Dua lagi sahabat aku kawin

Alhamdulillah, semalam dua lagi antara sahabat baik aku bernikah.
1. Mohd Khusairy Ahmad
2. Samsul Munir Shafini

Tahniah Munir

Khusairy di pelamin

Khusairy merupakan kawan aku dari darjah lima hingga sekarang, waktu kami Sekolah Kebangsaan Padang Besar (U) Perlis.
Manakala Munir aku mengenalinya lebih kurang empat tahun semasa di Sinar Harian.
Mereka berdua perangai lebih kurang saja iaitu bila bercakap pasti nak menang dengan aku dan tak boleh kalah.
Apa pun, kami semangnya sahabat baik.
Hari ini aku nak merakamkan jutaan tahniah kepada mereka berdua.
Khusairy akan melangsungkan majlis perkahwinan di pihak lelaki pada 6 Jun 2010 di rumah keluarganya, Kampung Kastam Perlabuhan Klang, Selangor.
Munir juga mengadakan majlis pihak lelaki pada hari sama.
Malangnya aku tidak dapat menghadiri majlis mereka di pihak perempuan hari ini berikutan kekangan tugas. Aku memohon kemaafan diatas kekilafan ini.
Cuma 6 Jun 2010 nanti, aku akan meraikan Khusairy di Klang berikutan lebih kurang 10 sahabat baik aku dari Perlis akan datang.

MFZA: Moga berbahagia sahabat, masa den entah bila lagi.

Tahniah DS Abu Kassim

Abu Kassim (tengah) melihat pingat yang disematkan kepada Datuk Zaini Hassan

Kepada :
Datuk Seri Haji Abu Kassim Mohamed
Ketua Pesuruhjaya,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Blok D6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Peti Surat 6000,
62007 Putrajaya.

(No. Fax: 03-8888 9489 / 8888 9562)

Y.Bhg. Datuk Seri;

UCAPAN TAHNIAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada Y.Bhg. Datuk Seri di atas penerimaan penganugerahan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada hari semalam.

Saya dan juga rakyat Malaysia amat menaruh harapan tinggi dengan penganugerahan Darjah Kebesaran ini akan meningkatkan peranan Y.Bhg. Datuk Seri di dalam memastikan najis rasuah di dalam Negara kita dapat dihapuskan.

Saya juga mendoakan kekuatan kepada Y.Bhg. Datuk Seri serta seluruh warga SPRM bagi menjalankan tanggungjawab besar ini. Saya juga berharap Darjah Kebesaran ini sebagai pendorong Y.Bhg. Datuk Seri bagi memimpin SPRM dengan lebih cemerlang dan berjaya.

Sekian, dimaklumkan.

Saya yang benar,

SALAHUDDIN HAJI AYUB

Plan ringankan bebanan dan fokus perguruan

SELAMAT HARI GURU:
1. Bebanan Guru – Mengurangkan peringkat jawatankuasa di sekolah yang memerlukan ruangan masa panjang. Lebiih tumpukan perhatian tugas hakiki
2. Mengkaji semula peperiksaan dan ujian yang membeban guru, elakkan sistem persekolahan orientasikan peperiksaan.
3. Kurangkan tugas-tugas pekeranian, fokus tugas hakiki. Ada garis panduan tugas secepat mungkin.
4. Kursus-kursus penting diperingkat kementerian, PPD, JPN agar semua kena dan dibahagikan
5. Laluan Kerjaya, pelbagai LKPPP kenaikan pangkat siswasah dan bukan siswazah dalam pelbagai kategori
6. Kenaikan pangkat secara time base dan pendidikan bagi yang penuhi syarat-syaratnya.
7. Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru yang Berjaya melonjakkan nama dan pencapaian sekolah akan menerima ganjaran kewangan.
8. Kementerian menimbang insentif kenaikan pangkat secara kecemerlangan.
9. Penempatan – system permantauan cekap dan adil. Tempoh perkhidmatan yang terlalu lama di pedalaman juga diberi peluang mengajar dibandar.


-palie

SELAMAT HARI GURU

membakar diri menerangi orang lain, terima kasih cikgu
Cikgu,
Kejayaan aku hari ini adalah kejayaan kita bersama yang sepatutnya dikongsi bersama ibu dan ayah.
Tanpa didikan dan usaha keras mu dulu, aku tidak akan sebegini.

Cikgu,
Walaupun satu ketika pernah aku menidakkan kamu, seribu kemaafan aku pohonkan kerana ketika itu aku inginkan kebebasan.
Langsung tidak mengambil berat pesanan mu itu.

Cikgu,
Kamu tidak pernah jemu mendidik,
Kamu tidak melupakan tanggung jawab yang diamanahkan kerajaan,
Kamu tidak pernah jemu dengan telatah murid mu,
Sesungguhnya DIA akan membalas jasamu.

Cikgu,
PEpatah ada menyebut, melentur buluh dari rebungnya,
Guru Ibarat Lilin MEnerangi Orang Lain,
Semua itu kamu pegang tanpa bagai bicara,
Matlamat kamu hanyalah memberikan didikan kepada kami.

Terima Kasih CIKGU….