Akhbar di tegur

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati bahawa terdapat beberapa akhbar harian dan tabloid yang tidak mematuhi syarat permit, garis panduan penerbitan yang ditetapkan atau peruntukan yang terdapat di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab. Samad berkata KDN telah mengeluarkan sebanyak 43 surat teguran kepada akhbar harian pada 2009 manakala 10 surat teguran telah dikeluarkan pada 2010.

Bagi akhbar tabloid pula, Kementerian ini telah mengeluarkan sebanyak 19 teguran pada 2009 hingga bulan Mei 2010. Bagi tempoh yang sama, KDN telah mengeluarkan sebanyak enam surat teguran dan satu surat tunjuk sebab kepada surat berita parti politik.

“Mengikut Seksyen 7 (1), AMCP 1984, apa-apa hasil penerbitan tidak boleh mengandungi perkara-perkara yang memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara,” katanya.

Apa-apa hasil penerbitan juga dilarang menyiarkan berita tidak benar dan jika ini dilanggar maka ia bertentangan dengan Seksyen 8A AMCP 1984, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zaitun berkata surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada penerbitan Suara Keadilan pada 28 Jun 2010 kerana telah menyiarkan berita yang menggemparkan fikiran orang ramai dan ini telah melanggar Seksyen 7 (1), AMCP 1984.

Menurutnya berdasarkan pemerhatian, didapati beberapa penerbitan tabloid juga telah melanggar syarat-syarat permit khasnya bagi syarat-syarat berikut:

* Lapan salinan tiap-tiap keluaran dan edisi akhbar hendaklah dihantar kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak.

* Selain itu, format akhbar hendaklah mematuhi contoh yang telah diserahkan bersama dengan permohonan bagi permit ini.

* Akhbar itu hendaklah tidak menerbitkan apa-apa bahan, fotograf, artikel atau perkara lain yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, perhubungan dengan negara atau kerajaan asing, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.

“Akhbar itu hendaklah tidak dengan apa-apa cara salah nyata fakta-fakta berhubungan dengan kejadian-kejadian ketenteraman awam dan keselamatan yang berlaku di Malaysia,” katanya.

Bagi penerbitan surat berita parti politik, syarat-syarat berikut juga hendaklah dipatuhi iaitu pengedaran hendaklah dihadkan kepada anggota parti sahaja dan pengedaran dan penjualan hanya dibenarkan kepada anggota parti di pejabat urusan dan markas parti sahaja. – BERNAMA

Advertisements

Tamatlah riwayat Penjara Pudu, demi pembangunan.

sempat jugak aku ambil gambar pandangan atas penjara pudu


Tiba detik 10 malam ini, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter (m) dan sepanjang 394m yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.

Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak tidak bererti lagi.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800-an).

Namum begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.

Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Salah satu bahagian penjara yang banyak melakarkan cerita misteri ialah di Blok D yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung yang menyaksikan 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ dari tahun 1960 hingga 1993.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri.

Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.

Ekoran itu pada 1996 setelah 100 tahun menabur bakti, Penjara Pudu ditutup dan digantikan dengan Penjara Sungai Buluh, Selangor, 36km dari bandaraya Kuala Lumpur. – BERNAMA

Selamat Hari Bapa, ABAH,….

Malam nie kepala aku agak berat, nak tidor tak boleh.
Aku pun tak faham kenapa, macam ada sesuatu yang tidak kena saja.
Kerja di opis semua dh beres tapi rasa tak lengkap ja hidup.
Pikiaq-punya pikiaq baru lah tau, aku masih belum mengarang sesuatu buat abah.
Hari ini hari bapa yang disambut seluruh dunia, cuma pagi tadi aku sempat mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ABAH.
Serangkap ringkas.
Media dan FB banyak memperkatakan menghargai BAPA selagi masih ada.
Bagi aku abah dan mak adalah segalanya.
Sebenarnya dalam mengeluarkan pendapat, aku sering seteru dengan abah, sebaliknya abang ngan adik sependapat.
Pendapat kami sememangnya berbeza, ada saja yang tidak kena.
Contohnya, hobi abah membela burung-burung, ini disokong abang dan adik.
AKu langsung tidak menyukainya, apa yang abah buat berkenaan burung, pasti mendapat tentang dari aku.
Apaun, abah langsung tidak pernah mengambil hati. Itulah abah.
Kini abah telah berusia 53 tahun, berbaki 5 tahun lagi dalam perkhidmatan polis.
Bagaimanapun aku melihat kini, abah menggambarkan tidak akan melanjutkan perkhidmatannya dan akan menamatkan perkhidmatannya.
Itu kami sekeluarga tidak kisah, kerana telah lebih 30 tahun abah dan mak mencurahkan bakti kepada nusa.

abah dan mak