Wanita parah di bahagian sulit akibat ditoreh suami

Apa nak jadi dengan dunia hari ini. Isteri sendiri dipelakukan sedemikian rupa.

MELAKA: Seorang wanita parah di bahagian sulit akibat ditoreh suaminya yang mendakwa mendengar “bisikan suara halus jin” kononnya isteri beliau menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam di rumah mereka di Bertam Ulu, mangsa yang juga seorang jururawat berusia dalam 30an sedang memasak hidangan tengah hari untuk keluarganya.

Katanya, suami wanita berkenaan yang juga seorang anggota tentera dan berusia awal 40an, dipercayai memeluk mangsa secara tiba-tiba dari belakang sebelum menoreh kemaluan wanita itu dengan sebilah pisau.

“Wanita berkenaan yang dalam keadaan cedera terus menghubungi Hospital Melaka bagi mendapat bantuan. Pada masa sama, suaminya cuba membantu tetapi ditepis wanita berkenaan kerana bimbang dicederakan lagi,” katanya di sini hari ini.

Mohd Adnan berkata, sejurus menerima maklumat kejadian itu, sepasukan anggota polis dikejarkan ke rumah pasangan berkenaan dan menahan lelaki terbabit.

Katanya, lelaki terbabit yang menyerah diri secara sukarela dalam keadaan keadaan murung dan meracau-racau.

“Malah dia juga mengaku melakukan perbuatan itu sambil menunjukkan pisau yang digunakan mencederakan isterinya itu,” katanya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s