Kenapa Bala dan RPK masih bebas.

RPK dan PI Balasubramaniam

Sakit hati apabila melihat gambar ini, orang yang paling dikehendaki pihak berkuasa negara masih bebas dan bersukaria di negara orang.
Bukan calang-calang negara, LONDON beb, kalau LOMBOK ok jugak.
Aku rasa semua orang kenal mereka.

Disini, Aku bagi sikit background kenapa depa nie larikan diri ke luar negara.

1. Si Botak sebelah kiri, Raja Petra Kamaruddin menghilangkan diri selepas mahkamah mengeluarkan dua waran tangkap kepadanya kerana gagal hadir ke mahkamah selepas didakwa menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor.
2. Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam, juga menghilangkan diri selepas gagal menjelaskan dua perakuan sumpah berbeza yang dibuatnya pada tahun 2008 berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam masa sama, RPK ini lebih tidak bertanggungjawab kerana sering mengkritik kerajaan dari luar negara menggunakan blognya, Malaysia Today.
Tanpa bersalah memperkatakan sesuatu, tetapi beliau sendiri melarikan diri. Hanya menimbulkan polimik.
Kerajaan menuduh kedua mereka ditaja oleh Pakatan Rakyat, bagaimanapun dinafikan oleh Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dengan mendesak kerajaan mendedahkan. Mustahillah Pak Syed tak tau kan, semua pemimpin PR ada dalam satu majlis di London baru-baru ini.
Pelikkan PR ini, katanya tak tahu, tapi alih-alih jumpa dalam pelancaran Sayap Pakatan Rakyat Luar Negara bersama pelajar kita.
Muka-muka yang menghadiri, Dr Hatta Ramli, Nurul Izzah Anwar dan Zaid Ibrahim.
Walaupun bebas dan mewah di negara dikenali London, namun mereka diibarat sebagai pelarian kerana tiada dokumen perjalanan.
Kalau ada pun dah tamat tempohnya beb.
Inilah parti yang berdolak-dalih, tapi entahlah dunia politik hari ini.
Semua terpaksa melakukan sesuatu.

lorgh, minah nie pun ada jugak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s