Kata orang “tak kenal, maka tak cinta”. Jika kita hendak menulis sesuatu isu atau perkara dengan mendalam, kita sebagai penulis harus menghayati masalah dan isu seseorang, sesuatu kaum dan sesebuah organisasi.

Justeru, dengan berbuat demikian kita boleh menghasilkan penulisan yang bermutu, adil dan bertanggungjawab. Malah, kehadiran penulis juga bertujuan memberi liputan seimbang selepas tercetusnya pelbagai pandangan tuduh-menuduh dan menuding jari ke arah pihak-pihak tertentu dan kaum lain di negara ini sejak 8 Mac 2008.

DIARAH KELUAR

Sekurangnya-kurangnya sebagai wartawan yang lahir di negara ini selepas Merdeka, yang mempunyai perasaan cintakan negara dan turut mahu menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara, penulis melangkah ke Kelab Sultan Sulaiman dengan niat baik.

Tetapi niat baik difahami dari sudut serong oleh beberapa individu tertentu yang mengaku mereka wakil sekretariat MPM. Akhirnya ia mencetuskan persepsi negatif terhadap MPM walaupun sebenarnya ia ditubuhkan dengan tujuan tertentu.

Selepas kira-kira 20 minit berada dewan, penulis dibawa keluar dari dewan majlis dan diminta tidak membuat liputan. Ada anggota sekretariat mengatakan bahawa “ini majlis kami, kita bincang masalah suami isteri, tidak mahu orang lain mendengar dan bimbang akan membuat berita mengelirukan”.

Penulis faham kehendak mereka.

Justeru, jawapan penulis juga mudah, “jika begitu anggaplah majlis ini majlis tertutup dan wartawan lain yang berada dalam dewan juga harus dimaklumkan ini dan diminta keluar sekali”.

Penulis tersentak apabila dikatakan mereka adalah wartawan kalangan Melayu dan tidak akan menghasilkan berita sensitif.

“Saya buat keputusan (mereka akan kekal di dewan),” kata seorang lagi wakil sekretariat. Penulis cuba menjelaskan tujuan kehadiran dan pendirian bahawa mahu memberikan laporan seimbang mengenai MPM tetapi tidak diambil peduli.

Penulis tidak ingin menceritakan panjang perkataan-perkatan lain yang digunakan dalam perbualan dengan sekretariat. Penulis tidak mahu mencetuskan suasana tidak senang di kalangan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Pokoknya, negara sudah lebih lima dekad mengharungi ranjau perjalanan dan pergeseran kaum. Penulis secara peribadi beranggapan bahawa kita sudah lama telah melepasi garis pemisahan kaum apabila melabel orang lain.

Antara yang berucap pada majlis pelancaran ialah  Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Presiden Mubarak Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Professor Datuk Dr Kamaruddin Kachar yang juga bekas Ketua Pengarah BTN berucap pada majlis pelancaran itu. Presiden Cuepacs Omar Osman juga hadir.

Penulis sudah lama mengenali Ibrahim Ali. Beliau seorang yang lantang bersuara, dan penulis pernah menemu bual beliau selaku ketua Perkasa untuk The Malaysian Insider beberapa minggu lalu. Pernah menemu bual beberapa kali selaku wartawan.

Atas kapasiti itu, Ibrahim secara peribadi menghubungi penulis untuk menjelaskan bahawa sekretariat tidak membuat sebarang keputusan melarang mana-mana wartawan daripada liputan pelancaran MPM.

“Saya sangat sedih, minta maaf dengan apa yang berlaku… saya kesal dengan apa yang berlaku… ini bukan keputusan MPM,” kata beliau yang berjanji akan mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat keputusan sendiri itu.

Setiausaha MPM Dr Hassan Mat juga melahirkan pandangan yang serupa.

“Saya memang ada dimaklumkan kehadiran saudara dan dikatakan bahawa mereka telah meminta saudara keluar, tetapi saya sebenarnya telah meminta mereka membenarkan saudara terus berada dalam dewan.

“Tetapi ada seorang dua pegawai buat keputusan sendiri, tidak mengikut apa yang saya kata… ini bukan keputusan MPM… saya meminta maaf bagi pihak MPM,” kata beliau kepada penulis menerusi perbualan telefon.

