Persoalan yang tidak terjawab

apa yang perlu dilakukan

Persoalan terus bermain sama ada ok atau sebaliknya.
Sukar menjawab dan meneka apakah kesudahannya.
Apapun kebenaran dan keburukan ada sebabnya.
Kenapa?
Bagaimana?
Siapa?
Kenapa?
Apa aku tulis nie, pok cik poning,…..

Advertisements

Perginya jutawan Melayu tanpa kubur.

peguam yang bergelar datuk

Tidak dapat bayangkan kita apabila kematian ahli keluarga tanpa sebarang kubur, bagaimana apabila mahu menziarahi pusara.
Itulah yang dihadapi keluarga jutawan kosmetik, datuk sosilawati lawiya bersam tiga individu lain.Bayangkan ujian Allah yang diberikan kepada enam beradik ini dan keluarga tiga lain.
Difahamkan kejadian ini di “master mind”  oleh seorang peguam yang dikatakan bergelar datuk. Sebelum itu, aku nak ceritakan sedikit bagaimana aku tau kes ini.Berita kehilangan sosilawati sebenarnya diketahui aku selepas empat hari kehilangannya, bagaimanapun tiada sebarang pengesahan oleh pihak polis.
Tunggu punya tunggu akhirnya hal ini dibau oleh orang lain juga, resam wartawan.SMS penemuannya dikatakan diketahui pada hari terakhir puasa, polis menghidu perbuatan mereka dan mengesan lokasi selepas menangkap lima pekerja datuk keparat itu.
Kemudiannya diikuti dengan penahanan peguam itu dan adiknya, dua hari kemudian sebelum diikuti oleh seorang lagi remaja berusia 19 tahun.
Kejam, memang kejam, tidak meninggalkan kesan langsung mereka ini membunuh mangsa.
Selepas dipercayai memukul, membunuh, membakar dan membuang kesemua abu mayat ke dalam sungai kelanang.
Ini kes ketiga terbesar dan berprofil tinggi yang menggemparkan negara selepas pembunuhan datuk Mazlan Idris di Pahang yang mayatnya di tetak belas-belas.
Kemudiannya, kes altantuya, wanita dikatakan warga monggolia diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam.Itu kisah mereka tapi aku nak ceritakan kisah malang sosilawati.
Benar Allah ada berfirman, semua benda didunia adalah pinjaman, begitulah harta dan juga ibu bapa. tiba masanya beliau akan menarik balik perkara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (kanan) ketika sidang media berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya, di ibu pejabat polis Daerah Kuala Langat di sini hari ini.

-behind the siene-
1. Sosilawati memang seorang yang pemurah, sentiasa bersedekah kepada surau.
2. Kerana kebaikkannya, beliau sering ditipu
3. Pernah ditipu beberapa kali
4. Wartawan dilarang memasuki kawasan pembunuhannya.
5. Mayat dikerjakan kejam, pukul, bunuh, bakar dan abunya dibuang dalam sungai.
6. Sebelum ini ada kehilangan empat individu, juga ada kaitan dengan kes ini (MO) sama.
7. Perkampungan media dari jam 1 pagi, 12 September 2010 hingga lah kes selesai.
8. Motif dipercayai tipu urusan jual tanah dan suspek tidak puas hati.
9. Suspek merancang dengan teliti pembunuhannya dengan meletakkan tiga kenderaan mereka di Subang Jaya.

Musa Hassan, perginya wira polis

Musa Hassan dan Hishammuddin Tun Hussien


Hari ini Tan Sri Musa Hassan bukan sebagai Ketua Polis Negara yang menjawat jawata terakhirnya Inspektor General Polis (IGP).
Apakah yang dilakukannya ya, mesti rasakan diri sebagi seorang polis, maklumlah 41 tahun dalam bidang kepolisan dan empat tahun mengepalai agensi penguatkuasaan negara.

Ramai yang mengetahui kisah sebenar Musa Hassan selepas laporan media dikeluarkan, sebaliknya aku cuba menceritakan disebaliknya beliau. Sepanjang tiga tahun dalam dunia wartawan, sempat jugalah aku mengenali sedikit sebanyak beliau.
1. Seorang perokok tegar, kalau bersembang ja, mesti ada rokok ditangan, hinggakan sekiranya nak bergambar rokok terpaksa disembunyikan.
2. Mudah mesra dengan media.
3. Akan hubungi semula media apabila ditinggalkan mesej bagi menjawab persoalan.
4. Pernah disiasat dikatakan kes melibatkan kongsi gelap di Johor
5. Sentiasa menerima kritikan keras daripada politik kerana sentiasa berkeras menggunakan akta polis dalam menyelesaikan masalah.
6. Dikatakan tidak sebulu dengan KDN, KDN dikatakan selalu mencampuri tugasan polis.
7. Seorang yang suka berterus terang dalam mengendalikan kes.
8. Tekanan daripada SUHAKAM dalam beberapa isu.
9. Dikritik hebat sehingga hari ini apabila menjadi pegawai penyiasat ke LIWAT bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 1998 (Allah, Musa dan DSAI tahu perkara sebenar, sebab itu pembangkang begitu marah dengan beliau).
10. Pernah dituduh rumahnya diserbu SPRM dan menemui RM++juta, bagaimanapun disangkal sama sekali SPRM dan beliau.
11. Sering menggunakan perkataan “don`t speculate” dalam sidang media apabila diprovokasi media.
12. Seorang yang cukup cool dan tidak mudah melatah.
13. Banyak lagi yang akan aku updatekan lagi.

p/s: ketika menulis entry aku sedang mencari gambar aku dan beliau yang entah dimana.

Salam Kemerdekaan ke 53

megah diangkasa

Setiap tahun, aku tidak pernah melupakan sambutan hari kemerdekaan, tetapi tahun ini aku agak kecewanya kerana penghayatan aku amat kurang sekali.
Tanpa aku sedari, hari ini TV dirumah aku memaparkan lintas langsung hari kebangsaan di Stadium Putra Bukit Jalil. Dalam kekalutan yang dicipta, aku langsung tidak menjeling ke arah TV itu.
Bila tgh drive ke office, barulah aku sedar yang Malaysia kini telah 53 tahun mengecap kemerdekaan melalui meja rundingan di London.
Walaupun merdeka di atas kertas, kita masih lagi dijajah didalam banyak perkara yang terkini adalah budayanya.
Ini lah yang perlu dihadapi bangsa ku hari ini, jika masih tidak menyedari, nilai kemerdekaan akan hilang entah kemana lagi.
Apa akan berlaku kepada anak-anak dan cucu-cucu aku kelak (bila masa pulak aku kawin nie).
Apapun aku berbangga, abah aku juga antara yang pernah terlibat dengan menjaga keselamatan diawal kemerdekaan.
Walaupun abah memasuki perkhidmatan polis awal 1970an, namun abah terlibat dengan gerakan menghapuskan komunis di Hutan Gerik dan Wang Kelian.
Masa ini, mak selalu ditinggalkan oleh abah demi menjaga keamanan Negara boleh dikatakan dua bulan abah di hutan kemudiannya balik sekejap dan masuk semula.

Abah dan Emak, yang kami sayangi

Syukurlah, walaupun pernah teserempak dengan komunis dan gerila Thailand, abah selamat.
Alhamdulillah, kini selepas hampir 30 tahun menaburkan bakti kepada Nusa dan Bangsa, abah dan emak mungkin akan menamatkan perkhidmatan bersama PDRM tidak lama lagi.
Selalu abah cakap, masanya telah tiba untuk bersama keluarga.