Pengadil final Piala Dunia gagal kawal anak sendiri – isteri

Howard Webb

JOHANNESBURG 10 Julai – Isteri pengadil perlawanan akhir Piala Dunia, Howard Webb tidak tahu bagaimana suaminya boleh menjadi pengadil bola sepak sedangkan beliau sendiri gagal mengawal anak-anaknya.

“Saya tidak tahu bagaimana dia melakukannya. Dia sendiri tidak dapat mengawal anak-anaknya. Saya tidak tahu bagaimana dia mengadili permainan bola sepak,” kata Kay, isteri pengadil berbangsa Inggeris itu kepada GMTV semalam.

Pasangan itu mempunyai tiga anak berusia antara tiga hingga lapan tahun. Webb, 38, menjadi orang Inggeris pertama yang mengadili perlawanan akhir Piala Dunia selepas Jack Taylor pada 1974.

Beliau akan mengadili perlawanan antara Belanda dan Sepanyol di Soccer City Ahad ini (Isnin pagi). Webb akan dibantu oleh Britons Darren Cann dan Michael Mullarkey selaku penjaga garisan. – Reuters

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s