Salam Kemerdekaan ke 53

megah diangkasa

Setiap tahun, aku tidak pernah melupakan sambutan hari kemerdekaan, tetapi tahun ini aku agak kecewanya kerana penghayatan aku amat kurang sekali.
Tanpa aku sedari, hari ini TV dirumah aku memaparkan lintas langsung hari kebangsaan di Stadium Putra Bukit Jalil. Dalam kekalutan yang dicipta, aku langsung tidak menjeling ke arah TV itu.
Bila tgh drive ke office, barulah aku sedar yang Malaysia kini telah 53 tahun mengecap kemerdekaan melalui meja rundingan di London.
Walaupun merdeka di atas kertas, kita masih lagi dijajah didalam banyak perkara yang terkini adalah budayanya.
Ini lah yang perlu dihadapi bangsa ku hari ini, jika masih tidak menyedari, nilai kemerdekaan akan hilang entah kemana lagi.
Apa akan berlaku kepada anak-anak dan cucu-cucu aku kelak (bila masa pulak aku kawin nie).
Apapun aku berbangga, abah aku juga antara yang pernah terlibat dengan menjaga keselamatan diawal kemerdekaan.
Walaupun abah memasuki perkhidmatan polis awal 1970an, namun abah terlibat dengan gerakan menghapuskan komunis di Hutan Gerik dan Wang Kelian.
Masa ini, mak selalu ditinggalkan oleh abah demi menjaga keamanan Negara boleh dikatakan dua bulan abah di hutan kemudiannya balik sekejap dan masuk semula.

Abah dan Emak, yang kami sayangi

Syukurlah, walaupun pernah teserempak dengan komunis dan gerila Thailand, abah selamat.
Alhamdulillah, kini selepas hampir 30 tahun menaburkan bakti kepada Nusa dan Bangsa, abah dan emak mungkin akan menamatkan perkhidmatan bersama PDRM tidak lama lagi.
Selalu abah cakap, masanya telah tiba untuk bersama keluarga.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s