Malaysia Negaraku, hanya RM2

orang ramai beratur menunjukkan MyKad dan membuat bayaran

Hari ini aku berbuka puasa dengan berbelanja RM2 sahaja, percaya tak, betol lah RM2 aku dapat menikmati nasi putih, ayam masak merah, sayur petola masak air dan air sirap serta nescafe 3 in 1.
Tapi buka posa tadi Muaz yang belanja, tq bro.
Kiranya aku berbuka free lah tadi.
Kelebihan restoren ini, makan sampai lebam, itulah kelebihan Restoren Malaysia Negaraku.
AKu puji pemiliknya yang membuktikan rakyat negara ini mampu makan dengan hanya RM2.
NAk mendapatkan servicenya muda saja, buktikan anda warga negara Malaysia dengan mengemukakan MyKad sahaja dan bayar. Semudah itu.
TAk percaya, datanglah ke Seksyen 7 Shah Alam, terletak bersebelahan dengan BAlai Plis Seksyen 7, di kawasan Pusat Komersial.
Kesempatan aku tadi melihat, ramai pelajar yang tidak melepaskan peluang menikmati makanan murah yang berkualiti.
LEbih menarik konsep yang diperkenalkan mengajar kita kepada budaya MELAYU yang mementingkan kebersihan dan kerjasama.

pandangan luar restoren itu

Kenapa aku katakan begitu, manakan tidak makanan disediakan dalam tray besi seperti hospital, selepas makan kita kena basuh sendiri bagi kegunaan orang lain.
Tidak ke bagus hal itu, budaya kita yang mementingkan kebersihan dan tanggungjawab.
MAna nak cari, air nescafe panas pula kena buat sendiri, makanan pula boleh makan bertambah-tambah.
Student memang suka sangat, malahan penyusunan meja pun seperti kantin sekolah, dengan kerusi panjangnya, teringat aku masa dok ponteng sekolah sembunyi bawah meja dulu, hehee..
Nway, konsepnya memang menarik dan kita mendoakan agar ia kekal dan dapat berbakti kepada masyarakat.
Ketika aku menulis ntry ini, jam menunjukkan 11.44 malam, namun perut aku masih kenyang dengan santapan berbuka tadi.

Advertisements

2 thoughts on “Malaysia Negaraku, hanya RM2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s