Diluar Lingkungan

mesra depa, nak lompat juga ka

BEZA FAHAMAN…Kehadiran bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fazir di Majlis Berbuka Puasa Anak Kedah di Perantauan bersama Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak menjadi persoalan, bagaimanapun kedua pemimpin ini enggan mengulas lanjut hubungan mereka. Majlis yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menarik kehadiran lebih 1000 pengunjung.

Advertisements

Sayang sewaktu masih ada.

Kadang kala kita sering mengabaikan kedua ibubapa yang berada dikampung halaman. MUngkin budaya kita kot hanya merasai kehadirannya selepas ia tiada.

Itu yang kerap kali berlaku di MALAYSIA, baik kerajaan ataupun perseorangan dan aku percaya sebahagian besar daripada kita menghargai ibubapa.

Hati aku terdetik menulis entry kali ini selepas otak aku ligat memikirkan beberapa bait perkataan beberapa rakan di laman FB.

Suka aku memetik dua sahabat aku yang namanya wajar aku rahsiakan. Lebih kurang begini bunyinya.

1. Aku hanya sempat bersama ayah 2 tahun dan baki hidup 25 tahun aku, dibesarkan oleh seorang ibu.

2. 14 tahun hidup bersama emak masih belum rasa puas dan aku dibesarkan dengan kasih sayang seorang ayah. paling sedih ‘dia’ pernah menyatakan kepada aku kenapa selalu diam apabila menyebut makanan yang dimasak oleh emak ketika pulang ke kampung. ‘Dia’ akan makan masakan yang ayahnya mintak dia masak. begitulah hari ini selepas 12 tahun tanpa emak.

sayang selagi masih ada

Mengimbas kisah ini lah yang membuatkan hati aku berkata perlu lakukan sesuatu.

Sungguhpun aku bukanlah seorang anak yang baik, namun sekurang-kurangnya baki yang ada kita hendaklah memperbaiki kekesalahan lampau kita.

Begitulah juga kerajaan, sering terlupa bekas pemimpin dan orang penting yang pernah berjasa kepada Negara, namun apabila tiada barulah terhegeh-hegeh membantu keluarganya dan membina sesuatu.

Semalam, hari ini dan esok.

tempat berkumpul aku dan kawan2 sambil jual diesel pada siam, kisah dua tahun dulu.

Tiga perkara ini amat berkait rapat dengan kehidupan kita. Semalam adalah kenangan, hari ini pelajaran dan esok merupakan penentuan.

Ini yang membuat aku menjadi seorang anak kepada kedua ibubapa, insan kepada diri sendiri dan masyarakat kepada negara.

Apa yang berlaku dahulu hendaklah dijadikan sebagai kenangan. Pahit dan manis perkara kedua, yang penting ia dijadikan pengajaran untuk hari ini.

Manakala kejadian hari ini adalah pengajaran dan panduan untuk masa depan. Aku yakin dengan setiap keputusan yang telah aku lakukan. Ianya untuk kebaikan diri aku, keluarga dan negara. Walaupun tinggi impian aku, insyaallah aku mampu laksanakannya.

Dan esoknya adalah penentuan daripada pengalaman dan pengajaran.

Susah senang hari ini, untuk kejayaan dan kemudahan masa depan.

Hampir enam tahun aku diperantauan, banyak erti kehidupan yang aku perolehi. Alhamdulillah kejayaan hari ini merupakan kesengsaraan dan usaha selama ini.

Pahit manis pengalaman adalah warna warni kehidupan, org tua pernah berkata peluang hanya datang sekali, tetapi ALLAH punya kuasa, siapa yang tahu.

penaja lokasi

DIA yang tentukannya, jadi kita usaha dan berserah kepadanya sahaja.

MFZA: Tidak menyesal dengan apa yang berlaku, anggap sebagai warna kehidupan walau kadang kala terlalu pahit ditelan.