Penulis perlu mengakui sikap-sikap negatif begini tidak melibatkan semua orang Melayu di negara. Penulis juga mempunyai ramai kawan daripada kalangan Melayu dan yang beragama Islam. Penulis menganggap mereka sebagai sebahagian daripada anggota bangsa Malaysia.

Kita kena memahami mereka dan menghormati mereka. Itu yang penulis lakukan selama ini. Misalnya sempena sambutan Maulidur Rasul semalam, penulis meluangkan lebih dua hari untuk menghantar mesej selamat menyambut Maulidur Rasul dan masih ada rakan-rakan yang perlu dikirimkan perutusan.

Dalam suasana sebegini kita masih ada golongan yang berfikiran sempit, yang merosakkan segala usaha kerajaan dan dasar negara.

Sebab nila setitik, rosak susu sebelangga!

Tidak kira kaum dan agama, kita tidak harus ada golongan “Little Napoleon” yang menghina dan menyinggung kaum lain.

Bolehkah kita berubah? Saya wartawan anak bangsa Malaysia, bukannya dari India.

Advertisements

Selepas Australia, US dan kini Kanada

Speak Out for Anwar Ibrahim’s Sake
Anwar Ibrahim is a former deputy prime minister of Malaysia. After having differences of opinion with prime minister Mahathir Mohamad in 1998, he was removed from office, charged with sodomy and corruption – charges condemned worldwide as an attempt to remove him from politics – and imprisoned for six years. After his release in 2004, he became the leader of a coalition of opposition parties that is successfully challenging the ruling coalition’s power. Mr. Anwar has now been charged again with sodomy, a charge that has again been condemned worldwide.
I have known Mr. Anwar well since the period when we each served as finance ministers for our respective countries. He is deeply committed to democracy, justice and the rule of law. And I have watched with horror how he has been treated in Malaysia because of that commitment. His initial imprisonment was seen worldwide as politically motivated. Amnesty International regarded him as a prisoner of conscience, jailed for the non-violent expression of his political opinion. After his release in 2004, he redoubled his campaign, attracting thousands to his public rallies, with the result that the historic 2008 election returned an unprecedented number of opposition candidates to Parliament. He now poses a threat to the government in the next national elections, expected in 2013 – the real reason for the latest charge.
His trial, which began Feb. 2, is widely seen as not meeting international standards for a fair trial. The former Anwar political aide who is making the sodomy accusation was reportedly seen with leading ruling coalition figures prior to the filing of the charge; Mr. Anwar’s lawyers have been denied access to vital prosecution documents; and the trial has been transferred to a higher court whose judges are seen as linked to the ruling coalition’s main party. It is small wonder that Michael Danby, chair of Australia’s parliamentary subcommittee on foreign affairs, has charged that Malaysia’s legal system is being manipulated to drive Mr. Anwar out of politics. Mr. Danby has said that Asian democrats were “flabbergasted” by the charges and that “everyone in Malaysia, and everyone in the international legal community, knows that Anwar is innocent of these charges.”
The presence of so many foreign embassies attending Mr. Anwar’s show trial is a clear expression of international concern. This is an issue on which the world must speak out.
If his country is to take its place among the progressive nations of the world, it is crucial that the politically motivated charge against Mr. Anwar be dropped and that he be free to pursue his vision of a democratic Malaysia, properly respectful of human rights and international law.
Paul Martin is former prime minister of Canada.

Kastam oh Kastam,…

Mycerita@here
https://fazlizainul.wordpress.com

Dah lama aku memperhatikan perkara ini, mungkin ini baru terasa hendak menulis, itu pun berikutan tangkapan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dadah KETAMIN lebih 20 kg di Padang Besar Perlis.

Tahniah diucapkan kepada ageni berkenaan kerana kejayaan berkenaan, namun aku tertanya-tanya disebalik kejayaan yang dilakukan kastam.

Bukan nak cakap agensi lain bagus, ini Cuma pandangan kecil aku dan kenapa. KDRM memang mahir membuat tangkapan barangan penyeludupan dimana di KLIA sahaja boleh dikatakan setiap minggu ada saja tangkapan ketamin yang kebanyakkannya dibawa masuk dari India.

Tetapi dalam kes terbaru di Padang Besar, aku terpanggil dengan kebijaksanaan kastam yang menahan barangan berkenaan, dan melepaskan suspek dengan alasan barangan berkenaan bukan miliknya dan meminta kebenaran memanggil tuan barang kerana dia dikehendaki membayar cukai.

