Perniagaan Online.

Sehingga menulis entry ini, aku masih belum mampu mempercayi perniagaan online mampu berjaya.
Walaupun telah terbukti dngan beberapa nama besar seperti Irfan Bakti, namun entah aku sukar.
Sering bermain difikiran ialah;
1. Siapa yang akan beli?
2. Siapa nak tengok produk kita?
3. Bagaimana kepercayaan itu?
4. Bagaimana pasarannya?
5. Macam-macam lagi aku sedang fikirkan.
Apa pun kepada mereka yang sedang menjalankannya, selamat maju jaya dengan usaha anda.
Entry aku kali ini kerana selapas terdapat seorang usahawan di London yang memasarkan produknya di London kepada rakyat negara kita.
Beliau juga rakan kepada kakak angkat aku, Kak Dini, wanita yang dikenali di http://fashies.blogspot.com/ aktif memasarkan handbag.
Sungguh murah aku melihatnya, harga lebih separuh murah dari pasaran negara ini.

Minyak: Siapa bercakap benar

Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak

“Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya”.
– Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Yassin Senario positif lagi??

Yassin dalam satu lakonan filem sebelum ini


Yassin B Yahya, bekas ahli kumpulan Senario di tahan Polis jam 0100 pagi tadi, dalam satu pemeriksaan Polis di sebuah pusat hiburan, di Sunway Pyramid, Subang Jaya.
30 orang pengunjung pusat hiburan ini telah di buat ujian saringan dadah oleh Bahagian Narkotik Subang Jaya dan 3 orang lelaki termasuk Yassin telah di dapati positif Dadah. Urin Yassin didapati Positif mengandungi dadah THC (ganja) manakala 2 orang lagi, seorang bekerja sebagai pengurus artis dan seorang lagi peniaga, positif dadah Ketamine.
Polis akan memohon untuk mereman mereka hari ini.
– Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar

Pelancaran FB SPRM

FB SPRM


FACEBOOK SPRM…
Suruhanjaya Pencegahan Pencegahan Rasuah (SPRM) melancarkan laman sosialnya bagi memberikan maklumat pantas dan tepat kepada masyarakat seiring lonjakan teknologi kini. Laman ini diharapkan dapat menangkis tohmahan pelbagai pihak terhadapnya dalam usaha meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Sutinah Sutan melancarkannya di Shah Alam, malam tadi. Foto: MIZAN MAT TAMIN

Apabila mufti dicaci dan dihina

HARUSSANI ZAKARIADari semalam lagi aku terdengar apabila penolong editor edisi utara memaklumkan aku bahawa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilabelkan perlbagai dalam laman blog.

“Palie, reporter akak di Penang ada story Harussani dicaci, kalau palie nak follow up boleh lah,” katanya.

Aku pun melaporkan kepada abg jebong selaku editor edisi aku dan beliau menyarankan beberapa perkara.

Hari ini aku sedih melihat laporan akhbar, orang yang di kira ULAMA dilabel dengan pelbagai, sedangkan beliau bersuara dalam menyatukan perpaduan MELAYU yang melangkaui batasan POLITIK.

Namun ada orang yang tidak puas hati mengenainya dan menyarankan beliau menyertai politik.

Ada saja yang tidak kena dengan tindakan beliau.

Aku bukan mahu mengulas panjang perkara ini, tetapi sebagai seorang yang perlu berubah kearah kebaikan setiap tindakan aku terlalu sedih dengan situasi ini. Aku hampir menitiskan air mata dengan perkara yang berlaku hari ini. Aku perlu melakukan sesuatu. Apabila ULAMA boleh dicerca dan dihina, siapa lagi yang kita akan rujuk.

Ikuti laporan SInar Harian, 25 Julai 2010, muka surat N2.

Cacian tidak halang Harussani ajak umat Islam bersatu
PULAU PINANG – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tidak kisah dihina dengan pelbagai gelaran mengaibkan sperti disiarkan beberapa laman blog demi menunaikan amanahnya mengajak umat Islam bersatu.
“Saya tidak kisah walaupun ada beberapa laman blog yang menghina saya menggunakan kata-kata kesat seperti ‘haramsani’ dan ‘haram jadah’.
“Terpulang kepada mereka untuk menilai sedangkan sudah termaktub dalam al-Quran bahawa mencaci, memaki dan menghina orang lain adalah berdosa. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Sekolah Kebangsaan Pulau Betong, malam kelmarin.
Program yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Hilmi Yahaya dengan kerjasama Pusat Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Anak-anak Kariah Pulau Betong itu dihadiri kira-kira 3,000 penduduk.
Harussani berkata, tindakan yang dilakukan adalah berdasarkan tanggungjawabnya sebagai mufti yang diamanahkan untuk menjaga akhlak dan akidah umat Islam dan menyifatkan tentangan yang dihadapinya umpama letupan bom yang dahsyat.
Menurutnya, pemimpin kini lebih mementingkan keutamaan parti tanpa mengamalkan suruhan agama yang menekankan konsep bersatu-padu sesama umat.
“Saranan yang diberikan untuk mengajak kedua-dua belah pihak mengadakan pertemuan bukannya untuk menyuruh mereka bersatu dari segi politik, sebaliknya untuk menyahut tuntutan agama yang mewajibkan umatnya agar sentiasa bersatu-padu,” katanya.