Malaysia Negaraku, hanya RM2

orang ramai beratur menunjukkan MyKad dan membuat bayaran

Hari ini aku berbuka puasa dengan berbelanja RM2 sahaja, percaya tak, betol lah RM2 aku dapat menikmati nasi putih, ayam masak merah, sayur petola masak air dan air sirap serta nescafe 3 in 1.
Tapi buka posa tadi Muaz yang belanja, tq bro.
Kiranya aku berbuka free lah tadi.
Kelebihan restoren ini, makan sampai lebam, itulah kelebihan Restoren Malaysia Negaraku.
AKu puji pemiliknya yang membuktikan rakyat negara ini mampu makan dengan hanya RM2.
NAk mendapatkan servicenya muda saja, buktikan anda warga negara Malaysia dengan mengemukakan MyKad sahaja dan bayar. Semudah itu.
TAk percaya, datanglah ke Seksyen 7 Shah Alam, terletak bersebelahan dengan BAlai Plis Seksyen 7, di kawasan Pusat Komersial.
Kesempatan aku tadi melihat, ramai pelajar yang tidak melepaskan peluang menikmati makanan murah yang berkualiti.
LEbih menarik konsep yang diperkenalkan mengajar kita kepada budaya MELAYU yang mementingkan kebersihan dan kerjasama.

pandangan luar restoren itu

Kenapa aku katakan begitu, manakan tidak makanan disediakan dalam tray besi seperti hospital, selepas makan kita kena basuh sendiri bagi kegunaan orang lain.
Tidak ke bagus hal itu, budaya kita yang mementingkan kebersihan dan tanggungjawab.
MAna nak cari, air nescafe panas pula kena buat sendiri, makanan pula boleh makan bertambah-tambah.
Student memang suka sangat, malahan penyusunan meja pun seperti kantin sekolah, dengan kerusi panjangnya, teringat aku masa dok ponteng sekolah sembunyi bawah meja dulu, hehee..
Nway, konsepnya memang menarik dan kita mendoakan agar ia kekal dan dapat berbakti kepada masyarakat.
Ketika aku menulis ntry ini, jam menunjukkan 11.44 malam, namun perut aku masih kenyang dengan santapan berbuka tadi.

Terawih datang lagi.

masjid wilayah persekutuan

Setiap kali terawih, pasti aku teringat kisah kanak-kanak, masa inilah yang paling best sekali bagi seseorang itu sebelum menempuh alam remaja dan dewasa.

Paling tidak dapat dilupakan masa moreh yang merupakan acara wajib bagi seseorang itu apabila habis menunaikan ibadat sunat.

Seperti biasa, geng budak2 nie akan makan sepuas-puasnya, maklumlah keesokaannya akan berpuasa.

Bagi aku dan beberapa kengkawan lain, kami akan memilih menu terbaik antara masjid dan surau berdekatan.

Kalau masjid sedap, masjid dijadikan pilihannya, begitulah sebaliknya.

Malahan jika dua-duanya sedap, kami serbu dua-dua lokasi, yang bestnya bukan surau buat 8 rakaat, manakala masjid 20, jadi pilihan kami ada.

Itu kisah dulu2, la nie masing2 membawa haluan masing-masing dan ada juga yang bersama. Apapun amal ibadat ini adalah dari diri kita sendiri mahu atau tidak, begitulah sebaliknya.

Jinak-jinak Merpati

jinak-jinak merpati, bila dekat lari

Sebut merpati, teringat aku kepada hobi abah 18 tahun dahulu, memang suka bela burung ini.

Tetapi selepas burung merpati abah yang sering dimakan ular, abah mengambil keputusan merobohkan semua rebannya yang mampu menampung lebih 20 ekor merpati.

Putih, Biru, Coklat, pelbagai warna ada, paling aku suka apabila masa bagi makan, penuh dikaki bila dia nampak dedak.

Selepas reban abah dirobohkan, hingga beberapa tahun burung-burung itu masih lagi berada dikawasan rumah.

Malam ja, pasti akan berbunyi, kadangkala menggerunkan jugak.
Tapi semua lumrah, ada aku kesah, hahaa…

Jinak-jinak merpati, apabila jauh dia dekat, apabila didekati dia lari.

MFZA: Manusia dan merpati dua perkara berbeza.

Ulama Muda dan aku

antara mereka yang menyertai UMNO dan digelar ULAMA MUDA


Lawatan Ulama Muda UMNO, aku tidak melepaskan peluang bergambar.
Sebenarnya bergambar perkara kedua, yang penting aku dapat tahu yang tersurat dan tersirat.
Aku suka tersirat, apa yang diperkatakan dalam lawatan secara peribadi akan aku simpankan dalam hati, insyaallah.
Semoga kemasukan mereka didalam UMNO akan membuatkan parti keramat melayu ini terus mendapat tempat dihati masyarakat.