Tak kanlah pejabat kastam tak ada tel, pegawai kastam yang terlibat tak ada telefon bimbit, kalau ya pun takkanlah tak ada public phone berdekatan untuk call tuan barang.

Nak dijadikan cerita, mengikut Pengarah Kastam Negeri, suspek yang membawa barangan berkenaan melarikan diri selepas memberi tahu ingin mencari tuan barang yang dibawanya.

Itupun nasiblah ada pegawai baik hati nak ambik cukai, kalau tak 20 kg lebih tu akan terlepas ke malaysia. Kesemua dadah itu disembunyikan didalam bekas makanan tahan panas/sejuk.

Biarlah kisah itu pergi kerana aku ada satu lagi kisah yang boleh dikatakan menarik jugak,.

Sepanjang kehidupan aku sebagai wartawan jenayah, aku juga dapati Kastam yang selalu membuat rampasan terhadap barangan seludup gagal menahan pemiliknya.

Kebanyakkan mereka dikatakan melarikan diri, tetapi meninggalkan barangan berkenaan. Betul ka, kenapa agensi lain tidak.

Aku cuba membangkitkan perkara ini di FACEBOOK dan mendapat pelbagai reaksi. Apa kata anda.

Reaksi FB
Mohd Fazli Zainul Abidin
Perasan tak kenapa apabila Kastam tangkap barangan rampasan kenapa selalu suspek dikatakan melarikan diri…

Syaijatul Hazira Mohammad Rashid
selalu cam tuh..ko tahu kenaper..jawab?

Shafaiza Isha
klau semua tertangkap..nanti xder keje plak

Rashitha A. Hamid
Rasuah..

Mohd Rizal Abd Rasib
senang..tak poning kepala nak dakwa….penat pegi court

Manzaidi Mohd Amin
Sbb kalau tangkap suspek, nanti tak ada kerja nak banteras penyeludupan

Amin Jusoh
Sbb dirg sengal

Yunus Awang Mohamad
mungkin tak ada rancangan yang rapi tu, atau yang lari tu informer yang perlu dilindungi atau dijaga

Mohd Sani Said
Yang lari tu Pa’Li lah tu… Special agent kastam mmg cam tu

Salina Hassan
sbb kalau tangkap leceh kene buat report polis lg, kene masuk court lag n bla bla, baik lepas je, barang2 hambik buat bg anak bini n kengkawan.

Ahmad Syahrul Derauh
Pasal senang nak tutup kes la tu…Maleh nak turun naik mahkamah…

Sera Saheera Sardar
sebab…diorg nk kebas separuh dari barangan yg diorg rmpas 2..n nk tutup kes..snang kj diorg

Sharifah Nazirah Syed Baharuddin
no komen,hanya Allah yg tahu..

Mohd Fared Dahlan
pali : saspek kdg d antara org2 kastam gak..adakala tgkapan je dpt tp saspek ilangkan??sbb saspek nih source kastam utk maklumat n berjayanya sesuatu tgkapan..
cth d jabatan aku la.. biasa dgq rompakan bank..4 org penjenayah..3 kene tembak mati..sorg berjaya melarikan diri kan??sbb apa?sbb yg sorg tuh dia mgkin d kalangan polis atau source polis sendirik..nih mainan keja la….

Khuzairi Jaafar
pasal mls nk wat kes.. aku dh lame nmpk… mase bapak aku lom pencen lg aku dh investigate… bapak aku senang jaa ckp, kastam malas nk wat kes.. nt turun naek court.. hahaha

MFZA: Sekadar pendapat bukan niat memburukkan sesiapa.

Amerika Syarikat ambil berat tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim

MyCerita@Here
https://fazlizainul.wordpress.com

Kemanakah keadilan untuk Tebing Barat, US sibuk tentang individu. Sepatutnya mereka lebih mengambil tahu tentang Palestin. Jutaan nasib masyarakat terabai.

Orang ini yang nak mintakkan keadilan

 

Anwar Ibrahim

United States Senate Committee on Foreign Relations
WASHINGTON, DC

FOR IMMEDIATE RELEASE
February 16, 2010

Contact: Frederick Jones, Communications Director, 202-224-3468

CHAIRMAN KERRY STATEMENT ON FORMER MALAYSIAN DEPUTY PRIME MINISTER ANWAR IBRAHIM

WASHINGTON, D.C. – Senate Foreign Relations Committee Chairman John Kerry (D-MA) released the following statement today about Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim:

“I call on the government of Malaysia, and specifically on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to ensure a fair and equitable resolution of the legal proceedings currently under way against former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim.

