SURAT TERBUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Mycerita@here

Daripada,

MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN,
Rakyat Malaysia Marhain,



Kepada,

Semua Rakyat Malaysia,

Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk dan Rakyat Jelata.



Per: Jangan tengok sebelah pihak

Saya seperti nama diatas menarik perhatian semua rakyat Malaysia agar meneliti kes kematian adik Aminulrashid Amzah tanpa menyalahkan sebelah pihak.

2. Dalam kes ini, biarlah panel khas yang dilantik KDN terlebih dahulu menyiasat perkara ini sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan. Ini kerana semua pihak akan selalu mengambil kesempatan atas kesalahan polis.

3. Sikap inilah yang akan mencetuskan lebih kontroversi dan spekulasi terhadap masyarakat apabila pelbagai pihak termasuk peguam mendedahkan bukti kepada umum sebelum perbicaraan di mahkamah.

4. Suka saya menarik perhatian umum dengan kes ini dan mengajak masyarakat mengimbas kembali kejadian. Ini bertujuan mengimbangi fahaman masyarakat, walaupun pada hakikatnya memang kita merasakan polis telah salah gunakan kuasa dan senjata api (belum dibuktikan).

5. Kenapa pada masa ini hanya polis dipersalahkan sedangkan kita tidak pernah meneliti sebaik mungkin bagaimana dengan kejadian itu. Sedarkah kita jam dan waktu kejadian. Umur mangsa dan kelakuan mangsa.

6. Saya mengajak sekali lagi masyarakat berfikir bagaimana seorang remaja yang berumur 15 tahun boleh memandu kereta dan berada diluar rumah pada jam lebih 12 malam. Sedangkan had umur mengambil lesen motosikal adalah 16 tahun dan motokar 17 tahun. Mangsa telah memandu di usia 15 tahun, seperti ada yang tidak kena tetapi kesalahan polis yang dipersoalkan.

7. Dari segi logik akal, sememangnya polis bersalah kerana seolah-olah menggunakan kuasanya, tetapi kenapa perkara ini tidak dibangkitkan. Banyak pihak tampil dan mengambil kesempatan.

8. Bagaimanapun polis yang telah malakukan kesilapan besar apabila melepaskan tembakan rambang dan terkena bahagian belakang mangsa. Sedangkan polis dalam usaha memberhentikan kenderaan mangsa dengan melepaskan tembakan pada bahagian kenderaan.

9. Saya merasakan faktor ini perlu diambil kira juga dan bukan membuat tuduhan melulu terhadap polis. Jika benar bersalah, polis berkenaan akan dihadapkan di Mahkamah. Biar pihak berkenaan membuat keputusan terdahulu sebelum disimpulkan ahli politik.

Sehubungan itu, saya menyeru agar masyarakat mengambil kira perkara ini dan jangan mudah terpedaya dengan agenda tertentu.

Sekian.
Terima Kasih.



Yang Benar



-palie-
(MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s