aku dan nasi padang

lauk lebih ya ibuk

Nasi padang, sudah lama aku dengar mengenainya, namun tidak pernah merasainya. Kenapa dipanggil nasi padang adakah berasal dari Padang, Indonesia atau kenapa ya? Aku akan mengkaji berkenaan nasi padang selepas ini, tunggu entry terbaru ya.

Tetapi bagi bekas pelajar UPM, nasi padang lain pula, sebenarnya kami bekas pelajar memang gemar nasi padang dan terkenal siapa yang menjadi pelajarnya. Bukan sahaja murah, tetapi nasi padang dikenali kerana lokasinya yang terletak ditepi sebuah padang kecik di kawasan Sri Serdang. Itulah nasi padang yang kami kenali.

Sebenarnya entry kali ini lain sikit, aku diperkenalkan nasi padang oleh seorang sahabat aku, Dzofeer di Keramat awal tahun lalu. Aku makan, tak lah menarik sangat, melainkan tempe goreng yang aku suka makan.

Sewaktu aku bercuti ke Bali baru-baru ini, barulah tau nikmatnya keenakkan nasi padang, pergh tak terkata pantang behenti makan ja, nasi padang dijadikan menu pilihan.

Menarik cara makannya, kita boleh menikmati secara hidang dan longgok. Bestnya bidang bukan apa, dia akan sajikan kita segala jenis lauk yang ada dalam almarninya itu. Kalau kita tak minat untuk makan jangan sesekali menyentuhnya, kerana akan dikenakan charge. Kalau tak sentuh boleh return semula.

MFZA: Bilalah aku nak boleh makan lagi nasi padang, pekena dengan tea botol.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s