“It has been over a decade since Anwar’s first trial, on charges that were later overturned by the Federal Court. The current charges closely mirror the ones levied years ago, and have been brought soon after Mr. Anwar’s resumption of his role as elected Member of Parliament and leader of the parliamentary opposition. I urge the Malaysian government to accord Mr. Anwar every legal protection to which he is entitled as a Member of Parliament and as a citizen – and to settle his case in a manner that builds confidence in the impartiality and credibility of the Malaysian judicial system.”

Tomeika Bowden
Deputy Press Secretary
Committee on Foreign Relations (Majority)
Tel: 202.224.3468
http://foreign.senate.gov

Apa nak kata, anak gadis kita melarikan diri bersama lelaki INDONESIA

MyCerita@here
https://fazlizainul.wordpress.com

Aku membaca dua blog ini tanpa dapat berkata apa-apa, cuma disedari hampir sebak (tak keluar air mata lagi).
Lagi kisah anak gadis kita membawa diri bersama jejaka indon.
Walau pelbagai cerita dan situasi dimainkan media berkenaan isu ini, mereka seolah olah tidak pernah mengetahui kesusahan yang bakal dihadapi kelak.
Kesian ibu bapa bakal menanggung malu dengan tindakan anak-anak.

Norlaili Afizah, 19, alamat terakhir Kampung Setia Jaya, Setapak.

Hancur musnah harapan kedua ibubapanya kerana ini.
Mungkin jodoh adik ini bersama jejaka dikenali abg Jo.

surat yang ditinggalkan

ABAH, MULAI ARI NI, PIJAH TAK BALIK RUMAH SEBAB PIJAH IKUT ABANG JO PERGI INDONESIA.
KITA KAWIN KAT SANA ABAH. ABAH KITA MINTAK MAAF ATAS PERBUATAN JAHAT KITA ABAH. KITA SEDIH SANGAT ABAH, TAPI KITA SUKA KAT ABNG JO.
DIA BAIK ABAH,KALAU KITA TAK BUAT CARA NI ABAH, TAK MUNGKIN BAGI KITA KAWIN NGAN ABANG JO. SEBAB ABAH TAK SUKA. SEBAB TU KITA BUAT MACAM NI.
ABAH AMPUNKAN KITA ABAH.KITA MINTA MAAF DARI UJUNG RAMBUT SAMPAI UJUNG KAKI YE ABAH.
ABAH JANGANLAH MARAH KAT KITA YE ABAH. ABAH KITA MINTA MAAF BANYAK2. ABAH, ABANG JO BAIK ORANGNYA,DIA TAK PERNAH WAT JAHAT KAT KITA.
DIA SLALU BAIK NGAN KITA.ABAH JANGAN RISAU NANTI 1 HARI KITA BALIK JUGA.ABAH JANGAN RISAU NANTI KAT SANE ABANG JO JAGA KITA BAIK2 ABAH, JUGA ADIK, HANGPA TOLONG JAGA MAK AYAH YE.

Boleh juga dibaca di syahrilkadir, ondscene

Gong Xi Fa Chai dan Hari Kekasih.

Tahun nie serentak dua sambutan, maksud aku CNY dan hari kekasih.
Aku tetap tidak meraikannya, bukan apa apa esk aku kerja.
Hari kekasih, masih belum tahu dengan siapa.
CNY, belum buat pilihan sedangkan ramai juga kenalan berbangsa cina.
Lagipun aku kerja esk, ini harga yang perlu dibayar sebagai wartawan.
Bulan ini juga, aku tidak lagi di crime desk, jika tidak malam ini aku akan berada di KL, bukan menyambut, tetapi memantau mereka yang menyambut.
Seperti tahun2 dahulu, banyak aktiviti yang mengorek mata sepanjang malam hari kekasih.
Namun tiga tahun itu telah berakhir, aku bukan lagi berada di crime desk.
Aku berada dirumah saja, sakit kepala fikirkan hari esok.
NAmun, crime desk tetap dihati, maklumlah mak, abah dan abg semuanya polis…